Pembaca Blog Ini...

Friday, July 31, 2009

Naim

~mak aiiii panjang nya entri hari ni?
Layan kah saja laaa ye...

Ini Naim..
Adik saya yang bongsu.
Sekarang sudah darjah satu.
Sekarang ni bila saya bawa dia jalan-jalan ke,
mesti orang akan ingat saya ni mak dia..

Oh, no no no..(gaya Fafau)
~saya belum ada tokoh untuk menjadi mak
kepada kanak-kanak seusia Naim..

Naim ni seorang budak yang manja,
lembut hati ala-ala ac anak Has juga laa.
Kalau kat sekolah,
ada budak-budak buli ke apa ke dia diam saja.
Tak melawan pun.. Pasrah je..

"Apa laaa aim ni. Jangan pasrah-pasrah.. Lawan laaa lain kali.
Kata nak jadi tranformer.. hihih"

Manja dengan semua ahli keluarga.
Bagi saya, itu adalah ciri utama seorang anak bongsu.
kan.. kan.. kan.. kan..

Hmm..
Naim ni dilahirkan masa mak dan ayah saya sudah sedikit senang
dari segi material dan spiritual (apa daaa spiritual pulak)..
Oleh sebab itu, apa yang dia nak akan dituruti.


Contoh: (siap nak bagi contoh~penguat hujah!)
Dulu saya selalu ikut mak saya pergi kedai jalan kaki tau..
Lepas tu, nak TORA ke DinDang ke
(alaaaa.. benda alah dalam kotak
lepas tu dalam nya ada permainan tah apa-apa
dengan sedikit bebola coklat..
yang harga RM0.50 kot masa tu...)
jangan harap laaaa nak dapat.
Kena jeling lagi ada.
Kalau nasib tak baik, kena cubit sikit.. ahahhahaahh

Ye laaa masa tu mak ayah saya
mana ada income macam sekarang kan.
50 sen tu macam RM5 laaa masa tu kan..
Masa tu pun ayah saya pun baru-baru je keje,
duit pun tak de sangat laaa.
Duduk di bandar pula kan..
Tak macam sekarang ni kan.
Ayah saya dah nak pencen dah,
anak-anak pun dah ramai yang abis sekolah,
keadaan kewangan keluarga pun dah semakin stabil kan..

Sekarang ni, bila time Naim..huh..
dah lah ikut mak pergi kedai naik kereta.
Kereta bukan kereta sorong tau.
Pulak tu, sebut je laaa apa nak..

TORA
yang harga lebih mahal dari masa saya kecil-kecil tu?
Bakugan Ball?
Hot Wheel beratus ringgit?
Ben10?
Apa lagi?
Semuanya dapat.. jeles betul aku hahahaha..
Kalau mak ayah tak belikan, kakak abang dia belikan..
Kalau saya yang nak masa dolu-dolu?
Sila lah minta..
Dapatkah? Dapatkah??
haaaa.. dapat... dapat cubitan dan bebelan..


Alangkah beruntung nya Naim,
Imahtun dan
Icahtun pun beruntung laaa juga.
Ke mana-mana naik kereta besar,
ada aircond sejuk, ada laptop canggih..
ada rumah besar untuk berteduh,
ada makanan nak dimakan.

Boleh posing bersuka ria..
Ternganga2 mulut masing2 ye...
Yang sorang tu siap mengenyit2 mata ye...
Tak yah fikir, macam mana nak cari makanan, nak cari duit.
Mak ayah je yang fikirkan..

~ Oleh itu, wahai adik-adikku...
sila bersyukur dengan 'keuntungan' kalian!
;-)
dan kita adik beradik juga harus bersyukur dengan 'keuntungan' kita..
Ada orang kemana-mana naik motor je empat beranak.
Kena panas kena hujan.
Nak pergi sekolah pun tak da duit.
Makan pun sekali sehari.
Duduk kat rumah ala-ala pondok je.
Nak buat-buat gembira pun tak larat tau..
Laptop? Tak reti nak on pun. (BERSAMAMU).

Saya bukan mengungkit pun, cuma bercerita.
Bagi motivasi sikit kan budak-budak ni.

Supaya berterima kasih mak dan ayah!!
Hutang ngan mak ayah sila bayar.. hihihi

Saya puas hati, walaupun saya tak dapat TORA tu..
mak ayah beri peluang juga untuk saya
masuk universiti
belajar selagi mahu..
Menjadi insan yang berilmu
untuk mencapai cita-cita
SATU MALAYSIA (apa hal lak ni)

Naim sayang binatang tau..
Kucing ke arnab ke ikan ke hamster ke.. semua dia sayang..
Saya pernah tanya dia,
"Boleh tak Along nak sepak anjing?"
Dia jawab,
"Tak boleh, Aim syayang dia.. Syian dia," ~masa ni dia pelat2 lagi..

