Kini, genaplah sepurnama dikau tidak datang mengunjungiku?
Mengapa, sayang?
Walhal, selama ini dikau lah teman setiaku bila purnama menjelma
Hadirmu membuat hidupku rasa sempurna
Kau memberi ruang untukku untuk bercanda
Apabila kau hadir menjelma, hatiku akan berkelana
Serupa seiras selalu
Hatiku resah... Hatiku rindu...
Segala keluh gusar sudah puas ku tumpahkan
Jika benar kau tak sudi, bawakanlah aku sebuah berita gembira!!!
Bawakanlah ia segera
Bisikkan ke telingaku, bahawa kau bukan sengaja menyepi diri..
Oh, leraikanlah segala resah gelisah ini.
Berikan lah sebuah kepastian!
Eceh.. eceh... tetiba saya rasa macam A. Samad Said pula...
hahahahahaha
Pembaca Blog Ini...
Tuesday, June 30, 2009
Monday, June 29, 2009
Lambatnya hari Rabu!!!
Kenapa dengan hari Rabu?
Hari Rabu adalah hari yang ditunggu kerana saya dan suami akan balik ke Serdang.
Hari Khamis dan Jumaat saya ada kursus di UPM...
Ohohohoo.. seronoknya!!
Sebenarnya yang seronok ialah balik ke Serdang bukannya seronok kerana berkursus...
Eeeee..... Rindunya kat rumah tempat saya dibesarkan..!!
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Lebih baik di negeri sendiri kan kan kan...
Kami sekeluarga berpindah ke Serdang sudah lama.
Kalau tak silap saya dah berpuluh tahun kami tinggal di rumah itu.Dari adik beradik kecil-kecil sampai laaaa sekarang ni semua dah besar panjang.
Dari semua berebut nak ikut mak ayah ke mana-mana dengan proton Saga biru, sampai laaaa Toyota Innova ayah terpaksa dijual sebab ayah kata kosong je setiap kali ke mana-mana. Sebabnya, dah tak ada anak-anak nak ikut ayah dengan mak bila ke mana-mana.
Masing-masing dah besar panjang dan ada jalan masing-masing..
Dari ayah pergi kerja naik kereta proton Saga biru, Wira putih, dan sekarang Savvy...
Dari mak kerja jual kuih hantar kat mak ngah, buat aiskrim hantar kat kedai runcit, jaga taska sampai laaaa sekarang hantar adik-adik pergi sekolah je.
Dari mak naik motor cabuk warna merah, Wira putih, Innova ayah dan sekarang ni ayah suh mak bawa Avanza auto.. haaaa lagi senang....
Dari saya tadika sampai lah sudah bekerja sekarang...

Nampaknya,
tak lama lagi saya kena balik ke Melaka laaa dan bukan Serdang lagi.
Tinggallah rumah Serdang bersama memori suka dan duka kami sekeluarga.
Walaupun mungkin suasana di kampung nanti akan lebih tenang,
namun saya pasti kenangan semasa di Serdang
tak mungkin dapat kami lupakan hingga ke akhir hayat kami.....
~harap-harap orang yang akan sewa rumah itu nanti akan jaga rumah kesayangan keluarga kami dengan baik..!! Tetiba pula saya bergenang air mata!

Dari adik beradik saya empat orang,
sampai laaaa sudah tujuh orang...
Ini adik-beradik perempuan saya dengan mak...
Belakang itu, kereta keluarga kami yang telah dijual
dan digantikan dengan yang lain.
Yang lebih praktikal dan ekonomik.
sampai laaaa sudah tujuh orang...
Ini adik-beradik perempuan saya dengan mak...
Belakang itu, kereta keluarga kami yang telah dijual
dan digantikan dengan yang lain.
Yang lebih praktikal dan ekonomik.
Kami yang ada dalam gambar di atas
bertungkus lumus mengecat bili tidur kami sendiri.
Sehari suntuk tau, bersungguh-sungguh benar.
Belang-belang gitu...
Nak masuk Deko bersama Eric pun tak menang-menang!
Jadi, buat sendiri laaaa...
Apa yang sama hanya lah saya masih comel seperti dulu. :)
bertungkus lumus mengecat bili tidur kami sendiri.
Sehari suntuk tau, bersungguh-sungguh benar.
Belang-belang gitu...
Nak masuk Deko bersama Eric pun tak menang-menang!
Jadi, buat sendiri laaaa...

Dari saya kecil dan comel sampai laaaaaa saya sudah berkahwin dengan seorang jejaka yang kacak wek..wek.. ~sambil jolok-jolok tekak

Oh... lama sungguh duduk Serdang.
Ayah pun dah nak pencen tak berapa lama lagi.
Jadi, ayah dah mula berdikit-dikit
membuat rumah baru di kampung mak kat Kuala Sungai Baru, Melaka.
Lepas pencen nanti, mak ayah akan berpindah terus ke Melaka.

