Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 31, 2009

Tetamu


Tetamu di tempat kerjaku hari ini.

Hapekebende dia nak buat kat sini, saya pun tak faham..

Hmm... layankan aje la!!

Sudah siap!!!~ senyum simpul!!!!


MQA itu sudah siap..

Nah... hambek!!! ahahahha..
Sukanya saya!!!

Saya membayangkan untuk memasak makanan kegemaran suami saya petang ini.
Harap2, dia balik awal.
Boleh lah beli lauk2 di pasar.
Kalau dah lewat sangat, mana ada lauk dah.
Pasar pun tak buka dah.

Ahad, isnin dan hari ini selasa.. kereta suami saya masih di rumah pak mertua saya.
Ada orang guna. Dah jadi macam kereta welfare plak!! Budus...
Jadi, kami pergi kerja satu kereta saja.
Saya kena tunggu suami saya balik dari kerja dan ambil saya di pejabat!!!!
Oleh itu, tak dapek laaa saya nak balik awal sangat dan beli lauk di pasar.

Arghhhh....

FYI, sejak saya pulang dari KL hari tu, saya belum sempat masak pape lagi..
Saya pulun buat kerja office dari pagi ke petang, petang ke malam..
Makanan malam? Beli di Restoran Ayu sajo!! heheheh

mari gelak gelak


tak nak kata apa-apa..
hanya nak gelak aje..
hahahahaah
hahahah
hahahaha
hahahahha

Sedutan adegan bersama Dokumen MQA

Dari Hj. Zul..
"Aini, sempat siap tak petang ni?"
"Banyak lagi ke?"
"Macamana progress dokumen tu?"
"Bab berapa tak print lagi?"

Dari EI..
"Kawe bubuh dah silibus dalam folder demo"
"Nanti kawe fikir"
"Kawe sibuk lo ni"
"Takpe, slow-slow. Petang-petang karang boleh hantar"
"Macamana dengan kod subjek yang redundant tu?"
"Subjek ni nak tawarkan semester berapa?"

Dari Miss Afzan..
"Ain, banyak lagi ke?"
"Ni ngelah doh ko?"

Dari saya..
~saya tak cakap apa-apa.. Cuma, mengangguk, menggeleng, senyuman paksa dan buat muka tanpa ekpresi.. Itu saja.

Terima kasih..
~sekadar mencatat kenangan 'mengerjakan' Dokumen MQA

Monday, March 30, 2009

Lapar.. Lapar.. Lapar!!!


Oh.. alangkah sedapnya kalau masa-masa begini dapat makan masakan emak!!

Tentu sehingga menjilat jari!!!!

Dokumen MQA sudah siap!!

Tapi masih belum boleh jerit-jerit lagi..

Esok, sambung kerja-kerja printing dan photocopy... 6 copies of each!!!!

Esok baru lah boleh tidur dengan lena.

Arghh... Lapar!!!

Tangan Melecur (Part 2)

Nampak tak dijari manis itu, ada garisan gelembung yang ada air bisa dalamnya..
Haa.. itulah bekas yang kena minyak panas itu..
Sudah beransur pulih, makan suap sendiri aje pun.. heheheh....

Esok adalah hari terakhir saya mengadap Dokumen MQA ini..

Lusa, saya sudah boleh teruskan projek "Ikan Tawar untuk Lego"

Projek apakah itu?
Membela ikan tawar?
Bermain Lego??

Hmmm... tungguuuuuuuuu!!!
~Apabila impian menjadi nyata, saya akan dedahkan!!!

Sunday, March 29, 2009

Housekeeping.... ~ rumahku syurgaku!!!


Cantik tak rumah saya??
Tema.. hijau...putih..ada krim2 sikit, pastu kadang-kadang nampak oren-oren sikit..

Biar nampak sederhana.. Namun, ianya tetap teratak buruk kami suami isteri...

~cermin-cerminan masih belum bergantung.. sebab suami saya masih belum memutuskan, nak cat atau tidak cat dinding itu...

Hari ini bukan Hari Ibu..

Ini gambar mak saya. Orang yang saya paling sayang dalam dunia.


kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia baik.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia cool.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia kuat.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia lawa.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia pun sayang saya.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia telah lahirkan saya.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia pandai masak.

kenapa saya sayang mak saya?

sebab dia bestttttt......... hehehe

Anda pula bagaimana?
Kenapa anda sayang mak anda?
Sila jawab...haaa.... Promotekan ibunda tercinta.
Sila sila....
Ini mak saya.
Nama dia Masnah binti Md Ali.
Panggil Cekna jee...