Kalau saya, memang jangan harap laaa.
Kucing pun saya rasa nak sepak..
Rasa je tau, tak sepak pun lagi.. hahaha

Semalam mak saya telefon, bagitau Naim demam.
Batuk-batuk teruk sampai hidung berdarah.
Kahak pun berdarah.
Dua kali bawa g klinik.
Risau juga, zaman sekarang ni
macam-macam wabak tengah 'hot' kan.

Mak kata mungkin kegemaran dia terhadap kucing
buatkan dia demam teruk.
Saya pun pernah jadi semput kadang-kadang.
Nasib baik tak teruk...

Ye lah.. kat rumah mak saya ada dua ekor kucing.
Dia kata kucing tu comel. pada saya biasa saja
Naim suka peluk-peluk dan cium-cium kucing.
Bulu-bulu kucing tu kan bahaya..
Naim pulak, lahir tak cukup bulan.
Mak kata budak kecik lahir tak cukup bulan paru-parunya lemah..

Saya nak je suruh mak pergi buang je kucing-kucing tu.
Tapi, ayah saya pun suka juga kucing-kucing tu.
Hari-hari duk menimang kucing tu laa.. membelai laa..
Kucing-kucing tu laaa yang gedik-gedik bila dia balik kerja..
Kang kalau buang kang sedih laaa pulak kan..
Naim sedih, ayah saya pun sedih..

Tapi, kalau fikir sedalam-dalamnya.
Mana lebih disayang?

Kucing yang baru dijaga setahun dua kah?
atau anak yang dah dikorbankan
segala-galanya untuk membesarkannya
selama 7 tahun?

Hanya Tuhan saya yang tahu...



Thursday, July 30, 2009

Hutang Tag

Suami saya kata kalau berhutang memang kena bayar,
walaupun cepat ke lambat..
Kalau tidak, bila mati nanti roh kita tak leh naik ke atas..
Berlegar-legar saja di awangan..

Ini dah bertapuk hutang saya pada Zura ni.
Baik saya bayar..
Kalau tidak..... bila mati nanti roh kita tak leh naik ke atas..

Tag Pertama


Rules;

  1. Link the post who tagged you
  2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
  3. Post this in one or all of your blogs
  4. Answer the four questions following these Rules
  5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
  6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNer (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com/ and leave the URL of your post in order for you/your Blog to be added to the Master List.
  7. Have fun

Question & Answer;

1.the person who tagged you
-zura

2.his/her site’s title or url
-http://zura-merrygoround.blogspot.com

3.date when you were tagged
-27 july 2009

4.Persons you tagged

-imah~ cerita kehidupan

-icah ~ tulisan kehidupan

- anep ~melodi kehidupan

-sha ~ MrLVoe

-ayu ~ sidratul muntaha

-zura ~ MerryGoRound hahahaha.. boleh ke?

semua laaa.. sesape nak buat..

poning kepalo den nak mikir lagi sorang..


Tag kedua.....

1. Nama Timangan Anda

ain, along, kak ain, kak long

2. Anda Seorang Yang

garang (suami saya kata), bermuka sombong

3. Insan Istimewa

Suamiku laaaa... Keluarga juga..

4. Describe Ape Yang Membuatkan Dia Terlalu Istimewa Di Mata Anda

Eh? Dia ke? bukan mereka ke? ~hahahha

5. Lagu Kesukaan Anda

Sekarang tak ada. Saya tak berapa suka dengar lagu.. Kalau masuk Jangan Lupa Lirik yea yea, gerenti saya akan pulang dengan tangan kosong!! ahhaha

6. Makanan Kesukaan Anda

Yang sedap laaaaa. Sebab sedap laa saya suka makanan tu. Ada ke orang suka makanan tak sedap?

7. Warna Kesukaan Anda

Hijau

8. Sikap Yang Membuatkan Anda Stress

"Mulut busuk"

9. Tiga Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda

a- Beg duit.. Tak semestinya ada duit.. ahahhahha

b- Handset cabuk...

c- Kunci-kunci..

d- nak tambah lagi, tisu, bedak, lipstik, perfume, sampah a.k.a resit beli belah

10. Kali Terakhir Anda Menangis Dan Kenapa

Minggu lepas kot. Ntah, tak ingat kenapa. Saya memang suka nangis kerana menangis dpaat menyihatkan paru-paru dan mencuci kekotoran di mata seperti eye mo :-)

11. Tag 7 Rakan Anda

a- ena yang ada anak nama Umairah@ Merah...
b- imah
c- icah
d- ckds ahra
e- sha MrsLvoe
f- Ain (hahahhahaha.. tag diri sendiri)
g- Zura (ahahhahahah.. tag zura balik.. sape suruh dia tag saya!!)

huh..
Selesai bayar hutang..
Nak g kelas plak dah ni...
Tata...