Ayah dah teruja dah tu sebab tapak rumah baru nya dah siap ditambak.
Siap tanam pokok tembikai lagi.
Sudah berbuah pun pokok tembikai yang ditanam.
Perigi juga sudah digali,
walaupun rumahnya masih belum mula dibina.
Siap tanam pokok tembikai lagi.
Sudah berbuah pun pokok tembikai yang ditanam.
Perigi juga sudah digali,
walaupun rumahnya masih belum mula dibina.
Nampaknya,
tak lama lagi saya kena balik ke Melaka laaa dan bukan Serdang lagi.
Tinggallah rumah Serdang bersama memori suka dan duka kami sekeluarga.
Walaupun mungkin suasana di kampung nanti akan lebih tenang,
namun saya pasti kenangan semasa di Serdang
tak mungkin dapat kami lupakan hingga ke akhir hayat kami.....
~harap-harap orang yang akan sewa rumah itu nanti akan jaga rumah kesayangan keluarga kami dengan baik..!! Tetiba pula saya bergenang air mata!
Selamat Hari Raya
Hahaha.. Apa kes? Puasa dah mula lagi tapi dah wish Selamat Hari Raya..
Sebenarnya, semalam saya sudah selamat membayar hutang. Puasa yang lobang-lobang tahun lepas sudah ditampal.. Sebab tu saya rasa hari ni macam hari raya je, sebab saya bersarapan pagi hari ini. Maklumlah, dah beberapa hari duk puasa je kan.. Hari Jumaat ari tu je saya tak puasa.
Bila dah asyik puasa, bila hari tak puasa rasa macam ragu-ragu je nak makan.
Sebab dalm hati duk fikir, "Aku ni puasa ke tak ek hari ni?" hehehe

Labels:
hari raya
Sunday, June 28, 2009
Durian
Oleh kerana abah telah memesan durian,
singgah di depan Pasar Payang sebelum balik!
Durian kat sini tak dak sangat lagi.
Tapi sebab abah dah kirim kan, gi je lah beli.
Harganya sekilo RM8 tau..
Cit.. kalau gitu sekilo dapat sebiji je laaa..
ahahhaha
Durian kan kulit berat!!
Mungkin lepas ni bila dah penghujung musim
baru murah sikit harganya...
Tengok!
Cik Abang saya tersenyum-senyum sebab dah beli durian.
Tapi, bila dia masuk kereta je dia mula bising-bising pasal durian mahal.

Cik Abang saya beli yang selonggok RM10 je..
Beli dua longgok!!
Selonggok ada lah 4 biji.
Setiap longgok akan ada 2 biji yang elok, dan 2 biji yang tidak elok.
Hampeh kan??
"Sayang tak leh makan durian!! Bahaya..."
"Eleh... apesal pula?"
~padahal dia yang nak melantak sorang-sorang!!!

makanan
Jalan-jalan Cari Makan!
Kelmarin (hari Jumaat),
suami saya ajak gi jalan-jalan sebab dia tahu saya bosan tahap gaban.
Suami saya kata dia nak pergi rumah abah dulu
sebab nya nak tolong abah bancuh simen.
Entah nak buat apa tah..
Saya tidak lah faham sangat!!
Saya mengantuk laaaaaa
sebab pagi-pagi buta lagi dah dia ajak saya gi rumah abah..
"Owang ngantuk laaa, bang...
Abang gi dulu laaaaa naik kereta abang. Nanti owang g kemudianlah"
~sikit punya malas saya nak bangun hari-hari cuti ni.
Tak kuasek kan..
"Ok, abang gi dulu.
Nanti sayang bawa baju sekali laaaa,
kita pergi jalan-jalan terus lepas abang habis bancuh simen!"
"Ok..."
Saya fikir saya nak bangun tengahari je kan..
Tapi, dah kena kejut awal tu, tak leh nak tidur semula.
Saya bangun tengok tv.
Tiba-tiba ada berita Michael Jackson
sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini..
Saya seperti agak terperanjat laa tapi, ,nak buat macam mana..
Yang hidup akan mati jua akhirnya...
Lepas tu,
dalam pukul satu tengahari saya masuk mandi
dan siap-siap pergi rumah abah.
Lepas Asar baru siap cik Abang saya membancuh simen.
Kemudian gi jalan-jalan seperti yang dijanjikan!
Lepas membuat urusniaga dalam RM (shopping laa),
kami gi makan...
Rasa nak makan Western Food, jadi singgah laa di sini...

