Pembaca Blog Ini...

Thursday, March 31, 2011

Sayang

Setiap sem, bila saya dapat student yang baru (belum pernah belajar dengan saya) saya akan suruh mereka menulis biodata di atas sekeping kertas kajang. Lengkap dengan nama, alamat, email, nombor telefon dan tidak ketinggalan komen terhadap apa-apa sahaja dalam kelas saya.


Biasanya, saya akan minta mereka buat apabila kuliah sudah masuk minggu ke 3-4.


Rasional nya, bukan untuk diletakkan di dalam blog ini (pada mulanya) tapi;


PERTAMA:
Saya dapat maklum balas tentang cara pengajaran saya lah kan. Sebab setiap batch ni, tak sama. Baik dari segi tahap pemahaman, tingkat komitmen yang mampu mereka berikan dan lain-lain hal lagi..


KEDUA:
Saya mahu keep in touch dengan mereka bila mereka sudah tamat pengajian nanti.


KETIGA:
Lagipun, mana-mana yang liat mai kelas tu.. Senang! Saya call je kan... Hehe. Tak pun, panggil datang kelas kat inbox FB. hahahah.. Thanks to Allah sebab beri ilham kepada manusia cipta teknologi ni semua.



Hari ni, rasa nak kongsi dengan korang luahan-luahan hati mereka.
Ini sebahagian je ni...
(Kalau tak nampak, sila click untuk besarkan imej)



Ada yang cakap saya ni bagi contoh yang lawak.
Dia ingat ahkak ni pelawak ke apa? hehe



Yang ini, ayat last dia tu.. Buat saya rasa terharu.
Semoga semua student saya berjaya dalam hidup!
Saya marah-marah pun, sebab saya sayang tau..



Ini pulak, siap "Cayalah, Puan!"
wakakakaka
Ada unsur kebodekan di situ. =p



Ini... macam garang sikit kan ayat dia..
Minta saya berinteraksi dengan lebih baik dan berprofesional.
Psss.. Dia salah tulis nama saya.
Puan NORAINI laaaaaa.. Bukan Puan ROSNIZA.
Siapa Puan Rosniza tu? Blur jap ahkak 2 saat.. =))



Yang ini penuh dengan 'cinta'.
Siap lukis beruang lagi. haha.
Lecture mengajar SEDAP tu paling terbelahak saya gelak tu.
Ini boleh dapat markah banyak ni sebab panggil 'Cik'.. hahah



Yang merayu pun ada..
"Puan janganlah bagi soalan-soalan yang susah dan terlalu banyak!"
Siap nak 'klu' masa exam. Macam-macam...



Yang ini, mengharapkan keajaiban berlaku..



Ini paling sempoi...



Meluah perasaan betul cik akak yang sorang ni..



Yang ini, siap aum aum kan saya lagi..
Hmmm... anak anak...
Semoga Allah makbulkan doa awak!



Yang ini...
Dah buat email banyak kali, tapi lupa password!
wakakakakaka


Sebenarnya, saya sangat sayangkan kerja saya!




Wednesday, March 30, 2011

Manis


Sekarang sudah jam 7 petang. Suamiku adalah belum pulang.


Tadi, saya sms..

"Abang, tolong belikan saya Pembersih Wajah Safi Rania Gold di farmasi.!"

"Ok!"


~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sebentar tadi, beliau call..


"Yang, ini ada Pembersih Wajah dengan Gel Pembersih Wajah."


"Pembersih Wajah..!"


"Ok, sure? Gel Pembersih wajah tak mau?"


"Tak mau.. Nak Pembersih Wajah je."


"Ini ada krim malam dengan krim siang. Nak?"


"Tak payah.. Nak Pembersih Wajah je."


"Ini ada satu lagi. Serum.. Tak nak Serum?"


"Nak Pembersih Wajah je laaaaaaaa..."