Apa nak dikata....?

~Auto publish..

Baru je nak mula diet, tapi petang semalam dah pergi makan
ikan besar bagak masak sweet sour
dengan tomyam campur
dengan nasi.. perlu gambar? :-)

Aduii.. balik rumah sikit punya ketat perut!
Macam nak nangis saja.
Ada rasa menyesal..
(aaaa.. jangan kena penyakit menyesal pas makan tu sudah!!)

"Abang laaaa ni...
Ajak owang makan ikan besar bagak tu.
Kan dah kenyang..
Kita kan tengah diet..!!"
ehehe.. padahal saya yang ajak dia..

Tengah malam pulak,
termakan roti dengan telur dengan cheese..
Arghhhh.. sekali lagi menyesal..
ahahha..

Pagi ni, makan kuih + air kosong saja.
Tengahari nanti pasti kenyang lagi.

Malam ni tak mau makan nasi...
TAK NAK...!!
~ macam kempen TAK NAK merokok pulak dah...

:-)

Wednesday, July 29, 2009

Kena basuh baju laaaa.....

Masih ingat entri pagi tadi?

Suamiku telah menyahut cabaran.
Makanya, saya secara rasminya harus mencuci baju untuk sebulan..

Hahahaha.. sebenarnya, tak pe pun.
Saya tak kesah pun nak kena basuh baju ke apa ke..
Saja je nak tengok sejauh mana kesanggupan suami saya
melakukan sesuatu untuk saya!!

Terima kasih tau, abang.....


~Saya harap suami saya akan sayang saya selama-lamanya!


***************************update**********************


Set flawless ni sangat bagus untuk saya.
Hari tu muka saya penuh dengan kulit mati,
sampai nampak jelas nyata menggelupas
terutamanya di hidung
di tepi kiri kanan bibir.
Ini adalah akibat saya terlalu lama mengabaikan 3 regim penjagaan wajah
iaitu
Cleanser (asyik pakai sabun mandi saja)
Toner (tidak sama sekali)
Moisturizer (kadang-kadang)

Lepas pakai sekali saja,
semua kulit kering tu hilang..
Kulit tak berminyak, tidak terlalu kering
Kulit rasa halus.. rasa je laaa.. ahahaha
Tinggal parut jerawat yang hitam-hitam je belum hilang.
Tapi, ada laaa kurang sikit nampaknya!
Tapi, trial set tu tahan dalam 2 minggu je kot...


Proposal for Diet????????????


Saya mengajar subjek Business Communication tadi.

The topic for today- Writing Proposal. The student must write their own proposal of any area that they want to cover.
I suggest them to make a proposal on how to improve the system (whatever system) in their college or maybe they can propose budget for any occasion.. bla bla bla..
Terpulang laaaa kan..

One of my student:
Miss (they always col me Miss, even I'm already married!),
boleh tak kitorang nak buat tajuk Proposal for Diet?

Me: ~saya seboleh-bolehnya tidak mahu tolak idea student saya sebelum mendengar penjelasan mereka. Itu cara saya.
You want to propose for diet?
So, who will be your audiences?

Siapa nak baca proposal awak?"

That 'cute little' student:
Hmm.. kita boleh hantar pada sesiapa yang gemuk, lepas tu propose on what they can do for diet.

Me: ~apekejadahnya ni semua?
So, the first person that u want to be your audience is me??
~tak tau laaa ini statement atau question..

Student: ~(tersengih2.. dia dah mula keliru dah tu...)
Dok Miss...

Me: ~masih cuba sedaya upaya membuat dia faham..
Ok, let's say u want to write a Proposal for Diet?
U
nak propose pada siapa?
Bila dah siap proposal tu, u nak hantar pada siapa?

Student: Saya tak faham laaa, Miss...

Me: ~Gelak-gelak dalam hati tetapi masih ada sekelumit kasihan..
Kalau betul pun awak nak buat Proposal for Diet tu, mungkin awak kena tukar sikit tajuk nya supaya nampak lebih specific!!!
bla.. bla.. bla.... Dia hanya angguk-angguk saja.

Saya suruh dia buat draft for that Proposal for Diet!
Minggu depan hantar....
Masa tu, saya akan tahu adakah dia benar-benar faham atau buat-buat faham.

Cabar...

Semalam saya nak beli set Flawless Skin Sendayu Tinggi tuuu..
Stok dah abis...
Yang trial set je..
So far, ok.. sangat sesuai dengan saya!


Namun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tak de nye dibeli..
Bila balik rumah dah menyesal..
Asyik terpandang-pandang stok lama yang dah habis tu..

Hmm..
Tetiba, dapat satu idea.
Saya nak suruh suami saya belikan!

"Esok (hari ni laaa kan) abang boleh tak belikan kat Jerteh?"

