Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 31, 2009

Buah Tangan dari Read Malaysia

Saya beli buku ini, tapi ayah saya yang bayarkan!!
hihihi

Saya belum lagi membaca kedua-dua buah buku ini.
Nanti kalau saya sudah baca
saya akan kongsikan kalau-kalau ada tips menarik di dalamnya.
Ok?
(Buku-buku di belakang itu, adalah kepunyaan adik-adik saya, novel kanak-kanak.
Saya nak baca dan cari ilham untuk novel saya yang seterusnya)

Apa ini?

Suami saya seorang yang prihatin terhadap kemaslahatan isterinya.
Beliau telah membelikan ini untuk isterinya yang comel ini..

Apa ini??


Kuali yang tak melekat ini dibelinya dari Ikea.
Saya tak dapat ikut dia ke Ikea, sebab saya tidak berapa sihat!
Mungkin dalam hati suami saya terlintas ~
hadiah kuali ini diiringi dengan ucapan,
"Rajin-rajin lah memasak ye, sayang!"
haahahahah

Beg hijau saya!

Dah lama juga saya beli beg hijau ni.
Beg ini saya bawa pergi office untuk letak laptop saya.
Saya malas nak angkut beg laptop yang besar sangat
Tak padan dengan saiz laptop saya yang kecil molek ini.

malas nak keje

orang demam

Saturday, May 30, 2009

Kejutan yang manis!!

Suami saya telah menghilangkan diri selama beberapa jam!

Rupa-rupanya, dia belikan saya ini....

Siap dengan engan tripod sekali

Si Putih (macam nama kucing pula)
yang kehadirannya diiringi dengan berjuta-juta
cinta, kasih dan sayang. cit.. porah!! sangat jiwang!!

Oh, digital camera kan salah satu wish list saya yang masih belum tercapai.
Saya hanyalan mengidamkan digital camera yang berwarna hijau dan leper meper!
Namun, kejutan yang manis ini
membuatkan saya cukup berpuas hati memilikinya!!!!
Dengan adanya gadget ini, tertunai lah satu lagi wish list saya.


Friday, May 29, 2009

Tupai yang Sengal

Mak saya memang berhajat
hendak membelanja kami makan di Restoran Tupai-Tupai!
Sekarang ni, perut saya sudah sebu makan steamboat.
Makan banyak!

Ini makanan saya.
Tapi, ini yang first round.
Oleh kerana buffet itu adalah RM28 seorang,
takkan lah saya nak makan sikit saja kan? Rugi..rugi..
Saya makan macam-macam.
Steamboat, mee goreng, dan dessert nya aiskrim!!
Brupp.. kenyang!
Alhamdulilah..

Ini pula, makanan suami saya..
Dia tak menambah pun
sebab banyak tak hingat betul dia ambil.
Tengok.. Bertimbun!! heheh

Lihatlah....
Cerianya saya!
Sejak dua menjak ni, asyik makan sodap ajo!!
Suami saya pakai baju Search dia tu..
HAHAHAHAHAH

Mak dan ayah bekerjasama membelanja!!
TQ!
hehe

Icah, Naim dan Imah.
Naim bad mood sebab mengantuk!

Pesta Buku di Mines

Ini adik bongsu saya.
Dia sedang menunjukkan buku yang ingin dibelinya!
Antara buku yang kontroversi..
Heheh


Adik saya bersama bunting penulis pujaannya!

Timbunan buku-buku
Gerai PTS!
Mari serbu..
Oleh kerana hari ini adalah hari pertama Pesta Buku di Mines,
Makanya, tak ramai pengunjung.
Mungkin esok dan lusa orang akan berpusu-pusu ke sini!
Oh... seronoknya.

Esok ayah saya ada book talk di situ.
Nampaknya saya seronok lagi laaa esok!!

Thursday, May 28, 2009

Cikgu dah ada gaji

Gambar di atas ialah saya dan adik bongsu saya.
Budak ini adalah watak utama dalam entri kali ini.

