Pembaca Blog Ini...

Thursday, December 31, 2009

Support System

Puan Ainon kata, ipar duai adalah support system anda.
Jadi, jangan cari fasal dengan support system anda.
Hahahaha

Hari itu, ina (biras saya, isteri adik ipar saya) tidak bekerja.
Dia cuti. Dia kata penat lah asyik kerja je. Ye jugak kan?
Mereka sekeluarga datang rumah saya tengahari tu.

Saya kelam kabut lah balik rumah kan.
Tetiba je laaaa half day.
Nak buat macam mana.
Dah orang datang kan.

Borak-borak sampai malam ko!
Saya kalau dengan biras yang ni ok,
tapi yang lain....... hmmmm
(hep..hep.. jangan cari fasal dengan support system anda! Ingat!!)

Petang tu, cik abang call suh masak lah.
Orang datang rumah kena lah masak kan?
Eh.. 'nerbes' i tau nak kena masak-masak ni.
Macam nak kena jumpa mak mertua lak rasanya.
(Saya tidak pernah merasa ada mak mertua)

Saya pun masak lah sikit apa yang ada dalam peti.
Nasib baiklah kebetulan kami baru lepas beli lauk untuk seminggu.
So, macam-macam lah ada.
Udang, sotong, ikan, ayam bla bla bla..
hehehhe

Lepas makan..
abang ipar call nak ajak pi makan satay pulak dah.
Mak aiiii.. perut tong betul!
Hahahahhah
Takpelah.. orang nak belanja kan?

Ini cik abang saya ni, berat badan dia dah naik 1kg lagi.
Camner nak buat tu?
Inilah ipar dan biras saya yang datang rumah tu.
Yang tengah kembung pipi tu lah abang ipar yang belanja makan satay tu.
Yang baju hitam tu, adik ipar yang bongsu.
Haaaaaaaaa!!
Support system
tu...
heheheh

Roadtax Sudah Baru = Kereta Sudah Buruk

Huh.. Lega bila dah siap roadtax baru ni.

Tak de lah nak naik kereta pi kedai depan pun kena usha line..
Hahahaha

Seperti biasa, barunya roadtax sesebuah kereta
bermakna semakin buruk kereta tersebut dimakan zaman..
kena beli kereta baru kah lepas ni?

Cik abang tolong saya pasang roadtax kat cermin.
Kalau nak harapkan saya,
alamatnya berkedut-kedut lah mendalah itu..
hahahahha
Renew insuran dapatlah payung merah kuning ni..

Go.. go.. Selangor!!
(Berbulu je cik abang...)

Selamat Tahun Baru 2010

Wah...
sekejap sahaja dah nak masuk tahun baru.
Rasa macam baru je lagi sambut tahun baru 2009 semalam.

Seperti biasa, bila masuk tahun baru
semua orang beria-ia mengarang azam baru kan kan kan?
Saya pun begitu juga lah.

Tahun 2010 ini tak banyak azam baru yang saya karang.
sebab saya sibuk mengarang novel

Azam tahun 2009, ada juga yang saya masih belum tunaikan.
Kebanyakannya memang sudah tertunai.
Namun, ada juga beberapa perkara yang diluar ketentuan saya.
Maka tidak lah dapat saya mencapainya jika tidak dengan izin-Nya.

Tak perlukah saya senaraikan apa yang sudah tercapai itu.
Ada di antaranya yang sudah saya ceritakan di entri-entri sebelum ini.

Takpelah...
saya akan terus berusaha mencapai azam-azam yang pending itu.
Sekali arung lah dari segi kehidupan
rumahtangga, kerjaya, keluarga dan sebagainya.

  • settle hutang piutang
  • nak rajin kemas katil .. hmmm... InsyaAllah..
  • mengarang 3 novel sekurang-kurangnya untuk 2010
  • selalu ke bengkel penulisan
  • nakbeli TV besar! HAHAHAHA (gelak pun besar)
  • sambung study

Ok..
Selamat Tahun Baru 2010
Semoga tahun ini kita akan menjadi
seorang yang lebih baik dari tahun lepas.

~gambar tak de sebab malas lah nak fikir.
(Malas pun kena kurangkan di tahun baru ini)

Wednesday, December 30, 2009

Entri Autopublish

Kini, saya tidak akan ada masa hendak mengadap blog selalu.
Menaip 2-3-3-4 dan kadang 6 entri sehari.
No more massive entry.. (apa saya cakap ni? hentam je aa ye?)