Cik Abang makan daging kambing!!!
Saya terasa nak makan ikan pula.
Namun, malangnya amatlah tidak sedap sebab masin sangat.
Saya kan tak suka makan masin-masin.
Telinga saya boleh rasa berdesing, dan lidah saya akan rasa bengkak!!
Nasib baiklah air epal nya sedap..
Kalau tidak, saya dah 'pangkah' dah kedai ni..
Kemudian, jalan-jalan lagi sampai kaki lenguh.
Kat TTC ada jualan barang-barang dari kilang..
Tapi, amatlah tidak menarik barang jualan di sana.
Rasa nak muntah je tengok..
Anggaplah ia sebagai 'lumrah alam' ~ahahahaha
Air Pasang Pagi
%5B2%5D.jpg)
"Air pasang pagi
surut pukul lima
bangun pagi-pagi
siram pokok bunga
pokok bunga melur
tanam tepi batas
itik dah bertelur
ayam dah menetas"
Hari ini saya amat bosan!!
Kereta suami saya masuk bengkel.
Jadi saya pergi kerja suami saya hantar.
Lagipun, kereta saya pun kena gi servis.
Dah dua bulan tak servis.
Kang merajuk lak 'si kecik' tu!!
Apa kena mengena dengan lagu AIR PASANG PAGI di atas??
Hahahahaha..
Ada officemate saya bawa anak dia yang berumur 4 tahun.
Dia duk pasang lagu AIR PASANG PAGI ni
beratus-ratus kali dah sejak pagi tadi..
Kalau mama dia tak bagi pasang,
dia akan melawat bilik saya sambil tanya macam-macam..
"Mokcik, make dok agi??"
"Mokcik, banyak khijo ko?"
"Mokcik bizi ko?"
hikhikhik.. pandai lak tuuu tanya saya bizi ke tak???
"Mokcik, bla bla bla....."
Hahahahahahhaha
Lawak laaa budak ni..
Sampai saya berikut-ikut menyanyi lagu ni!!

Thursday, June 25, 2009
Hari ini hari sakit!!
Saya sakit.. Sakit kat tttuuuuuuttt.....
Bulan ini bulan yang misteri laa bagi saya!
Suami saya juga sakit..
Sakit kat belakang..
Tulang belikat nya macam terkehel..
Haaaa.. itu laaa akibatnya duduk online di kerusi yang tidak ergonomic.
Bulan ini bulan yang misteri laa bagi saya!
Suami saya juga sakit..
Sakit kat belakang..
Tulang belikat nya macam terkehel..
Haaaa.. itu laaa akibatnya duduk online di kerusi yang tidak ergonomic.
Labels:
sakit
Rambutan Hijau yang Lokoh
Petang tadi kami pergi rumah abah.
Ye lah, abah kan sekarang ni duduk KL jarang-jarang balik..
Jadi sesaja laa jenguk dia.
Saya naik motor pusing-pusing kampung dengan suami saya.
Lepas tu saya ternampak pokok depan rumah abah tu ada buah.

"Eh, buah rambutan laaa.. Abang, ni pokok rambutan ke?"
~haduih laaa.. dan nama pun buah rambutan takkan laaa pokok durian pulak.
"A'ah.."
~selamba je suami saya jawab.
Boleh tak saya tak perasan depan rumah abah tu ada pokok rambutan.
Punya lah tak peka nya saya.
Dah lebih setahun duk ulang alik rumah abah,
pokok rambutan pun boleh tak perasan.
Pokok tu pula, baru kali ni saya nampak ia mengeluarkan buah.
Selama ni, daun je berbondong-bondong..

Banyak juga buah nya..
Tapi masih belum masak lagi.
Tengok! Suami saya melayan je soalan saya yang tah apa-apa
sampai muka nya dah jadi macam ni

"Abang, nanti kalau dah masak buah ni jadi warna merah laaa ye?"
~haduih.. sengal kan soalan saya..
Tak de laaa.. mana lah tau kan kalau buah tu jenis rambutan kuning ke kan..
"Ye lah.."
"Penuh laa ye satu pokok ni dengan buah rambutan merah ye?"
~haduih... satu lagi soalan sengal!!
"A'ah"
"Wah.. mesti best!"
~sengal je.. maklumlah, saya dan dilahir dan dibesarkan di bandar.
Jadi, hal pokok-pokok ni jadijakun tak biasa sangat la.. hahahah

Jadi, hal pokok-pokok ni jadi
"Rambutan tu tak sedap. Rambutan lokoh.."
"Alahai.. apa kebendanya pula rambutan lokoh tu?"
~hahaha.. saya kan kawin dengan orang pantai timur,
jadi banyak laa istilah baru dan loghat yang saya perlu belajar.
Rupa-rupanya,
rambutan lokoh tu kalau dalam bahasa saya rambutan tu tak longkah..
Kalau menurut mak saya,
longkah tu bermaksud kalau kita makan rambutan tu,
isinya akan senang dipisahkan dari bijinya..

Barulah saya faham!!
Labels:
makanan
Wednesday, June 24, 2009
Adik
"Abang.. mulai hari ini abang jangan panggil owang 'sayang' tau"
"Dah tu abang nak panggil apa?"
"Panggil laaa owang 'adik' tau.."
"Adik? wek..wek..wek..." ~jahat je nak buat-buat muntah!!!