Suami saya memang manis orangnya!
(Kalau ada yang kata tak, pedulik apa saya!)

hahahaha


~~~~~~~~~~~~~~


Baru sekejap tadi, 2 saat tadi.. (sebelum saya tekan publish) beliau call lagi..

"Yang... Safi ada nak kasi hadiah.."


"Hmmm..."


"Kena pilih antara BEDAK SAFI, PAYUNG ATAU BEG. Abang pilih BEG. Sebab bedak dengan payung dah ada kan?"


"Ye, sayang! Terima kasih...."




Memang sangat manis..
Habislaaaa malam ni kena hurung dek semut!

lalalalala


Selamat Kahwin, Idot!


Tahniah!


Tahniah!


Selamat pengantin baru....
Semoga bahagianya mencurah-curah!
(sambil menadah tangan)

Naik Darah



Nak cerita.
Pasal naik darah.
Bukan saya yang naik darah.
Tapi, adik ipar saya.


Hari tu, masa tengah drive tetiba dia jatuh sakit.
Saya pun masa mula-mula dengar cerita cik abang tu,
macam pelik laaaaaa..


"Sakit apa pulak?"


"Dia naik darah!"


"Marah ke? Marah siapa?" Ahahahha.. maaflah, saya kadang-kadang 'lost' sikit.


"Naik darah tinggi laaaa.."


"Oh? Betul?" ~ Saya agak terkejut sebab adik ipar saya itu sangatlah muda. Maksud saya, lebih muda dari saya. Saya pun 'muda' lagi kan... So, haruslah dia lebih-lebih lagi muda dari saya. FYI, adik ipar yang ini, tahun saya amik SPM dia baru tingkatan 4. Ah.. senang ginila.. Dia muda setahun dari saya. Saya belum 30 tahun lagi ye. Maknanya, dia masih 20-an gituuuuuuuu.. (Maaflah, ayat memang sengaja dibelitkan sebab nak suruh korang rajin membaca sikit-wakaka)


"Betullaaaa.. Dia tak boleh buat apa dah. Tak boleh sambung drive semua. Berhenti tepi jalan.."


"Ya Allah... teruknya!" ~Teruk sebab adik ipar saya tu jenis gagah, ok! Drive dari KL-Terengganu 5 jam je boleh sampai. Memang pemanduan yang hebat (belum tentu selamat)


"Anak-anak dia semua dah nangis habis dah. Lepas tu, dia mandi lama sikit baru ok..."


"Ohooo.. kesiannya! Dia dah pi check doktor?"


"Abang call dia tadi. Dia cakap, dia dah jumpa doktor. Darah dia naik 200/+++.. "


"Haaaaaaaa???! Serius??!!"


"Ye laaa... Doktor kata. kalau orang tua memang kena masuk wad dah tu."


Haaaaaaaa.. korang!
Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah, kita (termasuk saya)
haruslah menjaga pemakanan.
Pemakanan haruslah dijaga (ayat berulang).
Bila dah nak masuk 3 series ni kan..
Muda-muda (belasaan tahun) dulu ye laaaa, metabolisma tinggi kan.
Hai laaaaaaa... Risau betul!


Bak kata Jalil Hamid,
"Orang lain kebulur mati tak makan. Orang kita, mati kerna banyak makan!"
Kalau nak kirakan mati, memang semua orang akan mati. Tapi, kesihatan yang kita ada ni kurniaan kan? Haruslah kita jaga kurniaan dari yang Maha Esa itu. Kalau nak kena juga sakit sana sini, apa nak buat kan? Redho je laa.. Yang penting kita berusaha...


Lagi satu perkara, aktiviti fizikal.
Kena banyakkan senaman tak pun aktiviti yang keluarkan peluh.
Baru seimbang dengan pemakanan kita tu kan.
Kalori perlu dibakar. [Kita bako... Kita bako..]
Kalau tidak, itu yang berkumpul lemak tepu (macam saya).... hukhukhuk..


[Lebih kepada peringatan kat diri sendiri jugak ni]


Kesihatan emosi pun penting.
Hidup kena sentiasa positif.
Jangan stres stres sangat.
Nanti naik darah.


So, marilah kita menjaga kesihatan kita dengan lebih baik!
Diet tu bukan untuk kurus..
