Pembaca Blog Ini...

Friday, December 30, 2011

Cuti-cuti Cinta - Cherating

Hmmm.. kacaknya laki aku!
Kacak macam eskrem

***pang!***

=D

Parti Tupperware

Saya beli barang ni dari Kak Stoberi.


Siap dapat hadiah contest dan ole-ole Hong Kong katanya..
Thanks laaaa, Kak Stoberi.

Tapi, dua ketul yang purple saya kasi kat emak.


Tak sabar nak balik rumah.
Nak kemas dapur.
hehehe


[Cik abang geleng kepala je.]

Thursday, December 29, 2011

Tak puas


Khamis (petang) saya hantar adik pulang ke UiTM Shah Alam.
Emak nak beli kain cadar kat Jakel.


Saya masuk Ariani.
Tak banyak pilihan.
Yang polka dot hitam coklat yang comel tu saiz M dah tak de.
Muka bagak, mana boleh masuk saiz S.


Tak banyak pun beli.
2 helai je.
Budget dah lari sikit.


Masuk kereta, Naim sound...
"Ish.. tak sanggup Aim. Beli dua tudung harga RM124"


Kurang asam laaaa, Aim ni. Mulut macam mak nenek, tau!
Habis semua orang tau.


Ini bukan sebab duit atau brand sangat.
Ini fasal kepuasan.
Tapi, saya bukan kesah pun.
Mana-mana yang rasa cantik dan awning dia tak kerepot saya beli.
Kat pasar pagi pun jadi.



Tapi, rasa macam tak puas hati.
Ada lagi nak beli yang plain tu.
Takpelah.. nanti sales lagi lah baru terjah.
Kumpul duit dulu...

Johny's Steamboat


Hari Rabu malam ajak emak pi makan kat Johny's Alamanda.


Amik set C.
Steamboat untuk 4 orang.


Dengan banana split.


Sedaplah jugak.
Tapi, kalau nak makan steamboat ramai-ramai lagi best kat Tupai-Tupai.
Lebih berbaloi.


Itu sahaja nak cerita.


~Tata~

Yang Mana Satu

nak pakai pi bengkel hari ni?




Wednesday, December 28, 2011

Doh Haikal

Hari tu (bulan lepas) saya suruh cik abang belikan play dough untuk Haikal.
Nak belikan anak sedara lain, semua kecik lagi.
Kang dimakan pulak play dough ni kan.. Haru....


Tangguh-tangguh je cik abang nak pi Cosway.
At last, dia singgah juga beli shampoo.
Saya suh jugak dia beli play dough.


Sekali dia beli yang siap perkakasan semua.
Kemain suka si Haikal.
Asyik suh aku buat aiskrim pakai play dough tu.

Tuesday, December 27, 2011

Selamat Kahwin, Mak Mash....

Mak Mash (Mashitah) kawan baik saya masa di UiTM.
Kira geng geng laaaa..
Sebab apa panggil Mak Mash?
Sebab anak sedara dia panggil dia Mak Mash.
Kitorang pun ikutkan je.. haha


Macam-macam cerita kita kongsi sama-sama.
Kisah bakal doktor (mungkin dah doktor sekarang)..
Kisah orang Sendeng...
Kisah class rep masa kat UiTM Shah Alam..


blablabla...


Akhirnya...
Mak Mash telah mengakhiri zaman solonya dengan jejaka bertuah ini.
Tahniah, beb!
Really happy for you!
{Foto ini dicilok dari FB Mashitah}


Semoga rumahtangga yang dibina dirahmati dengan curahan berkat Allah.
Bajai cinta dengan tolak ansur dan kasih sayang senantiasa.
Semoga bahagia milik kalian!


Ini saya dan Mak Mash pada tahun Jun 2004.

Kembali Berpaling

Dah hampir setahun tak layan buku tebal ni.


Tetiba sem ni kena mengajar semula subject ni
sebab lecturer yang take over dulu dah nak berhenti kerja.


Kelam kabut jugak nak recall mana-mana yang dah lapuk dalam otak.
heheh


Esok lusa saya outstation. Sekali fikir, malasnya nak pergi.
Sekali fikir, inilah peluang aku nak balik Serdang.