Gambar di bawah pula ialah saya.
Sedang menahan gelak sebab adik saya itu suruh baca
kad hari guru yang dia buat sendiri.
Saya mempamerkan kad yang dimaksudkan itu.

Gambar di bawah pula, isi kad itu.
Adik saya tulis sendiri.
Kemas juga tulisan dia, kan? Boleh laaa dari tak da!

Nasib baik sekarang dia sudah lancar membaca
dan juga pandai menulis sendiri.
Walaupun ada juga silap ejaan.

Ayat dia kelakar, kan?

Selamat hari guru
(ok laa kan)


dan higa panjang umur
(salah eja, lepas tu panjang umur.. macam kad hari jadi pula)


dan higa ke anak cucu
(dah macam ucapan untuk pengantin baru)


Selamat tinggal, cikgu Haiza..
(macam nak bertukar sekolah je!)

Lepas tu, yang bulat-bulat ada ekor tu ialah belon tau.

Jangan salah tafsir ye.. hahahah

Masa dia tadika, dia malas pergi sekolah.
Malas berlatih membaca.
Tapi, alhamdulillah..
Setelah hampir setengah tahun berada di Tahun 1,
dia semakin menunjukkan perkembangan positif.

Saya bertanya kepadanya,
"Aim, aim tak beli hadiah hari guru ke?"
"Tak payah lah,"
"Kenapa?"
"Sebab cikgu dah ada gaji,"

~ Ada ke macam tu? :-)

Bengkel


Hari ini ada bengkel penstrukturan semula
program diploma kerjasama UPM di Hotel Marriot Putrajaya..

Letih otak nak kena rombak semula silibus.
Kena cari buku rujukan yang paling terkini. (dah paling, ter lagi..~ salah tatabahasa)

Sakit perut.
Kenyang makan 4 kali sekali.

Pagi
Sebelum lunch
Lunch
Hi-tea..
~oh perut terseksa hari ini.. Sengkak perut!! hehehe..

Kemungkinan, bulan depan akan ada lagi bengkel seperti ini.
Tapi, tak tahu lagi di mana!!

Saya enjoy laaa sebab bukan selalu dapat merasa makan di 5 stars hotel kan?
Kalau nak harapkan pergi makan dan bayar sendiri,
entah-entah sampai mati pun tak merasa.
Jadi, kesempatan seperti ini
bolehlah dianggap sebagai "sambil menyelam minum air"!

Tapi, sila pastikan anda tidak minum air semut ya !
Sebab air semut akan membuatkan anda mudah lupa akan
isi kandungan bengkel penstrukturan semula tadi..
~tetiba...

Jiwang si Paku Karat

Hahah.. tiba-tiba malam ni rasa nak jiwang lak.. Ini lagu zaman-zaman saya bercinta dulu tau. Suami saya masa tu tengah romantik lagi sekarang dah tak romantik siap menaip dan print lagu ni atas kertas warna pink.. hik hik hik..

Lawak..
Saya rasa walaupun saya sukakan lelaki romantik, tapi sekarang tak pe laa tak romantik pun... Asalkan dia sayangkan saya yang 'comel' ini..



Sila bayangkan.. Cinta menusup masuk ke dalam hati..
Hmm.. saya sayang suami saya sangat-sangat!!
Abang .. I love you..

Ok..
saya dah penat! saya nak pergi peluk suami saya
Esok kena bangun awal
Ok. tata..

~Maaf kalau anda semua rasa nak muntah.. heheh

Sebelum balik Serdang

Saya ambil cuppies comel dari Farah
menggunakan gabungan warna kegemaran saya.
Hijau dan pink.

Saya suka.
Tak terlalu manis dan comel-comel je.
(saya pesan awal-awal dah kat dia, tak mau manis)

Saya kagum dengan orang yang mampu buat kerja berhalus
seperti buat deko pada kek, menjahit sulaman dan sebagainya.
Kerja yang memerlukan ketelitian dan tumpuan yang maksima!
Tak lupa juga kreatif dan sabar..