"Nak beli kat mana? Abang bukan tahu kat mana? Barang2 orang pompuan ni"

"Alaaa... ok.. owang cabar abang!
Kalau abang berjaya beli esok (maknanya hari ni laaa),
owang janji akan basuh baju selama sebulan.. tanpa bantuan abang...."
Apesal laaaa saya cabar dia.. tak da motif sebenarnya.
Cakap acah-acah sahaja..
Selama ni, memang suami saya yang basuh baju masuk
mesin je pun kan bukan payah pun.

Dia jenis pantang nampak baju kotor penuh dalam bakul,

dan dan malam-malam tu jugak dia basuh, jemur sesiap....
Saya tolong juga kekadang.. tolong tengok! :-)


"Ok.. sebulan ye??"

"Ok.." ~masa ni saya tak yakin dia akan buat...

Tetiba, suami saya koyakkan iklan produk tersebut dari majalah Mingguan Wanita!
Terus lipat2 iklan tu, masuk dalam wallet dia...
Dia siap tanda lagi, yang mana produk yang saya maksudkan!
"Abang ni pantang dicabar tau, yang..."

Terkedu melihat kesungguhannya apabila dicabar!
Dalam hati ku, "Habis laaaa, kena aku kena basuh baju sebulan"


~berdebar-debar nak tunggu petang..
Saya masih berharap dia ikhlas beli untuk saya, bukan kerana dicabar!!
Basuh baju ke basuh pinggan ke saya sanggup....

AHAHAHAHA

Tuesday, July 28, 2009

CIMBclicks!! Apekehal ni, yop?


Nak bayar bil astro dan eletrik pun tak boleh!
(rumah saya free tau bil air, asyik -RM4.00 saja)
Nak bayar kete pun tak boleh..
Nak masuk duit kat mak pun tak boleh..
Nak beli topup pun tak boleh..

Tekanan sungguh la.

Tekanan itu wujud semata-mata akibat kemalasan nak ke bank!

Kalau rajin, settle semua masalah!

~saya baru belajar buat printscreen..
Imah, jangan gelakkan Along tau!

Macam Sha dan Has...


Bila pergi blog sha, has dan beberapa orang teman blogger yang lain..
Tiba-tiba rasa semangat tengok mereka hilang ber kg kg!!
Jeles tau!!

Saya cakap dekat suami saya, yang saya nak diet.
Macam sha dan has.
Maklumlah... nak masuk bulan puasa ni, kan..
Bulan penuh barakah dan juga bulan untuk bagi peluang perut untuk berehat!
Bagi saya, kalau boleh 4-5 kg pada bulan puasa ni, kira ok dah kan?
Dari tak da turun langsung....

Selepas beberapa bulan meninggal menu diet saya,
saya rasa macam dah makin berat dah..
Walaupun, bila naik timbang, tak da apa-apa perubahan yang besar sangat!

Saya cuba mempengaruhi suami saya supaya turut serta menjayakan program diet ini.
Saya cakap kat dia, perut dia dah makin ke depan.
Saya ingatkan dia tentang risiko orang bersaiz XL.
Saya bagitau dia, nanti semua baju dia kena beli baru.
Saya cakap kat dia, "Hari tu kan kita diet, kurangkan nasi 3 bulan, banyakkan berat turun?"
Macam-macam saya cakap kat dia.
Akhirnya, dia termakan hasutan
Eh.. ini hasutan yang baik tau!

Macam biasa, kalau saya berdiet..
adalah tidak ada nasi dalam menu harian saya.
Tidak ada sama sekali.
Nasi akan saya gantikan dengan roti ke, oat ke setiap hari.
Kemudian, lauk-lauk rebus, panggang dan kukus..
Lauk pauk saja...
Sekali lagi tidak ada nasi!!
Ditambah dengan buah-buahan dan togok air masak dengan banyak.
Diperlengkapkan dengan aktiviti fizikal secara aktif!
~macam has.. buat senaman skipping!

Kalau ada pun, mungkin 2-3 sudu pada hujung minggu.
Itu sebab tak boleh nak elak, kena pergi rumah mertua.
Kang kalau tak makan kang, kecik hati pulak orang tua, kan..
Makan ambil hati, kata orang...

Minggu depan nak balik rumah mak..
Adui.. kena lupakan sekejap diet sebab mak kanmasak sedap!!
Haa... itulah masalah saya!
Saya harus lebih kuatkan azam, macam sha.. dan has..

Suami saya tanya,
"Sayang, nak target berapa kg pulak kali ni?"

Dengan muka selamba, buat-buat confident, saya menjawab,"
"40kg!!!"

HAHAHAHAHAHAHA
jom gelakkan saya beramai-ramai!...
Target saya yang sebenar sememangnya lebih realistik!


~harap-harap berjaya macam sha dan has...