~icah, thanks... ahaks....!!!

Tak suka...

Bila masuk kerja saja...........

Arggghhhhhhhhhhhhh.. tak suka!!!!

Wahai Dokumen MQA..
Nyah kau dari hidupku!!!

orang putih kata...
Please get out from my life!!!!!!

~sambil tarik nafas menahan sabar

Friday, March 27, 2009

Tangan Melecur


Sila lihat tangan saya..
Jari-jemari kanan yang bulat-bulat itu,
tercedera akibat terkena minyak panas
semasa menggoreng keropok...

Pedih laaa.

Tapi, selepas disapu minyak kurang laa sikit..

"Abang, pasni abang kena suapkan owang makan lah."

"Aloh..aloh.. kesyiannya"

hikhikhik

Ikea oh Ikea ~ di hari kedua..

Sebagaimana yang dijanjikan, saya ke Ikea lagi. Kali ini, kami berdua saja.. Terlunas sudah hajat saya untuk membeli sofa 2 seater itu, dan juga coffee table yang saya mimpi-mimpikan semalam. Heheh...

Di samping item-item tambahan seperti
cermin-cerminan..
(rumah kami tak besar mana, jadi perlukan pantulan cermin untuk memberi ilusi luas)

Bantal-bantal untuk hiasan dan menaikkan lagi seri sofa baru kami itu..

Meja makan warna putih yang untuk 4 seater tu tak dapat beli sebab temporary out of stock.. Cit..

Karpet lembu pun tak beli sebab mahal ooooo... RM800++!! Lari budget tak terkejar!!!

Jalan punya jalan tetiba ter nak beli meja TV yang putih itu.. Ahahahahah..(gelak syaiton)
Tapi, besar sangat laaa dan tak muat nak buh dalam kereta sebab sofa itu dah memenuhi ruang dalam kereta comel cikgu Ain itu..

Puas saya pusing-pusing tapi saya tak jumpa benda lah ini... Apesal lah tak ringan mulut untuk bertanya kepada staff Ikea tu, kan? Tak terfikir.. Tah apa-apa..

space dividerpelekat pebenda tah ni..

hehehe.. tidur lena!!! tata




Thursday, March 26, 2009

Ikea oh Ikea

Lama dah saya tak ke Ikea.. Kali terakhir sebelum kawin dulu. Sudah lebih setahun. Pagi tadi, suami saya ajak ke Ikea. Sebelum itu, beliau sudah berpesan,

"Tengok-tengok saja ye. Tak boleh beli apa-apa,"

"Ok,"

Sebabnya, kami belum bergaji lagi. Jadi, budgetnya terhad laaa kan... Saya akur lah.. Lagipun, saya bosanlah duk rumah. Bengkel peperiksaan habis awal pula.

Tetiba, dapat idea nak ajak mak. Mak kan tak pernah ke Ikea sebab tiada sesiapa yang nak ajak mak. Mak bodek-bodek ayah.... Jadi, selepas ambil adik bongsu saya dari sekolah agama petang, kami pun berangkatlah.

Eceh.. macam mahu pergi jauh pula.

Jalan-jalan saja.

Tapi, tiba-tiba terbeli 3 benda. Penyangkut tudung, cermin muka yang untuk bubuh atas meja dan acuan buat aiskrim itu (tiada dalam gambar, sebab dah duk dalam peti ais)..
Jumlah yang perlu dibayar adalah kurang dari RM50/=.. Hehe.. sangat terhemah kan?? Ahakssss.....

Namun, setelah itu, saya tersangat berkenan dengan beberapa item untuk rumah kami seperti

sofa 2 seater yang sangat simple dan sesuai dengan dekorasi rumah kami,

dan

sebuah coffee table yang sangat classy..

dan

cermin yang macam dalam bilik icah
(saya beli masa anak dara dulu, sekarang takkan lah nak angkut semula bawa balik rumah saya, kan),

dan

carpet yang macam bulu lembu tu,

dan bla.. bla.. bla.. (banyak pula dan..dan..dan..)
Macam-macam lah mahunya, kan??

Kami bincang-bincang, suami saya kata,

"Ok, sebab hari ni belum gaji lagi dan kereta tak muat, esok kita datang lagi. Kita beli lah apa yang sayang nak. Kalau tak, nanti kempunan pula! Tapi..."

"Alaaa.. ada tapi nya juga?"

"Mesti muat kereta untuk dibawa balik ke Terengganu!"

"Ooo..." sambil sengih-sengih saya menjawab.

"Mesti tak sabar nak tunggu esok, kan..?"