Diet tu adalah cara pemakanan.
So
, kita harus berdiet seimbang.
Penuhkan peti ais dengan buah-buahan dan sayuran.
Kurangkan makanan lelemak tu semua...


Kalau tak kurus pun tak apa, asalkan sihat!
Jom lebih sihat!
(Dengan quaker oat~tetiba)


Tuesday, March 29, 2011

Ambil Kunci



Hahaha
Hari ni jumpa pemaju ambil kunci rumah baru.



Mesti korang heran kan?
Macam mana kitorang cat rumah tapi, kunci tak dapat lagi?
Haaaaaaaa..
Kitorang pecah rumah sendiri..
Huahuahuahua..



Tak lah, kitorang masuk kot pintu belakang. Tah macam mana cik abang buat tah. Boleh pulak tembus.. Itu laaaa kitorang fikir, aspek keselamatan adalah sangat tipis. Hmm.... bila laaaaaaaaa nak siap gril ni kan? Pakcik yang tukang besi tu pun kata banyak tempahan. Nak desak-desak pun tak best jugak sebab pakcik tu kenalan abang ipar.


Ok, cerita pasal ambil kunci kan tadi kan.


Haaaa.. ambil kunci dari pemaju la.. Bos dia mai hantar kunci sambil tengok progress kerja TNB tu. Rumah tu belum masuk bekalan elektrik lagi. Minggu lepas, kontraktor tengah duk masuk cabel tah apa kebenda tah. Minggu ni, nampaknya dah banyak progress nya. Hmm.. nak cakap cerita kat korang pun saya pun tak paham. hahaha..


Pemaju tu kata (katanya laaa) minggu depan dah ada bekalan eletrik. So, kalau boleh (kalau boleh laaa) bulan 4 tu dah masuk rumah baru dah. Tapi, ni pun beberapa hari lagi kan nak masuk bulan 4. Takkan nak blah gitu je dari rumah sewa ni kan? Paling tidak pun kena laaa kasitau awal-awal jugak kan kat tuan rumah tu. Ahhh.. itu nanti laaa fikir. Kalau tak sempat, bulan 5 pun boleh pindah... Lagipun, banyak juga kerja nak memindah tu..


Tadi, dapat kunci dan bayar deposit beberapa ribu kepada pemaju. Bagus pemaju ni. Tak berkira sangat. So, mudah kerja kan...Dia cakap (memang dia kena cakap), kalau ada kerosakan ke apa bagitau lah kat dia. Ok lah, kan.. Tapi, harap-harap tak ada apa kerosakkan la.. Sepanjang duk ngecat tu, dah dua tiga kali gak hujan. Tak nampak pulak bocor mana-mana kat siling. Syukur lah.. Kerosakan lain tak tahu lagi lah, kan..


Saya nak kena buat apa lepas ni? Hari minggu ni boleh cuci rumah.... Kemudian, mula mengemas laaa.. Cik abang kata, sementara tak de gril ni.. Boleh pindah barang yang biasa-biasa dulu. Yang tak berharga.. Ahahaha.. Tapi, bagi saya.. semua barang dalam rumah saya tu adalah berharga..


Jadi, sekarang.. kena tunggu kerja masuk bekalan elektrik tu settle semua. Pi bayar deposit kat TNB. Lepas gril dah siap tu, cari orang nak pasang lampu. Lampu je dulu. Kipas yilek... Kipas siling tak beli lagi sebab hari tu tak cukup budget.. kah kah kah.. Takpe, kitorang ada 2 buah kipas stand. Masih baru dan sangat hebat performance nya. Guna yang itu dulu laaaaaaaa kan? =) Kalau panas sangat, pepandai laaaa ikhtiar cara lain. hehehe


Sunday, March 27, 2011

Wedding Theme

Adik saya nak kawin.. Hahahaha..
Suka! Walaupun, kena beli bunga telur.. hahahaha
Tak pe laaa, dik! (Tetiba)
Ko kahwin laaa cecepat.
Kasik mak ayah tu cucu..
Nak harapkan aku?
Tah zaman tuk adam bila pulak
dorang nak merasa ada cucu.
wakakaka


Tema pilihan yang pertama dulu ialah hitam, putih dan merah...



Tema yang saya nak buat kengkonon masa kahwin dulu.
Tetiba tak jadi sebab rasa macam hijau, krim dan putih lagi menawan (konon)