Saya ada tanggungjawab lain yang mengambil masa saya dengan ganas sekali.
Jadi, adalah lebih baik kita mengutamakan sesuatu yang penting terlebih dahulu.

Saya tetap akan buat entri autopublish untuk seminggu.
Mungkin seminggu sekali baru saya boleh nak publish kan komen,
reply komen dan lain-lain termasuk aktiviti jalan-jalan ke blog orang lain.

Harap maaf lah ye
kawan-kawan,
ahli keluarga,
pembaca blog setia (wahhhhhh.. dah macam artis),
silent reader,
dan
lalat-lalat hijau.. (Baikkan saya? Dedicate kan lalat sekali)

Saya sayang anda semua!

Selamat Tahun Baru...

Tuesday, December 29, 2009

Sayang....

Abang,
walau siapapun abang..

walau apa sekali pun dugaan dan cubaan
yang harus kita lalui..

Owang tetap sayang abang tau!
~saja je nak refresh ...

Monday, December 28, 2009

Puding Roti Dah Jadi

Tak nak buat kek coklat sebab
malas nak pikir jadi ke tidak.

Jadi saya buat puding roti.
Ambil resepi dari blog ayu.
Kalau nak resepi, boleh aaa pi minta kat dia.


Ok lah jugak.
Cuma cik abang kata, manis sangat.
Mungkin lain kali tak yah buh buah peach tu.


Bahagian atas terhangit loooo pulok...
Sibuk nau tengok tv.

Nak buat apa ye, lain kali?

Saturday, December 26, 2009

Konvo


Hari rabu baru ni, saya menyertai perarakan akademik
di Istihadat Konvokesyen tempat saya mengajar.

Satu kebiasaan saya di Istihadat Konvokesyen
yang orang lain mungkin tak perasan.

Saya akan rasa sebak, dan mengalirkan air mata.
Tapi, idak lah teruk sangat la. Sikit-sikit je.
Still under control.

Tak kira lah majlis konvo siapa pun, saya mesti nak emo..
Tah apa-apa.

Gambar masa majlis saya tak snap dengan camera saya.
sebab tengah sibuk melayan perasaan dengan aktiviti lain.


Friday, December 25, 2009

Naim... Udah udah laaaa tu!!!

Saya memang malas nak update blog sekarang.
Kerja banyak.
Tak sempat.
Entri-entri sebelum ni pun buat autopublish.

Beberapa hari lepas, ada konvo.
Letih tak letih sangat laaaa kan sebab konvo separuh hari saja pun.
Nanti-nanti lah saya update pasal konvo tu ye (dengan gambarnya sekali)

Sekarang ke mana-mana naik kereta cik abang sebab kereta saya mati roadtax.
Bukan tak mau peridup (ada ke perkataan peridup dalam BM?~ kena tanya Puan Ainon ni).
Tapi tak de duit orang yang proses roadtax insuran tu lambat.
Pastu, ada orang pulak suka buat kerja bertangguh.
Bila kita cakap, dia mengamuk..
Itulah susahnya kalau mengharapkan orang ni.

Ish.. Ish.. Ish..
Malas laaa nak panjang-panjang kan.
Saboooo je laaa...

Disebabkan saya tak de gambar nak share, saya buh je laaa gambar si Naim ni.
Kepada yang bertanya, mana satu Naim dalam entri ini,
Naim adalah yang paling debabdepan sekali pakai baju melayu warna biru.




Ok, tata..
Jumpa lagi di entri akan datang!

Ayah, manuskrip baru sudah siap. Nanti nak baca sekali lagi.
Kalau ok, akan di email terus kepada ayah dan cik puan editor.

Thursday, December 24, 2009

Kek coklat?... hahahahaah (Malu aku dengan si Ayu!)

Beberapa hari selepas dapat oven,
saya telah mencuba sesuatu.