"Abang tak nak la.. Abang geli," ~sambil buat-buat jolok tekak!! Ting tong ke apa?
"Dah tu abang nak panggil apa?"
"Panggil laaa owang 'adik' tau.."
"Adik? wek..wek..wek..." ~jahat je nak buat-buat muntah!!!
~~~~~ update ~~~~~~~
Suami saya tak nak panggil dengan panggilan yang saya dicadangkan sebab dia kata dia geli.."Abang tak nak la.. Abang geli," ~sambil buat-buat jolok tekak!! Ting tong ke apa?
Labels:
suamiku sayang
Laut dan pantai
Lagu ini salah sebuah lagu rakyat Terengganu.
Sejak saya jadi bini orang Terengganu ni,
kena laaa dengar sikit-sikit lagu rakyat sini.
Kalau tidak, haram tak pernah pun saya ambil tahu..
Lagu ini berkaitan dengan hidup nelayan..
Nelayan yang sememangnya
tidak dapat dipisahkan dengan laut!
Laut bukan lah sesuatu yang asing bagi saya..
Kampung mak saya juga berhadapan dengan laut.
Setiap kali raya, mesti boleh ambil gambar tepi laut!!

Oh...
Angin laut dan pantai
memang membuat hatiku damai...
Subhanallah..

Deco bersama Eric
Hari ini, saya nak berangan sikit...
Bukan nak berangan apa..
Saya nak berangan rumah saya menang
Peraduan Deko Bersama Eric tu..
Boleh laaa rumah saya yang begini..
Bukan nak berangan apa..
Saya nak berangan rumah saya menang
Peraduan Deko Bersama Eric tu..
Boleh laaa rumah saya yang begini..

menjadi begini...
Labels:
rumah sewa
Tuesday, June 23, 2009
Ya, itu dia...
"Abang, boleh tak abang hantar owang hari ni. Owang malas laaa nak bawa kereta,"
~ ya, itu dia ayat mengada dah keluar.
"Pergi sendiri laaaa,"
~ya, itu dia ayat malas bangun pagi dah keluar.
"Alaaa.. hantar laaa! Malas laaa nak drive..."
~ya, itu dia ayat mengada disusun lagi untuk mencapai apa yang dihajati.
"Abang takut nanti lambat balik petang karang,"
~ya, itu dia ayat memberi alasan yang sedang cuba diatur dengan teragak-agak.
Tetiba ada seorang perempuan muda bermuncung panjang bangun dari tempat tidur terus masuk mandi. Tanpa sebarang kata..
"Yang, nak abang hantar ke?"
~ya, itu dia ayat memujuk dah mula kedengaran.
"Tak yah.. Kang nanti lambat pulak!"
~ya, itu dia ayat merajuk @ mengado sudah terucap.
"Nak abang hantar ke?"
~ya, itu dia sekali lagi ayat cuba memujuk berkumandang.
Perempuan muda bermuncung panjang tadi terus bersiap,
mengambil kunci kereta kecilnya dan terus bertolak sendirian ke pejabat..
Cits... merajuk laaa konon!!
Padahal dalam hati rasa menyesal sebab tak dapat ciuman sebelum pergi kerja tadi..
huhuu..
Abang, cepat laaaa call owang..
Owang rindu..
~ya, itu dia ayat tak boleh blah sudah berlegar-legar dalam hati perempuan bermuncung panjang tadi..
Pssss....Kalau anda rasa nak muntah membaca entri ini,
sila lah baca entri yang lain!!!

Monday, June 22, 2009
My Car
Malam-malam ni mata sudah mengantuk.
Tapi, sebelum tidur nak buat tag dari sha dulu
1. When do you get your driving licence?
Tahun 2006. Lepas habis belajar..
Alamak!!!! Sha.. nasib baik sha buat tag ni. Ain tengok lesen ain tup tup dah mati.. 9/4/09 ari tu dah mati.. Hahahah.. Esok kena g renew lesen laaa...
2. Your first car is...?
Kancil merah.. Beberapa hari lepas dapat lesen.
3. What type is your car now?
VIVA 1000cc Premium.

4. Do you choose your plate number or was it given?
Suami saya pilih ikut number famili dia. Berminggu jugak kena tunggu nak bawa keluar kereta sebab nak tunggu salesman register kat Terengganu. Saya ambil kereta di KL.
5. What is the color of your car?
Pearl Jade. Mula-mula nak ambil warna hijau tu.. Tapi.. hahahah.. macam lucu laaa pula.
6. Reveal 3 most important things in your car.
- Cermin mata
- Selipar saya. Saya drive tak boleh pakai high heel. Jadi kena tukar selipar. hehehe
- Kunci rumah
7. Have you ever got yourself into accident?
Masa pakai kancil dulu memang pernah. Saya melanggar orang pernah, orang melanggar saya pun pernah.. Maklumlah baru dapat lesen.. Dengan VIVA ni belum pernah lagi. Harap-harap dapat kekalkan record bersih ni. Kalau tidak, habis laaa dijelingin Cik Abang.. heheh
8. When is the due for your insurance & road tax?
Bulan dua belas.
9. Do you plan to change your car?
Belum lagi. Kalau ada rezeki lebih, nak tukar je kereta Cik Abang saja.. Saya suka VIVA. Sesuai dengan saya.
Jimat Praktikal dan Bergaya.. Eceh.. bergaya kah? Macam dalam iklan pula!
10 . Let's make your friend do this too. Who would you choose?
Ha... buat saja la kalau nak buat. Saya baik malam-malam ni sebab tu tak nak tag sesiapa!!

tag