Saya order 16pcs saja
sebab cadangnya nak makan ansur-ansur
dan simpan dalam peti ais.
Dua orang makan mana boleh sekali ngap je.

Tapi, sebab saya kena pergi kursus dua hari,
terus je bawa ke Serdang.
Sebelum balik Serdang saya singgah ke KTganu dulu
untuk ambil cuppies idaman hati ini!

Saya tak puas lagi..!!
Tapi, saya suka..

~syabas untuk Farah.
Teruskan usaha dan ketekunan anda!
~tetiba.. :)

Wednesday, May 27, 2009

Pizza? Tak nak dah..

Kami makan ni semalam.

Tak sedap..
Extra cheese sampai RM4..
Tak kesah lah kan.
Tapi, sekali tarik cheese dia keras2
macam chewing gum yang dah habis manis sepah dibuang.
Lepas tu tak de rasa langsung..
Eeee.. tak sedap.. Tak nak makan pizza lagi..

Udang dia tak rasa udang..
Rasa tepung aje..
Affordable konon!!
Harga sama je lagi mahal ada..

Tipu..
Slogan affordable tu, memang lah mampu..
Tapi tak berbaloi sebab tak sedap.

Apa laaaa..
Entah kenapa laaaa..
sejak dua menjak ni saya payah nak rasa
makanan-makanan sedap..

Ya Allah, jangan lah kau tarik nikmat makanan2 itu dari ku~ tetiba.. heheh

Next time, tak nak makan pizza.
Lebih baik order pasta ke meat ball ke..
Hot platter ke.. Kenyang juga!!!!

Peminat Seach

Semalam suami saya jumpa booth yang jual tiket konsert Search.
Terus dia nak beli t-shirt Search.

Menggelepar dia tak tenang.
Tengah makan dia sibuk cakap pasal t-shirt tu.
Tengah membeli barang dapur pun dia sibuk cakap pasal t-shirt.

Lastly, saya belikan juga dia t-shirt tu.
Bukan mahal sangat pun, tapi saja je saya nak bagi dia terseksa menyakat dia.
Dia bukan tak da duit sendiri nak beli, tapi dia memang macam tu, kalau barang-barang dia liat sikit nak keluarkan duit. Sibuk kan kemaslahatan orang lain berbanding diri dia sendiri.

Namanya Hisyam. Maksudnya Pemurah... heheh

Punya lah suka dia dapat t-shirt tu.
Sampai rumah, siap suruh saya ambil gambar lagi.
Tiba-tiba nak menumpang blog saya pula. Dia suruh saya update dalam blog saya.
Suruh saya masuk dalam blog saya yang dia beli t-shirt Search tu. tah apa-apa.
Dia kata, "Blog sayang ramai follower, blog abang sikit je. Penat je update!"
~ada pula macam tu!

Siap tolak beg hijau saya lagi sebab nak suruh dia punya paper beg t-shirt tu duk depan.

Ini laa t-shirt tu. Ada lambang kumpulan rock otai kegilaan suami saya.Dia cakap apa dalam kereta?

"Yang, konsert Search tu minggu ni laa. Tak jadi minggu lepas sebab..." ~saya tak ingat sangat apa sebabnya.

"Ooo" Saya tak ambil perhatian sangat apa suami saya cakap masa tu.

"Eee.. kalau lah tak pergi KL minggu ni, abang beli dah tiket tadi. Best nya tengok konsert Search!!"

"Hmm.."

~Lepas tu, dalam perjalanan sampai ke rumah dia menyanyi lagu Search sambil cakap "Berbaloi-baloi" macam Amy Search tuu..

Hadui.. laki sapa laaa ni?

Syampoo kegemaran saya naik harga!!