Wednesday, March 25, 2009

Mendapat perhatian penulisnya!


Dua entri saya tentang buku "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah",

yang pertama....

yang kedua....
telah mendapat perhatian penulisnya, Encik Zamri..
Bukan calang-calang orang boleh jadi penulis tau!!


Sememangnya ayah saya juga adalah penulisnya.. Penulis bersama.

Ni nak tanya ni..
Sudahkah u ols memiliki tips-tips penuh informasi dari "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah"?

Jika sudah, Alhamdulillah.. Bolehlah terus membacanya!!

Tapi, jika belum...

Ini sinopsisnya

Silalah dapatkannya di kedai buku berhampiran.
Jangan tunggu hingga kehabisan stok!!!

Kena tag laaa...


Rules :

* Go to your photos folder in your computer.

* Go to the 6th folder of photos.
* Go to the 6th picture in that folder.
* Put the picture on your blog and description of it.


- Gambar kad kawin saya ari tu.. heheheh

* Invite six friends to join the challenge.
icah
imah
ena
kak eila
yati
maswani

Monday, March 23, 2009

Hati yang lara siapa yang tahu?

~ kecewa...

Namun, apalah dayaku hanya seorang wanita...

Saya sangat kecewa, sehingga tak mampu untuk berkata apa-apa..

Sunday, March 22, 2009

Sedutan dari 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah'

Sedutan dari 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah'

Karya: Zamri Mohamad & Imran Yusuf
Gambarnya sila rujuk entri saya, di sini

'Menggunakan pangkat sebagai tangkal kebahagiaan adalah toksik kebahagiaan itu sendiri...'

Saya dah kata dah, buku ni memang best..
Saya tak tahu lah mahu gambarkan macamana kerugiannya jika anda semua tidak memilikinya..

Saya dikira beruntung kerana dapat memilikinya secara percuma..

Hehehe..

Kerana..

"Imran Yusuf itu adalah ayah saya.."

Orang yang bernama Aishah memang kecil2 ke?

Saya menonton AF7 malam tadi (sambil buat kerja..kerja..kerja...)

Bila saya tengok Aishah itu, teringat saya pada sahabat saya semasa di UiTM.
Namanya juga Aishah.. Tapi, Nuraishah bukan Siti Aishah..
Tubuhnya juga kecil dan comel..
Suaranya juga comel aje nadanya..
Orangnya juga manis-manis saja..
Dan.. walaupun kecil, Aishah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi..
Walaupun begitu, masih ada juga perbezaan antara mereka berdua...

Oh... Aishah..
saya rindu laaa kat Aishah...
Sudah hampir 3 tahun tidak berjumpa..
Khabarnya, Aishah sudah menjadi seorang Guru Pendidikan Khas..
How sweeeeeeet!!
(saya 'pinjam' gambarnya dari friendster)

"Kuning" Wedding....

Tetiba rasa cantik pulak bila majlis perkahwinan serba kuning..
Kuning di raja gitu....
Semalam di kampung suami saya, ada kenduri kawin orang kaya..
3 ekor lembu menjadi mangsa.. hehehe..
(menurut suami saya lah, sebab dia bilang kaki lembu ada berapa yang tergantung di situ, dan bahagikan dengan 4)


Majlisnya, serba kuning.. Kuning terang gitu.. Ala-ala raja.. (yelah, raja sehari)

kanopi kuning,
pengantin kuning,
penanggah kuning,
bunga telur kuning,
bekas air cuci tangan kuning,
cenderahati tetamu kuning,
kumpulan kompang pun kuning,
kerusi pun kuning (nasib baik meja tak kuning),
pelamin baju kuning semuanya!! kuning!!!
(tapi, kalau pelamin putih, baru ah cantik kan? baru lah terserlah pengantinnya)
nasi pun kuning... haduh.....
nasib baik saya dan suami tak kena sakit kuning!!

gambar semua search dari google..
dan bukan itu pengantinnya..
saya takde kamera... sob.. sob..
tapi, warna kuning macam tu lah..


~server lembab..

Thursday, March 19, 2009

Hari-hari yang sangat bzzz..

Sekarang saya tak de modal nak update apa..

Sebab saya sangat bz..

Harap u ols tak lah jemu mengunjungi blog saya..

Saya janji.. Bila saya sudah tidak bz, saya akan update pelbagai entri..

Ok???

Wednesday, March 18, 2009

Mak saya sudah ada blog!!!!


mak saya sedang salam-salam orang di majlis perkahwinan saya...

mak saya ketika 'happy dapat menantu'
mak saya sedang memberi penerangan tentang sesuatu kepada "adikku si penggodam"


Mak saya sudah ada blog..