Suamiku murah rezeki
Tengahari tadi, suami saya telefon.
Katanya, hari ini lepas meeting dengan Puan Bos ada berita gembira merangkapberita yang tak berapa gembira didengar.
Yang gembiranya, Puan Bos mahu bagi satu projek baru untuk suami saya untuk dijaga.
Suami saya dipilih kerana tidak ramai staff teknikal di syarikat Puan Bos itu.
Yang tak gembiranya, projek itu adalah di Penang..
Diulangi.. Penang ye puan puan dan tuan tuan..!!
Saya tidak mahu suami saya ke Penang sendiri.
Saya nak ikut sekali.
Tapi, saya tak kan lah nak berhenti kerja kan?
Macam tak sesuai je saya jadi surirumah...
atau saya nak kena cari kerja pula di Penang?
Saya dah berubah riak wajah dah..
Tapi, suami saya kata...
Belum tahu lagi. Kalau nak pergi pun, banyak perkara difikirkan...

Adlin Aman Ramli (AAR)
Saya memang suka AAR ni..Walaupun dalam AF komen nya kasar dan nampak macam cakap lepas,
tapi saya memang suka lah dia.
Tak kisahlah orang nak kata apa pun.
Saya tetap suka tengok dia.
Gaya dia bersahaja.
Ada garang-garang dan muka kasar.
Tapi, saya suka laaaaa... heheh

Saya kalau tengok 'Jangan Tidur Lagi' tu memang saya tengok je Adlin. Saya suka!
Dia kawin dengan Emelda pun saya suka. Suka! Suka! Suka!
Semalam, tengahari saya balik rumah. Kebetulan, ada tunjuk diorang kawin dalam NONA. Oh.. saya suka sangat keikhlasan yang ditunjukkan oleh Adlin.
Antara dialog yang saya ingat:-Dia kata, "Mel ni seorang yang dari luarannya nampak inginkan kesempurnaan tapi dari dalamannya dia tak macam tu. Dan dengan ciri-ciri itu membuatkan saya percaya yang dia takkan over! Itu lah yang membuatkan saya sukakan dia," ~ Oh.. cair saya tengok cara dia pandang Mel.. Hahaha
Lagi, "Saya berkahwin dengan Mel sebab saya nak mencurahkan segala apa yang saya ada selagi mana saya termampu yang tidak akan dapat saya berikan kalau saya tidak mengahwininya," ~
Bila Emelda cakap, "I tak tahu nak cakap apa. Speechless! I love u, b!"
Nak tahu Adlin jawab apa?
"I love u to, sayang!"
Lepas tu sambil dekatkan mukanya dengan muka Mel. , Adlin cakap...
"Eeee... rasa nak cium je sekarang ni!"
Hahahah.. soooo sweet! Adlin memang seorang yang berterus terang!
Semoga ikatan antara Adlin dan Mel berkekalan hingga hujung nyawa!
Tiba-tiba je saya rasa nak peluk suami saya sekarang!!
Walaupun dia tak macam Adlin tapi saya sayang dia sangat-sangat!
~ahahhahahah.. angau laaaa pula.
Mengalahkan pengantin baru!
Labels:
artis
Sunday, June 21, 2009
Selamat Pengantin Baru, Yana!!

Ini adalah antara ayat-ayat kurang keyakinan dari Yana,
rakan sepejabat saya masa di KL dulu.
Masa tu dia sedih sebab tak da boyfriend.
Hahahah.. lawak je.
"Alaaa.. Ain, mana ada orang nak kat aku!
Aku tak cantik laaa, "
"Ain, macam mana aku nak kawin macam kau. Aku tak da calon. Tak da sape nak kan aku!"
Saya akan menjawab dengan ayat yang positif,
"Banyak lah kau punya tak cantik!! Gedik laaa kau, Yana.."
"Kalau jodoh tak ke mana lah, Yana.. Entah-entah tahun depan kau kawin!"
Oh, rupanya mulut saya 'masin' walaupun saya tak suka makan masin-masin!
Ya... Hari ini Yana telah berkahwin!
Mungkin di saat ini mukanya sedang ditepek alat solek berinci-inci
dan sedang tersipu-sipu
Maafkan aku, Yana..
Aku tak dapat menambah meriahkan majlis kau.
Tu laaaa siapa suruh kau lambat hantar kad jemputan!
Tak sempat aku nak apply cuti tau!
Namun, aku tetap akan mendoakan
kau bahagia di samping Mr. Z.
Bertuah Mr. Z dapat kau!!
Selamat Pengantin Baru..
Puasa ganti lagi
Hari ini saya puasa ganti lagi..
Walaupun pagi tadi,
masuk-masuk je office dah terminum air kat atas meja ni.
Hahahh..
Tak sengaja tak pe kan?
Anggap je rezeki kan...
Punya laa gigih mengganti puasa.
Sementara cik P tak mai lagi kan!
Lagi 5 hari kalau tak tolak hari ini.
Lagi 4 hari kalau tolak hari ini.

Hehhe, saya tak sabarnya nak raya.
Walaupun raya tahun ni,
suami saya kata kami akan beraya di Terengganu,
tapi saya tetap seronok masa raya.
Memang lah tak seseronok raya kat rumah mak saya.
Tapi, boleh lah kan.. dari tak da..
Duit raya pun tak yah stand by bebanyak
sebab adik-beradik suami dah besar-besar
anak buah kat sini baru je sorang..
Itu pun kecik lagi.
Bagi je lima ringgit dah..
Jimat..jimat..
ahahahahampeh nye mak sedara
Hmm..
saya pun takkan ambil cuti banyak pun hari raya nanti
sebab saya tak ke mana-mana.
Kat sini je.
Mungkin sehari sebelum raya je cuti.
Lepas tu raya ke-3 atau ke-4 saya kerja semula.