Semalam saya pergi shopping barang dapur bulan ni.
Mula-mula rasa nak beli dekat-dekat sini saja..
Tapi, macam bosan je. Terus pergi KTganu.

Saya pergi Giant laa..
Mana lagi shopping mall kat KTganu ni, kalau tak Giant, Mydin...
Mydin seperti biasa ramai manusia teramat-amat.
Dapat pula time orang baru gaji ni, kan...
Haru lah kalau nak membayar.
Kena beratur lama, disamping troli jem tengah-tengah nak membeli.

Saya ni sejak dulu, pakai syampoo Head & Shoulder (H&S) tau.
Sebab ada sejenis syampoo H&S ni yang sejuk tu. Menthol apa tah namanya.. heheh
Tapi, sekarang tak kesah laaa jenis apa pun,
untuk rambut kering ke, rambut panjang ke, apa ke..
saya sebat je.
Janji Head & Shoulder.

Jadi setiap bulan, saya akan beli H&S yang 200ml.
Kami kan berdua je, jadi 200 ml tu kadang-kadang sebulan lebih belum habis lagi.
Tambahan pula, suami saya pemalas syampoo rambut rambut kami pendek-pendek saja. Jadi, jimat syampoo.

Apa yang saya nak beritahu kat sini,
# 4 bulan lepas, saya beli H&S tu harga RM7.89
# 3 bulan lepas, saya beli H&S tu harga RM9.89
# 2 bulan lepas, saya beli H&S tu harga RM10.89.
Bulan ni saya tengok syampoo kegemaran saya itu dan berharga RM11.89!!!!!

Aik!! naik harga maaa..
Bukan nak berkira sangat tapi..

Tapi,
Saya masih ingat.
Dulu masa mak saya mengusahakan taska, mak akan shopping 2 troli setiap bulan.
Satu troli untuk barang rumah kami (adik beradik saya ramai dan kuat makan :)
Semua itu baru lebih kurang RM300++ dekat-dekat RM400.
Harap maklum, troli2 itu semestinya penuh ye.
Sehingga semua orang akan toleh dua kali ke arah kami sebab bawa 2 troli yang penuh gila!!

Sekarang,
saya dan suami saya shopping bulanan dengan barang-barang di troli
yang boleh lah dianggap seperti air laut yang surut.
(Barang-barang sebagai air dan troli diibarat sebagai lautan yang sedang surut)
Namun, jumlah nya hampir menyamai jumlah bayaran 2 buah troli yang penuh sebelum ini!

Di masa-masa akan datang, not RM100 jadi macam RM0.10 je.

Tuesday, May 26, 2009

Kenduri Kawin Lagi


Nak masuk cuti sekolah ni, bersusun dapat kad jemputan kawin..

eja
kak lisa
mija
azlan

Semua tu rakan sekerja punya majlis.
InsyaAllah saya akan usahakan untuk memenuhi undangan itu.

Yang last tu di Bangi 13 Jun.
Itu yang rasanya tak dapat nak pergi tu sebab saya ada kursus pedagogi 14-21 Jun.
Lagipun, macam lah suami saya nak bagi saya pergi sebab itu kenduri my ex-bf baru je balik dari KL nak ke KL lagi.
Mana ongkos nya?? heheh

Salah kira daaaa..

Saya silap kira hari, jadinya saya pergi bagi darah kat klinik tadi.

Pergi sorang-sorang saja.
Suami saya tak tahu pun.
Nanti dia balik saya bagitau lah dia.

Result nya lambat pula.
Sebab darah tu nak kena hantar ke hospital besar plak.
Tapi, tak mengapa laa.

Janji saya dah ambil tindakan. Dari duduk saja melayan mulut 'busuk' orang, kan?

Heheh..
Tiba-tiba saja ter emosi pulak!!

Monday, May 25, 2009

Sudah pukul 10.30 pagi.

Sudah pukul 10.30 pagi, tapi saya masih di rumah.