Tapi tak berapa nak jadi.
Makan panas-panas ok laa..
Bila sejuk, baling kat dinding pun
gerenti dinding pecah..
hahahaha

Ayu kata, mungkin sebab salah method.
Mana tak salahnya Ayu oiiiiiiiii..
Den tak putar adunan pakai pemutar elektrik tu.
Rumah den mana laaaaa ada pemutar eletrik tu!
Den pakai senduk kayu je.
Loyang pun cam har har je...
HAHAHAHAHA

Takpe, next project ...
Harus buat sampai jadi!

Shhhhhhhhhhh....

Penat sungguh kemas baju masuk ke dalam almari....
Ok
Sekarang kami nak masuk tidur!
Shhhhhhhhh.. diam... diam..
NOTA PENTING!
Sila abaikan katil bersepah itu.
Saya memang jarang kemas katil!
Hanya orang tertentu sahaja
yang akan memahami maksud entri ini!
hehehehehe

Tuesday, December 22, 2009

Hidangan Pertama

Ayam Panggang ala Tandoori Payat! =p
Hmm...
Masak dengan jayanya!
Sampai ke tulang!
Hari minggu ni boleh lah try bakar seekor ayam pula!
boleh jual kat Bazar Ramadhan

Licin.....
Habis tinggal tulang je!

Monday, December 21, 2009

Oven baru!

Hahahahahahah..
Gelak dulu! Puas-puas... (kalau tak nak gelak pun tak pe, saya tak paksa!)

Saya telah membuat muka manja dan sedikit pujuk rayu!
Dan akhirnya, saya berjaya memiliki ini.....................

Sebuah oven 19liter.
Jnama erm... entah lah u ols baca lah sendiri kat kotak dia tu.
Tak pernah pula saya dengar jenama ini.
Alaaa... ok laaa kan.
Saya mengadu kat Ayu,
"Buat apa oven mahal-mahal kalau buat kek ke apa ke semua tak jadi?"
ahahahahahha
Saya dah lama nak oven sejak dari bulan puasa dulu lagi.
Sebab kes pi beli ayam panggang kat Bazar Ramadhan
lepas tu ayam dia mahal tapi tak masak dalam.
Hangin je kalau makan ayam tak masak dalam ni.
Ok!
Nantikan paparan mengenai
beberapa hidangan yang berjaya disiapkan
dengan menggunakan 'alat permainan' baru saya ini!



Glamour katanya!

Lama benar tak update blog. Ada laaaa hampir seminggu.
Kesibukan melanda.
Kali ini betul-betul punya sibuk.
Manuskrip masih belum siap. Tinggal 2 bab lagi!

Ok, ini adalah entri untuk ahli keluarga.
Naim kan bersunat dua tiga minggu lepas.
Sebelum bertolak balik ke Terengganu semula baru-baru ini, saya telah membelek-belek suratkhabar kegemaran Pak Mertua saya, Harian Metro.

Tiba-tiba mata saya tertumpu satu helaian.
Saya terus menjerit di dalam hati, (di rumah mertua tak boleh terjerit-jerit bukan di dalam hati)
"Eh, adik aku laaaa!"

Layankan saja lah si Naim masuk Harian Metro
time dia sedang berdebar-debar nak dipotong!

Wednesday, December 16, 2009

Kenduri di Rawang

Majlis di Country Home, Rawang.
Dewan apatah ek tak tahu laaaa nama apa.
Sepupu cik abang @ gula-gula hati saya kahwin.
(Suka tengok 'gula-gula hati' saya pakai t-shirt purple)
gigit kang, baru tahu!

Datang dan balik awal sebelum pengantin sampai.
Jadi tak ada gambar pengantin..
Ada gambar pelamin sahaja!

Satu perkara je yang saya suka tentang wedding ini.
Cenderahati untuk tetamu yang simple dan cantik!
Ada telur rebus dan gula-gula di dalamnya........

Tak de keje betul!
Sampai gambar kasut pun nak ambil.
Ini adalah contoh kasut untuk kaki kembang..
Tetap selesa dan nampak cantik...
Bergambar ramai-ramai sebelum pulang.
Aik?
Mana cik abang?
Dia laaaa yang snap gambar ni.

Panas betul di Selangor dan KL sekarang ini.
Menggegak otak!
(Over acting tak perumpamaan ini?)


Tuesday, December 15, 2009

Port Dickson!

Petang Jumaat bertolak balik ke Serdang semula.
Icah dan imah ikut sekali sebab diorang kena 'jaga' ayah.