Lagipun, saya nak bercuti lama sikit 2 minggu lepas raya nanti.
Nak pergi jalan-jalan jauh sikit..
Persiapan raya mungkin biasa-biasa saja
sebab mana ada orang nak datang rumah saya pun kan..
Kuih-kuih raya ke apa ke mungkin tak de jugak kot.
Kalau ada pun sejenis dua je.
Kang siapa pula nak perabis kuih raya tu kan..
ek ehh..
apesal belum habis ganti puasa lagi,
dah sibuk-sibuk duk buat entri raya ni?
Walaupun raya tahun ni,suami saya kata kami akan beraya di Terengganu,
tapi saya tetap seronok masa raya.
Memang lah tak seseronok raya kat rumah mak saya.
Tapi, boleh lah kan.. dari tak da..
Duit raya pun tak yah stand by bebanyak
sebab adik-beradik suami dah besar-besar
anak buah kat sini baru je sorang..
Itu pun kecik lagi.
Bagi je lima ringgit dah..
Jimat..jimat..
ahahaha
Hmm..saya pun takkan ambil cuti banyak pun hari raya nanti
sebab saya tak ke mana-mana.
Kat sini je.
Mungkin sehari sebelum raya je cuti.
Lepas tu raya ke-3 atau ke-4 saya kerja semula.
Lagipun, saya nak bercuti lama sikit 2 minggu lepas raya nanti.
Nak pergi jalan-jalan jauh sikit..
Persiapan raya mungkin biasa-biasa saja
sebab mana ada orang nak datang rumah saya pun kan..
Kuih-kuih raya ke apa ke mungkin tak de jugak kot.
Kalau ada pun sejenis dua je.
Kang siapa pula nak perabis kuih raya tu kan..
ek ehh..
apesal belum habis ganti puasa lagi,
dah sibuk-sibuk duk buat entri raya ni?
Labels:
hari raya
Saturday, June 20, 2009
Berjiwa rakyat kah?
Saya baca UTUSAN last week.Tajuk artikelnya ialah
Puteri Jelita Berjiwa Rakyat.
Kali pertama bertemu dengan personaliti ini sudah cukup membuat penulis terpegun dengan kejelitaan yang dimiliki. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penampilannya cukup anggun, elegan dan berkarisma. Terdetik di dalam hati, memang sesuai dengan keturunannya sebagai keluarga diraja.
Keramahan melayan penulis dan jurugambar di rumah agamnya di Shah Alam, memperlihatkan beliau seorang yang mudah didekati.
Kelebihan inilah yang ada pada puteri kesayangan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Raja Nur Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah yang membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sekalipun dilahirkan dalam keluarga diraja, Datuk Seri Tengku Puteri Zahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak membataskan dirinya untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Yah memberitahu, ayahanda dan bonda sentiasa mengingatkan putra dan puteri mereka supaya bersikap sederhana, merendah diri dan tidak berlagak walaupun berketurunan raja.
“Sebab itulah juga saya tidak pernah membatasi pergaulan saya walaupun bukan di kalangan bangsawan. Pada saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dan jangan sesekali membangga diri dengan status serta kemewahan yang dimiliki.
“Saya juga masih ingat apa yang bonda selalu tekankan iaitu sentiasa berbudi pekerti yang beradab walaupun dengan sesiapa. Bonda sering berkata, sebagai anak raja yang lahir di istana, adat, budi bahasa dan adab sopan di istana mahupun di luar istana perlu diikuti dengan sebaik mungkin, sesuai dengan keturunan yang dimiliki.
“Inilah juga yang saya terapkan kepada lima orang puteri dan putera saya,’’ katanya ketika ditemui di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Ku Yah mengakui dalam mendidik putra dan puterinya iaitu Syed Budriz Putra Syed Amir Abidin Jamalullail, Sharifah Rima Irwani Syed Amir Abidin Jamalullail, Sharifah Emilia Safina Syed Amir Abidin Jamalullail, Raja Sheena Frida Raja Sufian dan Megat Mohd. Faiz Muhammad, disiplin amat dititikberatkan.
“Saya amat mementingkan disiplin dalam mendidik anak-anak. Pada saya, mereka harus dilengkapkan dengan ajaran agama yang sempurna agar hidup mereka tidak terumbang-ambing. Mereka juga diajar cara-cara bergaul, menghormati orang tua dan berbudi bahasa walau siapa pun mereka.
“Saya sebenarnya tidak suka memanjakan anak-anak dengan kemewahan. Jangan fikir mereka akan dapat apa yang mereka mahu tanpa berusaha. Saya menekankan kepada anak-anak agar berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
“Saya juga sentiasa memastikan dengan siapa mereka berkawan supaya tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang semakin banyak berlaku sekarang ini. Bagi saya, anak-anak adalah aset yang paling berharga, harus dijaga dengan sebaik mungkin, sementelah saya ialah ibu tunggal,’’ katanya yang sibuk menjalankan perniagaan.