Tapi, warna hijau kalau kena gaya pilih..
muka akan nampak segar dan lebih ceria!



Pastu, tetiba dorang dah beli baju kelabu maroon la pulak.
Belasah je laaaaa warna apa pun.
Saya dah bimbang, kot kot emak ku membeli
kain pelamin maroon secara keseluruhan.
Boleh pengsan laaa ini macam..
hehehe



"Ain, apesal ko kepochi sangat?"
"Ehhhhhhhhhh.. aku kakak pengantin, ok!"



Selaku kakak pengantin,
saya tak mau pengantin 'tenggelam' di sebalik warna sudah laaaa, kan..
Kang tak jumpa,
"Eh.. mana pengantin? Eh.. kat sini rupanya!"
hahahah.. Sadis..



Nak beli bunga telur
maroon kelabu ke
atau
maroon putih ke
atau
putih hitam (tetiba sangat laaa pulak)



website pilihan warna tema untuk bakal pengantin

Tak habis-habis



Malam tadi, saya sakit kepala.. Bengong betul la...
Apasal tah.. Saya rasa sebab kena hujan kot semalam..
Atau, saya fikir mungkin kerja kuat sangat kot.
Maklumlah... Saya kan manja. Mana biasa kerja berat kan?


Tapi, mengadalah.. Mana ada berat sangat pun.
Setakat mengecat je.. Tapi, cik abang pun pening kepala.
Muka seposen je saya tengok kalau dia tengah pening kepala.. heheh


Hahah.. Mesti korang pelik kan?
Apesal laaaa si Ain laki bini ni tak abis-abis mengecat.
Besooo beno rumah eh sampai berminggu-minggu
duk mengecat tak sudah-sudah?


Entahlah... Tak tahu laaa nak cakap macam mana.
Kitorang rasa macam dah banyak dah ngecat.
Tapi, masih tak sudah-sudah lagi. Heran betul laa...
Kitorang tenaga kerja dua orang je.
Saya dan cik abang. Itu pun kitorang ni level amatur gitu.
Cat tanpa ilmu mengecat yang profesional.
So, mengecat amatlah lambat.
Terhegeh-hegeh tak macam tukang cat.


Masa kitorang ngecat pun tak banyak.
Kitorang cat lepas balik kerja.
Itupun, bila Maghrib je balik. Badan letih kan.
Pi kerja lagi.. Nak ngecat lagi.
Lepas kerja tu pun start pukul 5.30 paling awal.
Tak dapatlah mengecat banyak-banyak.
Kalau hari kerja, dapatlah ngecat satu dinding.
Hari Jumaat dan Sabtu lah kita pulun banyak-banyak.


Nak upah orang, tidaklah ada modal.
Maklum sahajalah kan. hehehe..
Nak pindah rumah ni, banyak benooo pakai pitih.
So
, mana yang boleh dibuat sendiri.. kita buat sendiri laaa..
Slow-slow
kan...
Mana yang tak boleh buat sendiri tu, haruslah upah orang juga.


Minggu lepas, lepas balik kerja..
Kitorang tak ngecat langsung sebab masing-masing dah demam urat.
Hahahahaha..


Hari Jumaat (kelmarin) pun tak ngecat sebab malas.. Wakakaka.. Terus-terang!
Lepas tu malam pi dating-datingan..
Hmm.. macam orang bujang!
Ahaaaa.. suka hati lah, kan!


Semalam (Sabtu) baru mula cat sikit.
Semalam selesaikan kerja ngecat di dapur, ruang tamu dan bilik no.3...
Plus
kasi undercoat kat pintu.
Developer
tu sangat bijak bistari..
Ada ke pintu di catnya warna oren?
Berpinar mata ahkak!..


Ada dua kerja lagi..
Sambung undercoat pintu sikit dengan ngecat pintu dengan warna yang sesuai...


Alahai.....


Saturday, March 26, 2011

Masakan Keramat

Saya ini anak orang Melaka tau!
Melaka yang terkenal dengan masakan keramatnya,
Asam Pedas..
Asam pedas Ikan Pari, Ikan Parang dan
macam macam lagi laaaa yang dimasak asam pedas..



Tapi, saya sampai hari ni tak pandai-pandai masak asam pedas.