Saya rasa macam nak ambil half day saja hari ni. Malas laa nak pergi pagi.
Lagipun dah pukul 10.30 kan.
Alang-alang. baik saya lajakkan terus ke tengahari.
Tapi, saya dah siap-siap dah.
Baju dah pakai, tudung dah pakai.. Halllllaaaa...... Kenapa malas sangat ni.

Malam tadi, saya sibuk siapkan material untuk program pengukuhan 28hb ni.
Bersengkang mata saya siapkan, sampai pukul 3 pagi.
Itu pun tak siap lagi. Saya kena sambung kat office laa petang ni!
Saya tengok suami saya terkebil-kebil mata mengantuk.
Tapi, saya ugut dia! Kalau dia tidur dulu, saya nak berhenti kerja.
Hahaha..
sebenarnya saya takut sorang-sorang bila dah lewat malam.

Sejak dua menjak ni, saya rasa macam isi blog saya dah tak best kan?
(Macam la selama ni best)

Tak pe..
Saya akan cari isu-isu yang best-best nanti.

Ok?

Sunday, May 24, 2009

Apa yang terjadi di klinik?

Pagi tadi saya ke klinik seperti yang dirancang.
Malam tadi saya kan tidur lambat, lepas tu mengantuk..

Siap tanya suami saya lagi, "Abang, boleh tak kalau owang malas nak pergi?"

Suami saya direct je jawab, "Tak boleh!"

Saya pun bangun la..
Siap awal-awal.
Sebab kalau lambat ramai pulak nanti.

Saya jumpa doktor.
Beritahu problem saya itu.
Saya juga ambil kesempatan untuk bertanya segala kekeliruan saya.

Doktor tu, boleh tak tanya saya..
Berapa lama kawin?
Duduk sekali ke?
Berapa lama dah duduk sekali?
Berapa lama serius untuk mencuba?
Pe'od ok ke?
bla..bla..bla..
~alahai, banyak pula soalannya..
Saya pun jawab je lah serba sikit kan..

"Dah nak siasat ke atau nak tunggu masuk dua tahun dulu?"

"Kenapa pulak?" saya keliru laaa..

"Sebab biasanya ada yang dapat dalam tahun kedua. Lepas tahun kedua baru laa dipanggil infertility," terang doktor itu.

"Boleh lah nak siasat sekarang sebab kalau apa-apa hal boleh cepat tahu dan ubati kan, doktor?" saya pulak bertanya pada doktor yang ayu itu. Serius! Ayu je doktor ni. Nak cakap pun saya tersenyum-senyum tengok dia sebab ayu sangat dia tu.

"Ok.."

Kemudian, doktor itu suruh saya datang semula pada hari yang ke-21 yang jatuh pada 28hb ini. Hari Khamis laa kalau ikut kalendar Masihi.

Doktor tak bekalkan apa-apa ubat pun sebab saya sudah tidak berdarah lagi.Doktor bekalkan saya 3 borang untuk menyiasat macam Detektif Conan

Borang itu adalah borang untuk ujian makmal.
Doktor suruh bawa borang itu pada tarikh appointment seterusnya.

Pertama,borang untuk ambil darah 28hb ini.
Kedua, borang untuk ambil darah pada hari ke-3 cycle akan datang.
Ketiga, borang untuk ambil darah pada bila-bila masa sama ada 28hb nanti atau hari ke-3 cycle akan datang.

Di ketiga-tiga borang itu tertulis ujian untuk sub-fertility, prolaktin, progesteron ke hape tah tak faham apa dia tulis, dan FSH/LS ke apa tah..
Tak berapa ingat sebab borang-borang tu tertinggal dalam dashboard kerete.
Tapi, saya pasti itu ujian untuk paras hormon-hormon dalam badan.
Ye ke?