Sunday, July 26, 2009

Suami saya tidur lambat

"Abang, pukul berapa abang tidur?"

"Pukul 6.30 pagi"

"Laaaa.. kenapa lewat sangat?"

"Abang minum nescafe banyak sebab tu tak mengantuk!"

~Pagi tadi, dengan muka nya sangat sememeh, dengan mata merah dia bangun pergi kerja!

Adui laaaa....

Saturday, July 25, 2009

Siput masak lemak.. uii.. sedap!!!


Ingat tak entri saya ke Pantai Sri Tujuh tu..

Yang banyak siput tu.
Sehari lepas tu, suami saya beli lauk siput tu yang dah siap masak kat kedai.

Sebenarnya, saya tau... dia yang teringin nak makan.
Tapi, dia takut saya tak reti nak masak.. :-)

Friday, July 24, 2009

Tokong Siam Besar di Kelantan

Masa kami ke Pantai Sri Tujuh hari tu,
saya sempat ambil gambar patung besar ni.


Orang Kelantan panggil Tok Pekong.
Boleh juga panggil Wat Siam.
Alaaa... ini macam tokong orang Siam la.

Kat area Tumpat.
Kampung apa tah, tak ingat pula saya.

Tiba-tiba saya teringat filem Ong Bak.
Alaaa...
yang cerita pasal orang Thailand curi kepala berhala tuu...
dan mengikut kepercayaan penduduk kampung
selagi tak dapat semula kepala patung tu,
selagi tu laaa kampung mereka ditimpa musibah.


Heheheh..

Kenapa saya gelak ni?
Saya teringat penjahat yang curi kepala berhala tu.
Alaaa.. yang tak de suara tu.
Yang suara dia macam robot tu..
Lawak je..

Dah macam tu pun nak jahat lagi!!
Last sekali, si jahat tu mati ditimpa
salah satu kepala berhala yang dicurinya!

Thursday, July 23, 2009

Yeah.. Yeah... Hari ini Hari Khamis...

Seronok betul saya bila tiba hari Khamis..

Sebab esok dan lusa adalah cuti!!

Nak pergi swimming...
ehehe.. Tapi, suami saya kata, tak bagus pergi selalu sebab situ kawasan hutan.
Alaaa... dia dengki sebenarnya tu sebab dia tak pandai berenang!

Minggu depan kerja macam biasa.
Harap dapat habiskan 2 chapter minggu depan sekaligus.
Ye lah, sebab lepas tu 3-5 Ogos, kena pergi kursus lagi.
Seminggu dah kelas miss kat situ!
Dah lah 3, 4 dan 5hb tu hari Isnin, Selasa dan Rabu...
Hari paling kritikal bagi saya, sebab kelas 6 jam non-stop..
Mati laaaa kena ganti nanti!

Ahad ni, jadual free.
Harap boleh buat latih tubi untuk calculation part.
Seronok bila kita masuk kelas, dah lengkap dengan preparation.
Student kolej ni, agak kritikal sikit.
Kalau tak, jangan harap nak perform well dalam exam..

Saya nak sambung belajar laaa, tapi siapa nak taja?
Saya tak boleh buat full time sebab saya tak nak berhenti kerja.
Tapi, kalau part time.. berapa lama baru boleh settle semua kan?

Kita harus fikirkan cara bagaimana untuk menjadi insan terbaik di masa akan datang.

Hmmm..
Kursus.. kursus.. kursus..
Bagi saya tak ada masalah pun, sebab saya boleh balik rumah mak.
Nak makan kacang sambal mak..
Nak suh mak buat coklat candy..
Nak makan puding roti mak..
Nak makan semua yang mak masak...
Masak merah, masak sup, masak kicap, masak sambal, masak lemak...

Nak tanya Naim lagi, apakah itu Bakugan Baboo...?
Nak tunjuk kat Imah beg Burberry!
Nak bagi mak tudung yang dikirimnya..
Nak buat macam-macam yang saya tak boleh buat kat sini...
Nak

Ahaha..
Dah lah, sebenarnya..
Saya tak de idea best nak kongsi dalam blog.
Tu yang bebel-bebel tak tentu arah ni..
Saja je, kang kalau i tak update kang,
u ols rindu pulak kat i... :-)

Tata..

Wednesday, July 22, 2009

Pernah tak rasa?

Pernah tak rasa kecil hati hingga rasa seperti dah tidak ada hati?

Pernah tak rasa sakit hati hingga peritnya terasa sampai ke tulang?

Pernah tak rasa sedih sampai rasa nak menangis meraung-raung?

Pernah tak rasa give up hingga rasa nak pergi jauh dari tempat anda berada sekarang?

Pernah tak rasa tertekan sampai rasa nak menjerit sekuat hati?

Pernah tak rasa bosan dengan hidup hingga terasa macam mati lagi baik?