Pandai tu pandai laaa.. Tapi, rasanya tah apa-apa.
Walaupun cik abang makan nasi bertambah-tambah,
tapi saya tetap tak rasa best asam pedas yang saya masak.
Macam ada je tak kena..
Terlebih masam laaa, kadang-kadang tak rasa masam..
Kadang-kadang tak rasa pedas nya..
Ah........ give up!



Ini Asam Pedas Ikan Patin yang saya masak semalam (Khamis).
Memang nampak berterabur ikan dia
sebab dah ada orang amik ikan tu masuk dalam pinggan dia..



Rasanya?
Sedap aaaa sikit dari selalu.
Tapi, masih ada kekurangan yang tidak tahu apa dia.
Korang!!!


Apa tips nak kasi Asam Pedas meletoooooop haaa?
Tolong laaaaaaaaa!


Friday, March 25, 2011

Kemas Pejabat

Ini cerita hari Rabu kot.
Ke hari Selasa ek?
Tak ingat laaa..



Minggu exam ni memang saya free sikit la.
Tak de kelas sebab semua student tengah exam.
Jadi, nak tanda kertas jawapan pun belum sudah exam lagi kan.



Saya pun rajinkan diri mengemas bilik saya yang memang dah macam bilik Professor.
Masalahnya, kalau betul Prof. tak pe jugak laaaa kan.
Ini macam ni..
Bukan Prof.
Maka, agak malu sebenarnya bila bilik macam kapal karam.



FYI, dah 3 tahun saya tak kemas bilik ni.
Dengan kotak buku bersepah-sepah.
Kertas ujian student, assignment dorang beratus-ratus keping tu...
Eh, macam-macam...
Tentu korang tertanya-tanya kan?
Macam mana saya boleh bekerja dalam 'kapal karam' itu..
Saya je tahu jawapannya!



HAHAHAHA..



Paling tidak pun, makcik / akak cleaner akan datang vakum on weekly basis.
Atau dua hari sekali laaa kot dorang datang vakum.



Bila dorang tanya,"Nak suruh kemas apa-apa, puan?"
Hahaha tidak lah pernah saya nak suruh dorang kemas bilik saya.
Nanti payah laaa saya nak jumpa dokumen saya tu kang.
[Macam Prof. tak?]
hahahahha
Tak de laa.. Dah saya yang buat sepah kan?
Jadinya, hanya saya sahaja yang tahu macam mana nak kemas...



Kita mulakan dengan gambar blaus baru saya.
Hahaha.. Murah dan cantik (bagi saya).
Saya beli kat Mines...
(Perlukah bagitau)




Inilah kesepahan yang melanda...
Sebenarnya, sebahagian sahaja ni.
Gambar penuh? Hahaha..
Tak yah laa tengok!


Saya kena asingkan mana yang nak dibuang..
Mana nak disusun di dalam kotak.
Mana yang nak kena lempar jejauh sebab menyemak...
Kah kah kah..
Lupa nak ambil gambar yang dah siap kemas..
[Next week laaaa, kalau rajin!]



Tapi, baru laaaa rasa lapang sikit bilik tu.
Tunggu akak cleaner nak minta tolong vakum kan hari Khamis tu.
Tapi, tak datang pulak dorang.
Ahad nanti kot...



Wednesday, March 23, 2011

Padam!


Oleh kerana supplier text book itu sudah datang ambik duit dia,
saya pun delete entri sebelum ini..


Lega betul!
Walaupun tak cukup lagi RM310.
Hahahah
(Saya salah kira)

Tuesday, March 22, 2011

Ayam oh Ayam

Hari tu kata kenaikan harga ayam disebabkan
kejadian tsunami di Jepun. (Sangat lah 'logik'!)


Hari ni pulak kata,.
"Eh eh salah.. Bukan sebab tsunami tu laaa, awak!"


Kenaikan harga ayam disebabkan kekurangan bekalan
yang jarang berlaku pada bulan Mac
kerana permintaan selalunya rendah pada bulan ini.
Selalunya bulan Januari dan Februari je permintaan tinggi.
Tapi, tahun ni 'tetiba' pulak bulan March ni cuti sekolah.
Sebab tu laa naik harga sebab bekalannya kurang.
(Apa laaaaaaaaaa dia merepek ni?)


Harga ayam di Malaysia masih lagi rendah