Kelasss gitu....

Imah, sila tolong mak buat header dan
bantu mak tukar layout blog yang sesuai dengan usia..
Jangan buat layout lolipop pula!!!
hehehehe..

Memang blog mak saya belum ada apa-apa yang menarik..
Tapi...
saya nak juga ajak semua pembaca setia blog saya,
(eceh.. ada pembaca setia ke?) memeriahkan blog mak saya..
Kata orang, bagi support sket..


Harap-harap lepas ni, mak saya akan terus men update blog dan mensensasikan blog nya!!!!

Tuesday, March 17, 2009

Selamat Pengantin Baru, Mas....


Hijau yang sememangnya menggegarkan jiwa..

Tetiba je suami saya kata,
"Yang, macam best je kawin kan.. Jom kita buat kenduri kawin lagi sekali?

"Apehal plak?"

"Ahahah.. tak pasal-pasal je mak ayah abah ngamuk,"

"Tahu takpe!!"

"Hari yang seronok dan tidak ada tandingannya, adalah di hari perkahwinan kita, kan?"

"Iyolah....."

Tak perlu rasa pelik..

Saya berjumpa Encik Irwan (EI) untuk urusan silibus DDE yang ada sedikit kekeliruan..

Selepas berbincang, EI suruh saya tutup pintu biliknya, ada hal dia nak bincang dengan saya.. Hal peribadi..

Oh.. no... no.. no.. Jangan lah korang ingat yang EI itu meluahkan perasaannya pula ye.. Tidak, tidak.. tidak sama sekali.

Rupa-rupanya, ada student saya yang mengadu kepada EI yang dia tak faham bila saya mengajar!!

Oh, ok.. EI tanya saya macamna cara saya mengajar. Saya jawab laa nota yang diterjemah dalam BM, slide, latihan, soalan kuiz... bla bla.. bla.. tutorial.. setiap kali mengajar suruh student tanya..tanya.. dan tanya..dan sebagainya..

Ok, sebenarnya Ei bukan mahu salahkan saya. Saya tahu. EI sudah bertanya kepada Penyelaras untuk subjek lain yang saya ajar.. Mereka kata untuk subjek yang sama, untuk kelas lain mereka memberi maklumbalas, no problem.. faham.. takde masalah..

Kemudian, EI kata mesti tingkatkan usaha saya dalam kelas. Saya suka cara EI menegur saya sangat berhemah. Saya yakin, memang masih ada kekurangan bila saya mengajar. Saya terima dengan hati terbuka!

Mungkin dari segi dialek saya dan pelajar2 yang berbeza..

Mungkin juga, mereka tak faham nota saya
(Pelik, saya dah translate to BM ok?)

Mungkin saya harus menggunakan 2 jam tepat-tepat waktu kelas
(Pelik laaa... Lepas ini, no more 1 and 30mins class ok?)

Mungkin saya bercakap terlalu laju?
(Pelik..I don't think so!)

Mungkin saya harus memperbanyakkan lagi pertanyaan semasa mengajar?
(Pelik..Dulu masa saya belajar, bukan cikgu yang tanya student kalau tak faham.. student yang tanya cikgu jika tak faham)

Mungkin saya harus menambah 1 jam lagi untuk waktu tutorial?
(Pelik.. bila saya buat kelas awal mereka berungut, lepas sejam kelas pun berungut, ini nak tambah sejam lagi tutorial???)


~Lebih pelik lagi, apabila ditanya tak faham dari segi apa? Mereka sendiri tak tahu!!!!
Memang sangat pelik...


"Tak perlu rasa pelik, Noreni. Sebab mereka memang pelik," beritahu EI


.....(sekadar luahan hati)

Bzzzzzzzzzzzz mode..

Minggu kritikal..
Walaupun kritikal, saya masih sempat buat header baru..
Imah, aku sudah pandai buat header.. Tapi, cikai2 laa sebab nya aku tak sempat..
  1. Tanda paper DDG
  2. Isi markah, update MKK MKF
  3. Dokumen MQA _ Last Call ~ sakit jiwa aku melayan bendalah ini..
  4. Fail DDG_ lawatan kualiti
  5. Slide MGM2101- update + print
  6. Slide MGM1144- update + print
  7. Fail MGM2101 - berterabur la sesangat fail aku ni.. Sudah ngajar haaa... campak lagi merata-rata nota...sekarang, kau rasakan!!!!!! ~salah sendiri
  8. Buat claim outstation ari tu.. MALAS nya nak pergi jumpa HR. Aku rasa macam berasap telinga je bila terpandang *&%$# tu...
  9. Jumpa E. Irwan pasal silibus DDE ~ aku benci laaa!!!!
  10. Set hari bila nak buat Test 1 untuk DDG ~ sakit hati aku dgn bebudak ni laa, time aku nak buat test ada je alasan. Kerja aku bertangguh sebab dorang ni je.. Kang aku bagi markah '0' kang baru tahu..
  11. Kelas MGM1144 petang ni.. Arghhhhhh!!
Saya akan cuba buat entry ye.. Mungkin petang-petang nanti laa kan..
Tak pun malam ni kalau Ikan Tawar untuk Lego sudah siap BAB20..