Rahsia kecantikan
Menjangkau usia 57 tahun pada 20 Jun ini, Ku Yah sememangnya kelihatan awet muda. Ditanya apakah rahsia kecantikannya, wanita anggun ini memberitahu bahawa tidak ada petua tertentu untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatannya.
“Syukur alhamdulillah, saya tidak ada rahsia yang istimewa, tapi memadailah kalau saya katakan saya memang seorang yang cukup mengambil berat soal kesihatan dan kecantikan sejak remaja lagi.
“Dalam keluarga, saya memang seorang yang suka melawa. Saya suka berfesyen, suka berhias dan bersolek dan terbawa-bawa sampai dewasa.
“Saya mula minat dengan dunia kecantikan ini sejak berada di tingkatan satu. Malah sejak berusia 14 tahun, saya telah mula menghadiri majlis-majlis rasmi mengikuti Almarhum ayahanda.
“Ketika itulah, saya mula belajar bergaya, bagaimana bersosial, berhias, bersolek sesuai sebagai puteri raja. Hinggalah sekarang, walau sesibuk mana pun, penampilan harus dijaga. Saya tidak sesekali membiarkan diri saya selekeh atau tidak terurus,’’ katanya yang telah bergelar ‘nendamama’ kepada lima orang cucu.
Menurut Ku Yah, setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri, cuma masing-masing perlu ada cara menyerlahkan kecantikan diri.
“Saya mungkin dilihat cantik kerana cara penampilan yang sentiasa terjaga, sentiasa berfesyen, bersolek dan bergaya. Bagi saya penampilan diri amat penting sebab itu saya cukup prihatin soal bagaimana penampilan saya terutama apa yang saya pakai ketika itu.
“Selain itu, saya juga mengamalkan diet yang seimbang untuk menjaga berat badan dan tubuh badan yang sihat,” ujar penggemar jenama Gucci, Channel, Escada, Giuseppe Zanotti dan Christian Dior ini.
Mengenai kulit yang mulus yang dimilikinya, Ku Yah percaya ia adalah berkat amalan pemakanannya selama ini kerana beliau sukakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Saya percaya buah-buahan dan sayur-sayuran banyak membantu saya mendapatkan kulit yang cantik. Saya tak ada masalah kulit seperti kering ataupun kusam. Saya juga kuat menjaga pemakanan. Kalau boleh, saya elak mengambil makanan yang berminyak dan tidak lupa mengambil suplemen tiga kali sehari. Saya juga jarang memakan nasi dan hanya meratah lauk.
“Seminggu sekali saya akan memakai masker bagi menghilangkan garis-garis halus, membersihkan muka dan memberi kompleksi wajah yang lebih muda serta menghilangkan bintik-bintik hitam,” katanya yang juga melakukan senaman berbasikal, aerobik dan urutan bagi membuang lemak berlebihan pada tubuh.
Ujar Ku Yah, kecantikan dan kesihatan bermula dari dalam dan menggambarkan diri sebenar seseorang. Cantiknya seseorang itu terpancar daripada personaliti, keyakinan dan pengalamannya.
Beliau mengakui untuk cantik juga setiap orang harus sentiasa gembira dan jangan suka menyimpan masalah.
“Sebolehnya saya cuba lepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti seperti bercuti, membeli-belah, menonton wayang, makan dengan keluarga di luar, bertemu rakan-rakan atau menjemput rakan makan di rumah. Cara ini sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan dan stres serta melupakan kenangan silam.
“Pada saya kenangan silam yang menjadi sejarah dalam hidup ini harus dilupakan malah saya sendiri mahu melupakannya. Hidup ini harus diteruskan.
“Masa lalu tidak akan kembali, ia hanyalah sejarah dalam hidup. Kini saya harus meneruskan hidup dalam keadaan yang gembira,’’ katanya yang telah dilantik sebagai duta produk kecantikan Cherro.
Gaya elegan
Dari segi pemakaian pula, Ku Yah suka dengan gaya selesa, elegan dan anggun. Antara jenama mewah yang menjadi kegemarannya seperti Channel dan Escada, manakala bagi pereka tempatan beliau lebih menyukai rekaan dari butik milik Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
“Saya lebih suka memakai pant suit sekiranya ke majlis kasual manakala jika majlis rasmi di istana, kebaya dan baju kurung menjadi pilihan,’’ jelasnya yang juga suka berkaraoke dan meminati muzik soul, sentimental serta meminati penyanyi seperti Allahyarham Abdullah Chik, Yusni Hamid, Jamal Abdillah, Ning Baizura, KRU dan Allahyarham Rafeah Buang, manakala penyanyi luar negara ialah Akon Freedom.
Ku Yah turut memberitahu suatu masa dulu berat badannya pernah naik sehingga membuat beliau tidak keruan dalam kehidupan dan penampilannya.