berbanding dengan di negera jiran. (So? What?)


Faktor cuaca yang tidak menentu
menyumbang kepada masalah itu,
di mana cuaca menyebabkan penternak
lebih berhati-hati untuk menambah bekalan.


Cuaca buruk di
N9, Melaka, Johor dan Kedah pun
menjadi penyumbang.
Penternak tidak memasukkan anak ayam
ke dalam ladang mereka kerana takut banjir berulang.
45 hari kemudian, harga ayam pun naik sebab
tempoh 45 hari tu lah ayam tu membesar.


Mana satu ni?
Saya pening laaaaaaaa...
Hari tu beli ayam sebelah RM10.
Mahal dah tu rasanya.
Selalunya baru 7-8 hengget je..




Tolonglah..
Lain kali nak cakap tu biar laaa fikir dulu.
Tak pun buat entri dalam blog (mcm saya ni)
untuk bertanya pendapat orang lain..


Jangan jadi macam ada orang tu yang kata
bencana tsunami kat Jepun tu
disebabkan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.
Punya laaaa memalukan.
Kalau tak tau, duk diam-diam je laaaaaaaa!
Tak payah buka mulut...


Kes terdekat,
ada orang kata nak transfer gambar
dari pendrive ke pc memerlukan kelajuan Internet yang lebih laju.
P14G (wimax) misalnya!
Hello!!! Saya pun bayar RM100++ untuk line Internet setiap bulan.
Tapi, tak de laaaaa 'bijak' sangat macam awak...
(Tetiba)


Mandi Songsang

Ini nak kongsi tips ni....


Baru tahu pagi tadi.
Ni tengahari ni baru ada masa nak menaip pepanjang..



Mandi songsang..



Kalau sebut perkataan 'songsang' ni,
perkara pertama terbayang kat kepala otak saya..
Baby songsang laaaaa...
Amalan se*s songsang laaa... wakakaka ..
Maaf, selekeh sikit hari ni.. hahaha




Banyak kelebihan mandi songsang ni tau..



Dulu, saya selalu sakit kepala.
Panas kot.. Migraine pun ye jugak.
Pak mertua saya cakap, cuba mandi basahkan kaki dulu.
Bila dah rasa sejuk kaki, baru laaaa naik ke badan lepas tu kepala..
Then, seperti biasa... pak mertua saya akan bercerita lengkap
dengan pengalaman dahulu kalanya sekali.. hehehe



Emak saya pun beritahu perkara yang sama..
"Boleh sejukkan badan," kata emak.



Saya pun mandilaaaa macam emak dan abah bagitau tu.
Hasilnya, sekarang!
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya jarang dah sakit kepala.
Bukan tak pernah langsung laaa..
Ada jugak kadang-kadang..
Tapi, tak sekerap dulu..



Haaaaaaaaaa..
Inilah mandi songsang...
Saya pun baru je tahu,
orang panggil amalan ni sebagai mandi songsang.


Rupa-rupanya, bukan itu sahaja kebaikan
mandi songsang ni ye! Banyak lagi..



Antara yang saya dapat hasil peng 'google' lan ni....


  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan segar
  2. Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
  4. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar
  7. Meninggikan daya ingatan
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  11. Memiliki daya ketahanan mental
  12. Menambahkan semangat berani
  13. Menguatkan gusi dan gigi



Apa lagi?
Mulai hari ini, meh kita sama-sama amalkan amalan mandi songsang.



Mandi songsang je ye..
Benda-benda lain yang songsang tu, jangan diamalkan!
Minta dijauhkan....

Monday, March 21, 2011

Laksamana Cheng Ho


Huh...
disebabkan minggu lepas sibuk mengecat rumah lepas balik kerja,
Jadi, bila malam haruslah sangat letih.
Bila baca buku je, mata terlelap.