Pernah tak rasa menyampah hingga terasa macam nak ludah muka orang?

Pernah tak rasa terluka hati hingga pedihnya menusuk masuk dalam segenap anggota badan?

Pernah tak rasa marah sampai nak maki hamun orang?

Pernah tak rasa bagaimana menaip entri sambil menangis?

~~~~~~~~~~~

Dah tak de idea!
Flying to the class without any mood!

Tuesday, July 21, 2009

Tesco Kota Bharu!

Lepas ke Pantai Sri Tujuh..
Singgah Tesco..
Yang banyak duit, boleh lah ber shopping.
Kami nak shopping, duit ala-ala paras bahaya dah..
Al-maklumlah.. hujung2 bulan ni...

Suami saya pun dah buat muka violent
depan mesin ATM..
HAHAHAH
Kami pi makan saja laaa, kat food court.
Last sekali, meh nak tunjuk..
Budak ni ialah anak sedara saya..
Tapi, dia sangat anti-maklang.
Tengok, dia nak 'bunuh' saya dengan pedang dia!!!!
Tu!!!
Dia buat muka tah apa-apa tu bila saya panggil dia!
Hampeh .....

Pantai Sri Tujuh

Lepas memerah poket keringat di Rantau Panjang,
mereka plan nak ke Kota Bharu pula.
Singgah di Pantai Sri Tujuh..
Maklumlah pemandu pelancong
memang kerja tunjuk jalan kan...

Makan tengahari di situ.
Jalan-jalan di tepi pantai.

Sekali...
Kami nampak siput ni...
Ingatkan sikit..
Tapi.... rupa-rupanya banyak gile!!
gile pun tak banyak macam ni...
Nah.. saya kasi close-up sikit!
Sepanjang pantai ada siput ni.
Banyak!!!

Kami tanya pakcik @ ayah biras saya.
Dia kata siput ...... ntah tak ingat saya nama apa.
Tapi, dia kata boleh dimakan.

Kami dah nak kutip dah.
Tapi, suami saya kata tak payah laaa..
Sebab berat hati.
Bukan kerana apa, sebab siput tu banyak sangat.
Boleh kata sepanjang pantai..

Menjadi persoalan, kalau betul boleh makan
kenapa penduduk setempat tak ambil siput tu.
Mana lah tau, jenis ni nampak sama macam yang boleh makan tu,
tapi bukan jenis tu...

Entah beracun ke apa ke kan?
hehehe.. sekali sekala perlu juga fikir negatif kan?
Dibuatnya betul, tak pasal-pasal kena racun..

Suami saya buat lawak,
"Memang lah siput tu boleh makan,
kalau tidak matilah siput tu tak makan.."
Tah apa-apa tah..


"Tak pe laaa kalau sayang teringin nak siput tu,
nanti petang ni abang cari yang dah siap masak kat kedai.."
~ laaaa.. bila masa pula saya kata saya teringin?
Tah apa-apa tah..
Apa-apapun terima kasih ye, abang!
sebab sangat prihatin..
~tak da kena mengena dengan tajuk entri pun. :-)


Rantau Panjang

Semalam suami saya memenuhi jemputan
menjadi pemandu pelancong!
Keluarga biras saya nak pergi memborong kat Rantau Panjang.
Malangnya, mereka semua tak tahu jalan.

Jadi, suami saya yang sangat champion bab-bab jalan ni,
menjadi tempat mereka bergantung harap laaa..
Wah.. tetiba bangga je dapat suami yang tahu jalan.
Nanti bila pencen, boleh laaa jadi tourist guide sepenuh masa!!

Saya sebagai 'pompom girl' merangkap penaik semangat suami
juga terlibat sama dalam ekspedisi ini.
Tapi, tidak berapa best sangat sebab saya kan belum gaji lagi.
Lagipun, saya nak simpan duit sebab
nak pergi jalan jauh sikit lepas raya nanti!


Hm.. macam-macam ada tau di Rantau Panjang ni.
Periuk belanga, pekakas dapur, kain baju, tudung,
blous2 murah ada mahal pun ada...
Baju dah siap, belum siap, kerongsang, gelang-gelang gedik...
tilam, conforter....
semua Siam punya buatan..

Saya tak lah begitu excited seperti selalu.
Mungkin sebab belum bergaji,
Tambahan pula otak saya lebih tertumpu
nak berbelanja di Sabah nanti.

Saya tengok-tengok saja.
Tengok bantal-bantal ni.
Material yang sama dengan uptown di KL,
tapi berharga RM15 saja.
Kalau di uptown mahunya berpuluh ringgit Malaysia!

Tengok pencil case Ben10 ni,
tetiba teringat adik bongsu saya,
Saya macam nak beli..
Tapi, tetiba suami saya panggil ambil gambar, terus terlupa..
Bila balik rumah je, tengok gambar ni baru teringat..