Cik abang kata, tahun ni dia paling kurang ambil cuti. (ingatkan tak sedar)
So, hujung tahun ni dia nak cuti panjang.
Panjang tak panjang sangatlah..
Setakat 2 hari je pun..
Kecoh je lebih mamat tu.


Maka, akan ke Cherating lah kami hujung minggu ini.
Harap-harap cuaca di pantai tidaklah teruk sangat.
Boleh lah ber honeymoon yang tah berapa puluh kali tah.

haha


Sunday, December 25, 2011

Semoga berjaya, Danial Firdaus!

Korang layan MasterChef Malaysia? Kalau tak, takpelaaa....


Semalam tengok MasterChef Malaysia episod penyingkiran yang paling sedih sekali. Tapi, tak nangis sebab tengok kat rumah pak mertua. Cover je.. hahaha. Padahal ayo mato dah bergenang. Maaflah, memang mak drama sikit bila tengok MCM ni.. hahaha



Kenapa episod penyingkiran paling sedih? Sebab peserta favourite saya dah tersingkir. Danial dah tersingkir. Saya macam dah boleh agak dah dia akan tersingkir walaupun sepatutnya dia masih boleh terus berjuang sampai semi final at least. Dia sangaaaaaaat berbakat. Dia pernah menang cabaran sampai dapat berentap dengan chef selebriti. Walaupun tak menang, tapi dia steady je. Suka!


Saya suka bila dia buat muka risau tu.. Comel gila. (Habislah cik abang aku muntah darah kalau dia baca statement ni).


Semalam dia nangis sebab dia tersingkir. Sedih sangat.... Kesian! Menitik-nitik ayo mata. Yelah, budak-budak lagi kan. Kalau orang lelaki tua payah sikit nak nangis. Dah lah dia kena bersaing dengan peserta paling dia rapat dalam MCM. Sedih! Episod semalam dia masak roti canai. Tapi, juri kata kureng sikit sebab gabungan ciptaan dia buh buah nenas, pisang dengan (apa tah satu lagi tak ingat), tak menjadi. Eleh, kecoh je juri tu! hahahahah (emo) Biasalah, dia baru first time kot buat roti canai. Walaupun juri puji kuah dalca dia sedap gila, dia tetap kalah dengan Abang Wahi dia. Tak dapat saya nak tengok muka 'comel' dan kepandaian dia memasak lagi malam ni. Bencik mak!


Tapi, takpelah... Dia masih muda. Peserta paling muda dalam MCM musim ini. Dapat jadi top 10 kira besar tuah budak ni. Namun, dia masih ada banyak peluang di luar sana. Masih jauh perjalanan dia kalau dia memang nak jadi chef. Bayangkan, umur belasan tahun dah boleh masak itu ini. Itu bukti yang boleh digunakan pakai, kalau dia berusaha lebih gigih.. Dia memang boleh 'hidup' dalam bidang seni kulinari. Saya doakan dia berjaya jadi chef terkemuka satu hari nanti. Pakai topi chef yang tinggiiiiiiiiiiiiiiiii tu, ok! Bakat yang ada harus dikembangkan! Harus..




Takpelah...
Mulai hari ni, saya nak tengok Zamir dalam MCM.
Harap dia dapat gelaran MasterChef Malaysia yang pertama.


Saya kagum dengan budak-budak muda umur belasan tahun tapi dah pandai masak hidangan hebat-hebat. Siap boleh cipta resepi sendiri. Mana diaorang ni belajar eh? Kalau saya? Haaaaaaa.. memang nangis belakang pintu la kalau kena masak apa semua timun laut laaaa, belut laaaaa, ubi bit laaaa.. ish ish ish............


(Gambar: Encik Google)


Saturday, December 24, 2011

Makan malam yang segar


Thursday, December 22, 2011

Main Kutu

Korang ada main kutu tak?


Alah.. ini bukan main kutu rambut tu.. ini kutu duit tu laa..


Kalau cakap fasal kutu rambut.. Teringat dulu, masa emak buka taska. Ramai gila budak ada kutu. Biasalaaa taska kan.. Cepat sangat benda ni merebak. Dah kata duduk ramai-ramai. Kalau nak harap emak pak yang bersihkan anak diaorang sorang je, bila datang taska kena balik kan kutu tu.