Abah ajak berhenti kejap di Port Dickson.
Kami pun turutkan sajalaaaa.
Jangan tak tahu,
ini adalah kali pertama saya berhenti kat sini.
Hahaha..
padahal dah beratus kali duk ulak alik balik Melaka lalu Port Dickson.
Tak pernah sekali pun singgah.....

Cari FM laaaaa..
Apa lagi!
Beli satu ketul je sebab tak ada yang menarik.
Semua nya biasa sahaja.
Saya bersama keluarga belah suami.
(saya raa seperti bibik bila pakai skirt macam tu..
Saya lupa bawa seluar lebih.
Kira ok laaaa kan dari pakai t-shirt je kan tanpa skirt atau kain..)

Sampai rumah, rehat jap...
Terus pi Jusco.
Shopping sikit!
Sikit je.......



Monday, December 14, 2009

Abang pergi Bandar Melaka

Lepas naik dari cari remis pagi Jumaat tu, abah ajak cik abang pi round bandar Melaka.
Saya tak ikut serta laaaa sebab saya kan nak tolong mak masak makan tengahari. (hahahahahahhaahhahahahah)
Lepas tu pesan kat cik abang nak FM..
Cik abang terus je beli dua ketul.
Hmmm.... suka!!

Ini abah dan adik ipar saya yang
nak sambung belajar kat Shah Alam tu.

Ini pula, gula-gula hati saya (nama baru kah?)
bersama adik ipar saya juga.
Saya ada ramai adik ipar.
Suami saya anak ke-3 dari lapan adik-beradik.
Maknanya, saya ada 5 adik ipar di belah suami.

Ini adik ipar perempuan yang bongsu
bersama adik ipar yang bongsu!
berlatar belakangkan kapal besar gedabak!

Harap-harap mereka semua seronok
walaupun tanpa saya! ~ayat poyo tahap gaban!

Sunday, December 13, 2009

Remis dicari

Balik kampung. Saya suka!
Tapi, rumah arwah nenek dah buruk, tak de orang jaga..
Kesian....
Sedih dan adakalanya teringat arwah nenek.
Kalau arwah nenek ada sekarang tentu keadaan tidak seperti sekarang!
Pagi Jumaat yang hening,
ramai-ramai turun cari remis.
(sila buat dek je pada seluar tidur saya itu)

Gali.... gali... Jangan tak gali...

Kerjasama mencari remis.
Cik abang kan.. dia kan.. malas nak cari..
Nampak tu.. dia kuis-kuis sikit jek pasir tu.
Tapi bila makan... uiiiiiiiiiiiiii.. bukan main laju lagi..
hahahahha

Ini budak yang bersunat tu.
Sihat dah.
Dah boleh berlari dah.
Tapi, bila Icah balik, dan dan je nak makan suap laaaaa..
apa laaaaa..
Mengada tau.
Lawak je tengok dia ikat kain pelikat tu.
Tapi sebenarnya, lepas mandi baru dia pakai kain tu.
Masa mandi laut, huh.. dia bo*el je.
Tergelak-gelak je orang tengok dia berlari terjun ke laut.


Tengok cik abang saya, dia mengelat tau cari remis.
Dia buat-buat termenung laaaaa apa laaaa...
Dia lupa nak bawa seluar mandi,
jadi dia ke laut dengan kain pelikat saja.
Abah pun lupa bawa seluar trek.
Dia mandi laut dengan kain pelikat je. Lawak tau.

Ini lah gadis-gadis ayu (gadis kah?) yang paling gigih mencari
sampai penuh satu bakul remis.
Yang lain tadi tu, dah tak tahan panas.
Semua dah naik dah... hahaha
Ini sebahagian dari remis itu.
Ada lagi banyak.
Tak sempat nak ambil gambar, terus je habis di'sapu' ...

Ingat satu ketika dulu, masa arwah nenek masih ada.
Ada mat salleh datang tengok kami cari remis.
Siap nak beli satu tempurung RM5.

Arwah nenek suruh mereka cari sendiri.
Yelaaaaa.... cari sendiri laaaaa..
Sebab remis ini akan rasa extra sedap,
kalau kita ambil bahagian dalam acara mencarinya.

Betul tak, bang??
Atau bagaimana?
hahahahhahaha

Mengapa sebenarnya?