Siap buku terlepas dari tangan..
Kah kah kah selekeh..



Tapi, baca tetap baca.
Membaca buku perlayaran Laksamana Cheng Ho ini.



Hasil karya ayah saya!



Cuba baca dedikasinya!
heheheh



Ini bukti kesungguhan ayah saya menyiapkan novel sejarah pertamanya ini.
Setahun juga laaaaa beliau 'mengerjakannya'...


Saya suka babak Cheng Ho masih kecil (Ma Ho).
Sejak kecil lagi ada cita-cita nak belayar....
Siap buat kapal kertas layarkan di tasik.
Mula-mula tu, dia tak bayangkan pun kapal kertas dia
akan balik ke tempat asal semula.



Ilmu pelayaran Laksamana Cheng Ho ini sangat hebat.
Cheng Ho ni adalah kanak-kanak tawanan perang tau mula-mula tu.
Dikatakan Cheng Ho yang menemui Amerika
sebelum Christopher Columbus.
Awal 70 tahun tau....



Orang sekarang, kerja belayar duit berkepok.
Walaupun, tak payah susah-susah nak lukis peta ke apa..
Sebab semua dah siap kan.



Tapi, pelaut memang harus tabah.
Berkorban meninggalkan keluarga di daratan demi bersuap-suap nasi.
Kalau sesuap, memang tak berbaloi laaa kan?
hehehe

Pukal

Bila tiba musim cuti sekolah, semua orang berebut-rebut nak berkahwin..
Mungkin sebab masa tu ramai orang available kan.

Kawan-kawan saya pun ada juga yang berkahwin.
Ramai juga..

Oleh sebab tak sempat buat entri satu persatu,
meh laaa kita ucapkan tahniah kepada mereka dalam entri ini.
Macam wish secara pukal... Gitu......!

heheh



AMARAN:
Saya cilok gambar dari FB.
Hahaha Sesuka hati.
Semua pun gambar dalam entri ni saya cilok
sebab mostly kenduri diorang saya tak dapat datang.
Mana nak ada gambar dari kamera saya, kan?
Maaf lah ye kepada tuan epunya gambar.
hehehe




Ok, kita mulakan dengan sepupu saya (adik-beradik sesusuan).
Inilah pengantin di Dewan Sri Siantan tu.
Syazana & Firdaus


Wingmate (bilik dia depan bilik saya) di UiTM Segamat.
Cik Chom dan suami....
(Yang belakang tu semua wingmate jugak)



Liza dan suami.
Liza ni kawan UiTM Shah Alam.
[Ini rakan sekongkol kalau JPA lambat masuk,
pi tanya kat HEP secara berganti-ganti.]
hehehe



Suka sangat pengantin yang simple-simple macam ni.
Still 'gojes' walaupun tanpa aksesori yang sarat marat.
Sakinah dan suami (Dalam FB: Aku Alang)
Collegemate di UiTM Segamat.


Syiela dan suaminya.
Ex- student saya...



Norehan dan suaminya.
Classmate di UiTM Shah Alam.



Shamliza dan suaminya manis berbaju rona hijau putih.
Sedih sikit cerita pasal Sham ni.
Pagi dia bersanding, malamnya ditimpa kemalangan.
Melecur teruk kena air panas di kaki.
Semoga cepat sembuh.. =(



Maryam dan Amir.
Dua-dua kawan sekolah menengah.
Dorang berdua ni dulu suka nau bergaduh.
Main ejek-ejek laaaa apa laaa..
Sekali, eh.. kahwin laa pulak! hehe



Dan.. Ini pengantin lapuk.
Tapi, boleh aaa nak wish sekali secara pukal tu.
Hawa dan suami.
Kawan sekolah menengah jugak...


Kepada semua yang di atas,
Selamat Pengantin Baru.
Semoga kekal ke akhir hayat!


Terima laaaa lagu ini dari saya..... (ahaha tetiba rasa macam poyo lak)

Daaaaaaaaaaaann....


Minggu depan, akan berlangsung majlis
Idot dan Asyraf pula...
Maaflah, tak dapat nak pi.....
(Sabar, dot! Dah pandang-pandang jeling-jeling dah tu)



Ehem.. ehem..


yang ini...


dan yang ini.....



Bila lagi?



Semoga kebahagiaan milik kawan-kawanku sekalian!



~Amin~