So, emak pun kesiankan kat budak-budak tu. Tergaruk-garuk macam ke hapa. Emak pi farmasi beli ubat kutu sapukan kat semua budak. Kasik diorang jemur dulu kejap kat luar rumah tengah panas, bila tengah panas.... kutu kuar mengemut-ngemut... Lepas tu, sikat rambut budak-budak tu dengan sikat kutu. Reda kejap masalah kutu kat taska.. hehehe



Eh, bukan nak cakap fasal kutu ni .. Saya nak tanya.. Korang ada main kutu duit tu tak? Saya dulu tak pandai main kutu duit ni sebab saya tak faham. Lepas tu, saya tak percaya. Takut kena tipu. Nanti orang tu tipu laaa apa laaa..


Tapi, bila saya tanya emak. Emak pun cerita lah fasal main kutu duit ni. Saya pun try lah main tahun lepas. Eh! ke dua tahun lepas ek? Tak ingat. Mula-mula saya main kutu 200 sebulan sebab nak bayar roadtax kereta. Sekarang, naik 400 sebulan. Dapat 4 kali. 2 kali untuk bayar roadtax... 2 kali untuk pi bercuti. Kalau tak, nak simpan duit untuk roadtax kemain liat. Yelah, kita kan nak kena simpan byk duit.. Untuk roadtax, untuk simpanan masa depan lagi, nak pi haji lagi. So, kadang2 bila dah simpan byk.. eh tetiba gatal nak korek. Haaaa.. kan? kan? kan? Ada je benda nak itu ini.. So, apa akan jadi? Simpanan makin susut.. Asyik dua puluh hengget je dalam bank.. wahahaha


Kalau kita main kutu, nak tak nak kena bayar jugak. Lepas tu, kena tunggu giliran. Takleh sesuka hati ko je nak korek macam dalam bank ko. Haaa.. kira macam berdisiplin secara paksa gitu.. =)


Saya fikir-fikir juga fasal ada org main kutu barang. Alaaa.. macam kat opis ni rakan-rakan tengah hangat bermain kutu sauna. Saya rasa bagus juga cara macam ni. Sebab kalau kita nak kuarkan duit sedebuk sekali banyak nak beli benda-benda mahal sikit kan macam tak tergamak. Bukan apa.. Ini untuk orang yang berpendapatan sederhana macam saya ni la.. Nak dapat duit lebih ribu-ribu memang lah payah. So, kalau main kutu ni macam dapatlaaa juga beli barang mahal-mahal kan. Tak terasa sangat penurunan kadar wang secara drastik, kan?


What say you?

Saturday, December 17, 2011

Faris Kipas



Anak sedara yg ini suka sangat dengan kipas.
Kita tunjuk burung angry bird, dia tak heran...
Dia nampak kipas yang kat gudang kurung burung tu... Heheh


Friday, December 16, 2011

htc_flyer?

Akhirnya....



Monday, December 12, 2011

Ulang Cetak





Sejak akhir-akhir ni macam lepu, dan give up dengan beberapa isu fasal penulisan ni.
Siap dah ngadu kat cik abang, "Bang.. orang nak berhenti menulis"


Hmmm... entahlah!


[Oh Tuhan, tunjukkanlah kami jalan yang benar!]

Sunday, December 11, 2011

"My Great Cuti Cuti Cinta Contest" by Puan Stoberi

Disebabkan hari ini adalah sedikit free (esok kena pi outstation) saya pun nak join contest Puan Stoberi. Contest dia macam senang je.
Lagipun, dah lama tak join contest montest (boleh?) ni..


Hmm... Kalau percutian romantik tu ada juga tahun ni.
Tapi, sekarang tak de mood nak romantik-romantik ni... (tetiba)


Ok, cuti-cuti cinta yang paling best sepanjang tahun 2011 ini ialah percutian ke Penang!
Saya ambil Penang sebagai percutian paling best sebab ianya bersama keluarga.
Saya masuk ikut jambatan.
Bayo RM7 kan. Keluar takyah bayo...



Percutian 3 hari 2 malam ini disertai oleh 10 orang ahli keluarga!
Bayangkan ... 10 orang!
Meriah tak hengat. Macam-macam ragam.