Saya sibuk dengan aktiviti bersama keluarga.

Hari Rabu petang, saya telah bertolak ke KL, sebab abah minta tolong daftarkan adik ipar belajar di Shah Alam. Sampai KL jam 10 malam. Duduk rumah kakak ipar kejap, lepas tu terus broooooommm balik Serdang. Mak dan adik-adik tak de kat rumah sebab mereka semua balik kampung. Aim kan sunat. Dia 'berpantang' di kampung. Ayah, Icah dan Imah (kombinasi yang hebat) saja yang ada kat Serdang.

Hari Khamis... saya ke Gombak (rumah kakak ipar) ambil abah dan adik ipar. Kemudian, ke Shah Alam untuk daftar adik ipar belajar. Semua urusan settle dalam pukul 2 petang. Selepas settle semuanya, kena balik ke Serdang sebab nak masak untuk ayah. Mak kan balik kampung, jadinya tidak ada orang yang masakkan untuk ayah. Icah dah malas putus asa nak masak untuk ayah. (Macam mana ko nak kawin cah. Masak pun boleh putus asa. Nanti pak mertua dan ipar duai ko mengutuk tau. Ko kena kawin dengan anak raja laaaaaaa). Icah dan Imah ikut sekali balik kampung. Ayah pun balik juga tapi, esoknya pukul 11 pagi ayah dah pergi kerja.

Hari Khamis juga, (malam)... Saya ajak abah dan ipar duai ke kampung mak saya di Melaka. Saja ajak tengok-tengok laut. Abah pun tak pernah sampai Melaka (kot). Jadi, seronok juga abah dan ipar duai dapat makan angin di Melaka. Saya nak update blog malam tu, tapi dek kerana Icah nak pinjam broadband nak tengok result dia (dapat AD lagi sem ni) Itu yang terjadinya entri di atas kertas tu!

Hari Jumaat (pagi)... Awal gilo bangun. Maklumlah, abah kan ada. Nak kena pi buat air laaaaa.. apa laaaa.. Sebab abah kan nak makan ubat. Hmm.. lepas tu, pi cari remis (nanti saya cerita ek). Lepas tu, sibuk masak untuk makan tengahari.. Abang bawak abah dan ipar duai pi round bandar Melaka. (nanti saya buat entri) Adui.. sakit kepala tauu sebab sepanjang kami di kampung, cuaca sangat panas sampai saya rasa macam nek meletup je kepala. Banyak sangat terhidrat sampaikan saya terpaksa minum 100 plus. Lepas Asar, balik Serdang semula.. Icah dan Imah kena ikut sebab mak suruh diorang jaga ayah. Abah ajak singgah di Port Dickson sebab tak pernah sampai lagi. Ok, no problem...(akan ada entri mengenainya nanti)

Hari Jumaat juga.. sampai ke Serdang dalam pukul 8. Kepala sangat panas dan sangat banyak terhidrat. Kaki pula cramp kat betis. Uiiiiii.. gila banyak berjalan sampai cramp. Lepas tu telan panadol sebab kena gigih nak pi Jusco. Heheheh.. Pi Jusco Equine kejap je. Beli laaaa 2-3 barang sebab sekarang YES kan. Berpada-pada cik abang cakap. Sebab 'bulan' jauh lagi.. hahahha..

Balik terus buka laptop ingat nak update blog. Tapi sangat letih dan tak boleh blah dah nak menaip. Lepas tu, upload gambar-gambar je sebab kat rumah saya di Setiu, broadband macam tuuuuuuuuuuuuut.. Kat rumah ayah ni ada streamyx.. heheh..

Hari Sabtu.. Pergi kenduri kahwin sepupu cik abang di Rawang. Huhuh (entri nanti ek)

Hari Ahad.. Rehat di rumah sahaja. Cik abang nak siapkan kerja dia. Boss sudah bising. hahahah.. Malam tu, naik bas. Jom balik ke tempat mencari rezeki!

Haaaaaaaaaaa... itu lah sebab kenapa tiada entri baru ye Ayu..
Entri2 selepas ini adalah entri autopublish ye...........

Friday, December 11, 2009

10 Sebab Kenapa Tiada Entri Baru!



Tak sempat mengadap blog,
saya tetap mahu ber blog.

Memang dasar blogger tegar!