Saya tak faham sangat sebab saya tak ambil medik masa dulu-dulu.
Sekarang pun saya tak ambil medik.
Tak tahu laaa esok lusa saya rasa nak ambil medik pula kan.. :)

Ok, saya tak de lah risau sangat pasal ujian-ujian darah tu.
Apa nak susah, kan?
Bagi je darah yang diorang nak.
Saya kan ada banyak darah..
Macam-macam advance teknologi sekarang ni.
Jadi, saya tak risau sangat. Biasa je.
Lagipun, terus terang saya katakan kami suami isteri memang tak terkocoh-kocoh pun.
Just let it goes normally laaa kan..
Orang sekeliling je yang busy body!

Tapi,
Lepas saya decide appointment dengan doktor itu, saya dapat panggilan dari EI.
EI bagitau saya kena pergi kursus pemantapan dan pengukuhan program pula!!!
Kursus akan diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada 28hb ini (Khamis) dan itu adalah hari yang sama jatuhnya hari ke-21 saya.

Hadoi....
Saya terpaksa lah tangguhkan appointment itu dan buat keputusan untuk ambil ujian darah pula pada hari yang ke-3 dan ke-21 untuk cycle akan datang pula.
Sekaligus laa kan.. Senang!

Harap-harapnya tidak lah ada pertembungan tarikh lagi.

Saya nak mencari maklumat pasal term-term perubatan yang saya tak berapa faham..
Ok.. Tata..

Esok nak pergi klinik


Tengahari tadi pergi Besut.
Ada kawan bertunang.

Tapi, malangnya tak jumpa cari rumah.
Bila call, tuan empunya badan tak angkat.
Maklumlah, sibuk melayan tetamu.
Akhirnya, kami berdua ambil keputusan untuk balik saja.

Singgah di Jabi makan satay.
Murah je satay kat sini.
Dua orang makan RM10.50 saja termasuk
air suam untuk suami saya dan barli sejuk menyegarkan untuk saya.
Kelapa jelly = RM1.
Kenyang...

Lepas maghrib suami saya dah kecoh nak makan nasi goreng ayam.
Halaaaaa.. malas betul nak masak.

Akhirnya, saya rajinkan diri untuk masak nasi goreng
selepas suami saya masam-masam muka sebab lapar...
ahahahaha...


Oh yaaa....

Due to my "bleeding rose" itu, saya akan ke klinik esok pagi.
Setelah bertangguh dua hari.
Doakan saya, agar tidak ada apa-apa yang rumit untuk diselesaikan..

Tapi, hari ini my "rose" ok aje.
No bleeding at all.

Namun, atas nasihat ramai...
Saya rasa ada baiknya pergi mendapatkan kepastian, kan?

Saturday, May 23, 2009

Rayuan untuk Makcik Restoran Ayu...


Saya pergi makan kat luar malam ni..
Tengah malam sebenarnya..
Saya makan-makan sebab bosan duk rumah.

Biasanya, Restoran Ayu adalah kegemaran saya..
Makanannya tip top.
Masakan Thailand.
Ada makcik tu masak sedap tau..
Tom Yam sedap, nasi goreng sedap, mee goreng sedap..
Semualah sedap..
Bagi saya terbaik di Setiu ni.
Dah lama tak makan kat kedai tu sebab kami kan sekarang selalu makan kat rumah.

Sebenarnya, semalam saya makan mee goreng kat sana, tapi dah tak sedap..

Malam ni, pergi lagi laa nak makan kuew tiau ladna..
Nak tebus rasa tak puas hati semalam katanya..

Kami melangkah masuk dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh harapan untuk menikmati kesedapan makanan di situ kan...
Keputusannya, tak sedap... masih tak sedap.. oooo.. amat tak sedap!!! Benci!!

Sedih saya tau bila makanannya dah tak macam dulu.
Tak sedap.
Mee goreng semalam masin gila, kuncup je mee dia..
Kuew Tiau Ladna tadi tawar, lebih minyak sangat, pekat gile.. terlebih tepung jagung laaa tu..