Saya, cik abang dan Icah (adik saya keempat), gerak dari Setiu jam 7 pagi.
Sampai Penang kira-kira jam 11 pagi.
Am (adik saya ketiga yang memang kerja Penang) dah tunggu kat opis dia.
Pi check in kat hotel (tak ingat nama), kemudian... pi makan!
Dia bawa kat gerai mana tah!
Tak sedap.... hahahaha


Tunggu ayah emak dan adik-adik lagi 3 orang sampai dari Serdang.
Lepas tu, ayah ajak pi makan lagi.
Diorang beramai-ramai belasah nasi kandar. Saya?
Tak lalu lah pulak. Order nan cheese.
Boleh tahan!


Lepas perut ketat makan nan cheese, emak pun berkata...
"Mari kita pergi shopping jeruk dulu.
Kang esok lusa dah letih, mesti dah tak syok dah nak shopping!


Kami pun membalas, "Baiklah, emak! Mari terjah kedai jeruk..."


Esoknya, pagi-pagi ayah dah kejut..
"Jangan tidur lepas subuh! Kita nak pi Bukit Bendera.."

"Baiklah..." ~kami


Sayup-sayup je dari atas Bukit Bendera.
Naim siap kena buli lagi.... ahhaha


Kebetulan, masa kitorang pi Penang tu musim durian.
Destinasi pertama hari kedua ialah mencari durian....
Durian kampung, dimakan sambil menutup mata!
Heaven!

Kemudian, ke Muzium Perang!
Tenaga banyak dihabiskan di sini.


Oh ya!
Di Batu Maung tau muzium ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh geledah entri dlaam blog saya bawah label Penang.


Lepas balik dari Muzium Perang, kaki semua dah longlai.
Balik homestay (malam kedua tidur homestay), solat semua.


Emak secara tiba-tiba berkata,
"Mari kita makan Char Kuew Tiaw!"


Argh... masa ni kaki saya dah longlai sangat.
Tapi, dek kerana orang kata Char Kuew Tiaw Penang ni best, saya pun gagahkan diri.
Seret-seret kaki laaaaa menuju ke gerai. hahaha


Hari ketiga.. Balik! Naik feri.....

Hafiz (adik kelima) dah letih.
Emak tukang urut..
=)

Ok.. itu sahaja fasal percutian yang paling best 2011.

Alamak! Lupa...
Kena jawab soalan jugak laaa. Kata contest kan?
Saya tak salin soalan lah, ye!
Saya tulis jawapan je.


1) Sepanjang tahun 2011, Puan Stoberi telah pergi ke Kota Kinabalu pada Januari, Cameron Highland pada bulan Julai dan ke Hongkong pada Oktober 2011.
(Tapi, tak kasik pun ole-ole. Sampai hati. hahahhaha)


ii) Saya suka blog Puan Stoberi kerana selalu ber update.
Jadi, adalah bahan bacaan baru untuk saya setiap kali jalan-jalan ke blog dia. [Cuba bayangkan, blog yang dua tiga minggu sekali update, memang taklah nak terjah selalu kan?]


Tapi, satu je tak pueh hati (mati laaa kena potong markah ni).


Blog Puan Stoberi tak de butang previous page laaa..
Saya bukan hari-hari blogwalking. Jadi, selalu ketinggalan entri menarik.
Perah otaklah saya, macam mana nak korek entri yang terlepas kat blog Puan Stoberi.


Ok, itu sahaja..
Harap boleh menang hadiah, walaupun sagu hati..


hahahahahahahaha

Groupon - Cherating


Minggu lepas, jalan-jalan blog kawan tiba-tiba terjumpa mendalah Groupon ni.


Ada tiga pakej: A, B dan C.


Saya tunjuk kat cik abang.
Cik abang suh survey kat agoda.
Memang harga pakej B kat agoda.com RM600++ satu malam.
Kalau pakej Groupon ni baru RM170.


Apa lagi..... Cik abang suruh book lah.
Email hotel untuk booking date sekali.
Memandangkan dah lama jugak tak pi jalan-jalan.
Last sekali, pi Kota Bharu hari tu.