“Saya menangis setiap kali ingin mengenakan pakaian yang sedia ada. Semuanya tidak boleh dipakai lagi. Saya kesal kerana tidak mengendahkan mengenai berat badan pada waktu itu.
“Lebih sedih semasa pergi membeli belah, baju yang diminati, tidak muat dipakai, berlinang air mata dibuatnya. Lalu saya bertekad melakukan senaman, mengurut, mengurangkan makan dan melakukan aktiviti yang aktif dan tidur dengan cukup bagi menurunkan berat badan. Alhamdulillah, badan saya turun semula,” katanya.
Ditanya mengenai impian dalam hidup, Ku Yah menjawab dengan ringkas namun begitu bermakna: “Saya bertuah mempunyai lima orang anak yang begitu baik, mendengar kata dan beradab. Mereka adalah dunia saya.
“Sekiranya mereka bahagia, saya juga bahagia. Saya tidak mengharapkan mereka membalas jasa, tetapi hargailah pengorbanan yang saya telah lakukan. Ini sudah mencukupi bagi saya.
“Saya juga tidak pernah menyekat anak-anak untuk memilih pasangan di kalangan keluarga diraja, cuma Budriz sahaja yang mengahwini sepupunya, kerabat diraja Perlis, manakala Irwani dan Emilia, memilih orang biasa.
“Harapan saya mereka bahagia dengan pasangan masing-masing. Cuma dua orang lagi belum lepas. Pada merekalah saya curahkan kasih sayang dan mengharapkan kasih sayang. Saya juga ingin mereka turut berjaya dalam kehidupan. Itulah impian yang saya,’’ katanya penuh harapan.
Pada pandangan saya, tajuk itu perlu diubah kepada ayat yang lebih bersesuaian dengan isi kandungan artikel ini.
Sekadar memberi pendapat.
Labels:
isu semasa
Gas habis punya fasal!
Ini ialah dinner kami berdua semalam.
Kari ayam itu lauk tengahari ada lebih,
jadi malam ni malas nak makan nasi.
Buat lempeng dan cicah je dengan kari itu.
Alhamdulillah kenyang juga...
Pagi ni nak masak sarapan merangkap makanan tengahari,
tiba-tiba gas habis pula.
Nak tunggu suami saya beli gas, lambat laaa lagi makan kan.
Perut sudah lapar.
Jadi, saya masak saja nasi goreng dalam rice cooker.
Cincai cincai saja...!!
aaaaaa.. mula-mula tumis
bawang-bawangan,
cili api serta bunga kantan..
Bila dah agak-agak kuning bawang-bawang tu, bubuh laaa ayam.
Biasanya kalau masak guna rice cooker ni,
akan lambat sikit masaknya sebab tak panas sangat.
Jadi pandai-pandai laaaa kan.
Tutup ke buh air sikit ke bagi cepat masak.
Bubuh juga sikit sos tiram.
Saya tak bubuh garam tau sebab saya tak boleh makan masin-masin.
Lagipun, sos tiram kan dah masin.
Labels:
masakan
Gaya tidurmu
Macam mana gaya u ols tidur??
Saya rasa saya tidur gaya Side Sleeper with One Knee Bended..
Suami saya pun kata begitu.
Suami saya pula gaya last sekali..
Saya ambil gambar ni di sini
Saya rasa saya tidur gaya Side Sleeper with One Knee Bended..
Suami saya pun kata begitu.
Suami saya pula gaya last sekali..
Saya ambil gambar ni di sini
Labels:
lawak
Friday, June 19, 2009
Hari ayah?

Hmm.. saya tak tahu laaa apa nak bagi untuk hari ayah.
Sebab ayah saya seorang yang agak cerewet.
Kalau dia tak berkenan,
jangan harap dia akan berpura-pura berkenan.
ini juga ciri-ciri ayah saya yang saya warisi
Saya sentiasa mendoakan agar ayah saya
dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
dan menghasilkan lebih banyak karya
sebagai pendorong kepada semua orang!!
harap-harap pelan rumah itu lulus laaaa
hihih
Saya seperti biasa tak mahu ucapkan selamat hari ayah
sebab bagi saya setiap hari adalah hari ayah.
Sama seperti hari ini juga.
Heheh
Sebab setiap hari ayah akan menyayangi anaknya kan kan kan..
Ini blog-blog ayah saya.
Ayah saya juga blogger yang ala-ala tegar sebab dia ada banyak blog.
Tak sempat saya nak senaraikan di sini.
U ols semua boleh tengok di sini... Cabe 4
Sudahkah anda menelefon ayah anda menanya khabar?
Saya?
Heheh.. saya akan selalu call tapi saya hanya call mak saya saja
sambil-sambil tu saya tanya laaaa ayah saya apa khabar?
hehehehe
Oh.. juga untuk bapa mertua saya yang duduk di KL itu.
Semoga beliau juga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.
Terima kasih kerana menerima saya menjadi ahli keluarga abah!
Macam lah abah baca apa yang aku tulis ni..
Abah bukan blogger maklumlah.. orang lama,
jadi tak dapat laaa nak bubuh link ke blog nya.
hihih
Ha.. apa lagi..
Cepat cepat laaa buat entri untuk ayah u ols..

Abah bukan blogger
jadi tak dapat laaa nak bubuh link ke blog nya.
hihih
Ha.. apa lagi..
Cepat cepat laaa buat entri untuk ayah u ols..
Subscribe to:
Posts (Atom)

Sila lah jenguk 