Benci..

Saya tengok bukan makcik tu yang masak tapi servis dah bertukar tangan kepada anaknya..

Halllllaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Saya nak makcik tu masak.. Makcik tu masak sedap..

Next time saya dah tekad, saya nak order macam ni,
"Dik, saya nak mee goreng tapi bukan kakak yang muda tu masak, saya nak makcik tu masak,"

Boleh?

~Alaaa... makcik..
Anak makcik ni belum boleh ambil alih restoran ini.
Tolong lah.. jadilah tukang masak semula.
Saya rindu masakan makcik!

Friday, May 22, 2009

Pendapat?


Kawan-kawanku yang wanita sahaja..

Saya nak minta pendapat ni.

Cuba tengok gambar rose itu!

Saya jadi begitu sudah 16 hari.

Ada lah rasa nyut nyut sikit kat perut..
Tapi, itu normal kan. Tak lah sakit sangat.. Biasa je..

Yang agak peliknya, sudah 16 hari tanpa henti dan sangat tenat..

Apa yang saya harus buat ye??

~Risau sebabnya, tak ada tanda-tanda nak berhenti pun..

Roti Bersama Aiskrim

Untuk pengetahuan, peti ais saya sudah kering kontang tanpa lauk basah.
Sudah agak lama ia kosong..
Tiada ayam..
Tiada ikan..
Tiada udang mahu pun sotong..

sha.. malu nak tunjuk FM ain yang secotet itu.. hahaha

Sebabnya?
Minggu lepas suami saya asyik ada meeting saja.
Bila meeting, dia akan ada makan-makan selepasnya..
Macam-macam dia makan, kelmarin nasi hidang, semalam satay, esok bla bla bla.. Macam-macam. Sampai saya tengok perut dia yang sedia boroi tu, bertambah boroi.. Hahaha..

Jadinya, bila dia balik rumah dia dah beli siap-siap makanan untuk saya.. Meehon Sup laa. Kue Tiaw TomYam laa.. Nasi Air laaa.. Saya pun kenyang juga..

Sebab tu tak masak dah hampir seminggu dah..
Tak berasap dah dapur kat rumah kami. Kalau ada pun sebab nak jerang air buat teh malam-malam.. Suami saya suka minum teh sebelum tidur tau.. Teh nya mesti panas gile.. Kalau tak, dia tak puas hati..

Sekarang ni, masa saya update ni.. Suami saya tak da kat rumah. Dia pergi sembahyang Jumaat kat masjid di kampungnya.

"Abang nak guna kereta saya ye.. Abang malas nak ambil kereta abang kat garaj tu.."

"Ok"

"Petrol ada tak?"

"Ada tiga bar. Kalau nak tambah ok juga.. hehehe" ~saya kerja sangat dekat. RM20 isi minyak untuk seminggu pun sempat lagi..

Sebelum dia pergi tadi, dia ada pesan.. (Suami saya kaya dengan pesanan)
"Yang, kalau lapar makan aiskrim dalam peti tu ye. Makan ngan roti. Nanti abang beli ayam..""Hmm.." rumah sendiri pun nak kena pesan ke?~ dalam hati

Masa kami mula-mula kahwin dulu, saya rasa sangat pelik sebab famili suami saya makan aiskrim dikapit dengan roti Gardenia.. Saya try... Oh.. sedap juga!!!

Thursday, May 21, 2009

Kalau sudah jodoh



SOALAN 1
Perhatikan dengan teliti gambar A dan B, di atas.
Kemudian, anda dikehendaki mencari persamaan ekspresi yang dipamerkan oleh pengantin.
Huraikan pendapat anda tentang ekspesi tersebut.(10 Markah)


Hehehe..
Jangan marah wahai Encik dan Puan Pengantin!
Sekadar sebuah gurauan.

Apapun, gambar di hari perkahwinan adalah gambar yang sarat dengan memori..