Keesokan harinya, staff hotel call dan confirm kan tempahan.


Alahai, Cherating je pun.
Dah booking barulah terfikir musim-musim hujan ni
nak bercuti kat pantai pulak.


Tapi, cik abang cakap,
"Kita bukan nak pi jalan Cherating. Kita nak pi shopping kat Kuantan."
Hahahahha.. macam-macamlah!


So, apa lagi? Menghitung harilah.
Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni.
Kalau lama-lama peruk voucher ni pun, kang terlupa pulak kan..
Baik redeem segera!


Harap-harap hujan takde lah lebat sangat.
Tapi, sekarang ni pun rasa macam duk oversea dah ni.
Dengan mendungnya, hujan renyai nya, sejuk dinginnya.............
=D


Ok, itu sahaja.
Bye!

Thursday, December 8, 2011

Tentang Dhia


'Dhia, Abang tak tahu apa akan jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun sepuluh tahun kemudian, Abang tak boleh ramal nasib kita berdua, tapi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, Abang akan berikan cinta Abang, hati Abang, seluruh jiwa Abang pada Dhia. Dan yang penting sekali, Abang akan bahagiakan Dhia seumur hidup Abang. Abang janji'.

Waaaaaaaaaa.. Saya dah ter sob sob sob atas sofa sambil peluk bantal. Yang Si Dhia merah-merah muka kot tahap air mata. Tak sia-sia ko tinggalkan si Azmi tu. Biarlah dia duk dalam sana. Pedulikkkkkk! Tapi, dia nangis jugak kan... Tak cakap apa-apa. Saya rasa kalau betul-betul, mahunya kena peluk dah si Zikir tu ngan si Dhia! Ini bukan betul-betul ok.. Ini cobaan! heheh


Emosi pulak ko Ain pasal? hehehe. Tah... Berani ter sob sob sebab cik abang tengah betul lampu dapur. Tak nyala pulak dah lampu kalimantang tu. Dia dah bebel-bebel apaaaaaaa daaaa lampu ni bla bla bla. Tak de orang nak layan. Sebab aku sibuk melayan drama. Kalau dia tengok sama, memang dah kena ejek dua hari berturut-turut dah. Ah....... lantak! Kita buat apa-apa kena menghayati... Kan? (alasan)


Biarlah episod dua hari lepas tu mati hidup balik ke apa tak logik ke.. Pedulik apa! Yang penting episod semalam best gilak! Tak tahu lah sebab Ady Putra ke sebab Nora Danish ke atau sebab Ku Salmi (tetiba) Lantaklah orang nak kata takde lelaki seromantik Ady Putra @ Aaron Aziz (tetiba) di alam nyata pun. Pedulik! Yang penting, episod semalam adalah best!


Dah.. dah.. Kerja banyak! Ahad nak kena hantar dah..... tata!


(Sempat lagi update blog)

Thursday, December 1, 2011

Nenek


Saya pergi kerja dengan bos saya.
Bos baru pindah kat kawasan rumah saya.
Ada program orang tua-tua kat office saya semalam.
Saya siap bawa nenek (belah emak) sekali
sebab nenek nak join program.
Program tu dua hari.
Nenek kena stand by makanan sendiri.
Saya buatkan nenek ikan bakar.
Nenek kemain suka.


Dalam perjalanan, nenek terjatuh.
Bos saya gelakkan orang tua tu.
Kurang ajar betul! Tak puas hati aku!!!!
Saya tanya nenek, "Nenek ok ke?"
Nenek angguk je.


Saya hantar nenek.
Bila balik, saya cerita kat cik abang fasal kejadian nenek jatuh tu.
Cik abang buat muka tak de perasaan.
Nenek tinggal kat tapak program.


Hari ni, nak pergi kerja..
Baru saya perasan nenek tertinggal ikan bakar dia kat depan pintu.
Kasihan nenek. Entah apa dia makan semalam.
Sedih aku!


Cik abang kejut, "Yang... bangun yang! Tak mau pergi kerja ke?"


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Aku benci mimpi yang tak best macam ni.
Tapi, macam tak nak tamatkan mimpi
sebab rasa rindu kat arwah nenek...


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nenek!
~Al-fatihah~