Rugi..rugi...
Kemudian saya tengok-tengok gelang batu ni.
Macam berkenan pula, terus je beli..
Sebab apa saya terus beli?
Sebab murah saja RM10..
Oleh kerana murah, saya tak tawar menawar lagi laaa..
Sampai tuan kedai tu pulak yang kata,
"Kak bagi RM8 je laaa ke adik!"
Hahahaha..
Saya bukan suka sangat pakai benda lah ni.
Tapi, sebab gedik kan, beli je laaa.. hahahaha
Dulu saya pernah jugak beli yang batu kristal tulen tu,
dua tiga ratus juga abis duit saya.
Last-last saya bagi je kat makcik saya...
alaa... macam-macam laaa ada kat sana.
Say beli juga sikit-sikit.
Saya beli beg balik kampung corak burberry...
Beli gelang yang tah berapa lama saya akan pakai tu..

Kaki saya sangat letih,
dengan panas berdengkungnya...
Wajah-wajah senyuman tu semua saya buat-buat je tu..
Kenyataan nya saya sangat penat.

Lepas ke Rantau Panjang, bukan balik terus tau..
Ada lagi tempat yang dikunjungi!!

Nanti saya buat entri baru yang akan di autopublish kan..

Tata..

Monday, July 20, 2009

ABC dan ABJ

Sangat asing bagi saya bila tengok signage ini.
Kita sedia tahu yang....
ABC = Air Batu Campur

dan saya baru tahu rupa-rupanya..
ABJ = Air Batu Janda Jagung

Jangan kelip-kelipkan mata anda apabila melihat
"RM1.50" di situ.
Itu adalah benar!

Tapi, yang paling penting yang saya nak bagitau kat sini ialah....
Nasi air yang sangat sedap sampai saya rasa nak order dua kali.
(Tapi, tak order sebab malu..hahahha)
Kalau sesiapa datang ke Bukit Keluang daerah Besut,
boleh lah cuba nasi air ni.
Di deretan warung di hadapan
Maktab Perguruan Sultan Mizan Zainal Abidin, Besut.....
Pasti anda tidak akan kecewa!

~eceh...
dah macam rancangan
'Jalan-Jalan Cari Makan' pula..
Hahahha..
tetiba rasa macam sesuai
sebab saya pun dah mok mok comei
macam Maria Tengku Sabri tu. :-)

Sunday, July 19, 2009

Tak menyabar!!

Oleh kerana saya sangat gedik dan
tidak sabar nak tunggu hari Isnin untuk mandi sungai,
saya paksa ajak suami saya ke Lata Chakoh sekali lagi petang tadi.

Hah Hah Hah..
Gembira nya rasa hati!
Setelah penat menjalani kehidupan sehari-hari,
adalah sangat indah jika kita dapat menenangkan diri
sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.


Air sungai sangat nyaman!
Air dalam juga... Itu yang buat saya teruja..

Lepas ni, saya harus selalu ke Lata Chakoh ini.
Boleh berlatih berenang!


Saya dapati skill renang saya telah pudar!
Mungkin sebab badan dah 'berat',
dan dah lama tak pergi swimming!
Jangan tak tahu, dulu saya adalah jaguh renang di sekolah tau!!
Renang juga satu senaman yang baik kan?

Tengah syok-syok berangan mandi macam jaguh renang...
Ada pengunjung lain sampai.
Jadi, kena laaaa ayu menggayakan tudung kembali!!


Ini pula.. wajah kesayangan saya!

P/s...
Ayah, ise lupa nak bagitau tentang Lata Chakoh ni.
Along pun baru je tahu semalam!
Nanti, bila ayah mak dan adik-adik semua datang sini,
pasti kami akan bawa terjah ke sana!
InsyaAllah....

Saturday, July 18, 2009

Lata Chakoh

Petang-petang rasa bosan gilo duduk rumah.

"Yang, jom... pergi Lata Chakoh!"

"Ok"
main ok saja laaa,
walaupun saya tak tahu Laka Chakoh ni kat mana?
Tak pernah pun dengar.

Tengok-tengok tak sampai 10 minit dah tiba di destinasi!
Waaaaaaaaaaahh.. dekatnya!!

Tak sangka saya, dekat rumah saya ada
air terjun yang dekat sangat!
Kalau macam ni, setiap minggu nak pergi mandi air terjun!

Sebenarnya, kami bukan pergi mandi pun.
Saja tengok-tengok tempat.
Hari Isnin ni baru nak pergi mandi.

Best juga tempat ni!
Air dalam.
Pasti seronok ala-ala mandi swimming pool gitu!!

hahahaha

Mak ayah dan adik-adikku
meh laaa datang sini.
Mandi sungai!!
Hahahaha tetiba..



Rambutan di Rumah Abah

Kami ke rumah abah untuk makan rambutan
yang segar dari ladang pokok dengan sewenang-wenangnya!!

Banyak!!
Imah, along pun boleh laaaa makan rambutan segar!!!!

Makan tengahari

Hari ni kami makan tengahari agak lewat.
Pukul 2 baru mula masak.
Apa daaaa nak masak ni?
Pening kepala saya memikirkannya.

Bertambah pening bila tanya suami saya, dia asyik jawab,
"Ikut suka sayang lah"

Hadui..... pening kepala.
Entah macamana laaa mak saya yang jadi surirumah yang beranak tujuh.
Asyik-asyik masak.
Mati akal nak memikirkan resepi baru..
Saya ni belum beranak @taknak beranak ramai pun
asyik laaaaa berungut hal ehwal memasak ni...

Akhirnya, saya buat keputusan muktamad..

Anak ikan besar @ ikan kecik masak lemak cili api
dan sayur goreng...
Ditambah juga dengan tempoyak dan budu (tiada dalam gambar)

Extra sedap pula, saya rasa bila pakai santan serbuk ni.
Apa jenama nya saya pun tak perasan.


Suami saya makan sampai menambah nasi tiga kali..
Hahah.. macam mana laaa saya nak ajak dia berdiet semula ni?

Suami saya kata dia cari santan kotak tak dak..
Santan kelapa fresh pun tak dak.
Jadi, dia hentam je beli santan serbuk ni.
Janji ada, katanya.....

Kalau nak guna kena bancuh dengan air panas dulu.
Kalau masak untuk dua orang macam saya ni,
satu paket tu boleh laaa guna untuk tiga empat kali masak..

Mak saya kata santan yang dikotakkan atau diserbukkan ni
kurang sikit kolestrol nya.
Tak tau laa betul ke idak.
Pak mertua @ abah pula tak suka santan 'moden' ni..
Dia akan kritik masakan tak sedap kalau masak pakai santan 'moden'.
Tapi bagi saya sama saja.
Lebih mudah kan.. Tak yah nak perah-perah kelapa..
Tak reti saya.. (ahahaha.. terus-terang je laaa)

Abah siap kumpul kelapa banyak-banyak bawa pergi KL sebab santan kat KL mahal..
Heheh.. Siap beli mesin parut kelapa baru tuuuuu..... Kagum sungguh!
Gigih sungguh bapa mertuaku itu!

Itu lah kisahnya kan...
Sejak saya kahwin ni kan, macam-macam saya dapat belajar.
Saya duduk dengan mertua lebih kurang sebulan lepas kawin.
Saya tengok abah masak sangat cermat.
Bahan kena cukup.
Cara potong bawang pun ada yang tersendiri.
Potong sayur, asak nasi.. siang ikan... siang ayam... uiii.. semua berbeza...

Sedangkan mak saya masak main campak-campak je..
Potong bawang pun kadang-kadang main ketuk je tak de hiris-hiris.. heheheh
Sempoi je...

Mula-mula saya rasa alaaaa... sungguh sedih!
Saya rasa macam rendah diri je sebab semua nak buat kena tanya macam mana.
Lama-lama baru saya faham kebenaran kata pepatah
LAIN PADANG, LAIN BELALANG....
Saya pun tak sedih dah laaa... sebab saya tahu sebenarnya saya pun teror jugak sikit-sikit..
heheheh

Haa... kan dah merepek cerita hal santan laaaa..
cara masak laaaa..
pasal belalang laa
adui.....
Padahal nak cakap pasal menu makanan tengahari je.. :-)

Sudah masak...

Ingat tak entri pasal depan rumah abah ada pokok rambutan?

Alaaaa.... ada kan hari tu kan, saya ambil gambar
dengan rambutan hijau-hijau lagi sebab belum masak tu.

Ingat tak?

Tak pe laaa kalau tak ingat. Meh klik sini untuk kisah rambutan itu..


Semalam, suami saya pergi solat Jumaat dekat kampung dia.
Dia menyinggah ke rumah abah..

Haa.... rupa-rupanya dah masak dah pun rambutan depan rumah abah tu.
Dulu suami saya pernah kata yang rambutan tu tak lokoh..

Ewah-ewah...mentang-mentanglah buah-buahan,
nak jugak letak atas dulang gambar buah-buahan..

Suami saya bawakan sikit untuk saya rasa.
Suami saya kata ada banyak lagi kat atas pokok.
Tak dapat nak ambil sebab tinggi-tinggi.
Malas nak menggalah katanya.
Suami saya pula kan 'ala-ala' ringan je nak memanjat..
hehehe..

Waaaaaaaaaahh.....
Seronoknya dapat makan rambutan segar dari pokok!!
Maklumlah... saya kan 'orang Serdang'.
Mana nak dapat tengok rambutan merah penuh satu pokok tuuu!!!