((saya rasa mungkin kerja-kerja saya yang di atas ni terpaksa di bawa ke rumah laaa))

~Taip laju-laju... Kalau salah ejaan, jangan marah haaa.....

Monday, March 16, 2009

Dari tepi pantai...

Saya bersiaran langsung dari tepi pantai..
Cari ilham untuk projek terbaru saya!!

Best ooo Pantai ni dekat dengan site suami saya..

Boleh online sebab ada wireless..

Seronoknya.. Free saja..

suka--suka--..

Saya baru lepas lawat student saya yang sedang praktikal di Peladang, Besut.

Alang-alang kan, saya terus laaa terjah opis suami saya..

Ahahahah..mahu dia terkejut katak tengok bininya yang 'hot' ni tetiba terpacak depan site dia.. heheheh...

Ok.. Saya dari dalam kereta saja.. Malas mau turun..
Nak ikut suami saya g kenduri pula ni..

Tata...

Sunday, March 15, 2009

Suami saya


Kelihatan di dalam gambar di atas,
beliau ingin memukul-mukul stereng sebab penat memandu..
heheheh..

~entah apa apa entah entri ni, kan?
~tak tahu nak update ape!!!

Sambut 'Anniversary' pertama....

Seronok sebab nak jalan-jalan hari ini..
Ayu berbaju kurung sebab nak pergi kenduri kawin..


















Muka happy lagi.. Tersengih-sengih aje..














Kami meraikannya di suatu tempat rahsia dan sangat romantik..
Di mana? Biarlah rahsia....

Selepas itu, lapar..lapar..lapar..
lagipun, tadi di kenduri kawin tak dapat makan kan.. ahahahahah
Dan, kami makan pizza loorr...
Bandar Tganu tersangatlah sibuk..
Ramai orang sebab cuti sekolah..
Jalan pun jem habis..
Mujur suami saya penyabar orangnya....
Akhirnya dapat makan pizza juga.. Muka pun dah 'lain macam' aje nampaknya!!!
Hahahaha

Saya pula tak nak pandang kiri kanan dah sebab perut lapar.. :)
Lepas makan, nak round-round pun malas dah sebab jem jalan teruk sangat.. Balik saja lah.. Ikut jalan pantai.. Pandu kereta merentasi kawasan lapangan terbang yang di tepi Pantai Ketapang.. Kagum lihat teknologi.. (Nantilah saya entri kan, yerk)

Saya tidur dulu..
Tata..

Umpama Hadiah di Ulangtahun Perkahwinan

Ayah telah mengirimkan sesuatu untuk saya..

Beberapa buah buku yang banyak membantu saya menyiapkan projek saya.

Ada sebuah buku yang saya anggap sebagai hadiah sempena ulangtahun perkahwinan yang pertama.. Sangat berguna dan sesuai untuk kami suami isteri...

Saya menyarankan kepada sesiap saja harus memiliki buku ini.



Pelbagai tips berguna untuk memiliki kasih sayang dan cinta dari suami..

Bagaikan Khadijah di Hari Rasulullah...

Apabila saya selesai membacanya, saya tiba-tiba sedar dan insaf. Betapa saya ini tidak sempurna untuk menjadi "Khadijah" di hati suami saya..

Saya tibatiba rasa nak cium tangan suami saya dan meminta ampun darinya di atas segala kekurangan saya sebagai isterinya...

~syahdu...

Saturday, March 14, 2009

Kenduri Ule…


Kami telah pergi meraikan majlis perkahwinan kawan suami saya..

Ini pengantin lelakinya, Encik Ule..

Nama penuh nya saya tak tahu sebab suami saya selalu panggil dia Ule.

Dukacita dimaklumkan bahawa, saya Cuma sempat ambil gambar ini sahaja dek kerana terlalu lah ramai tetamu yang datang..

Kalah anak menteri si Ule ni.

Berpusu-pusu orang yang datang sehingga kami tidak dapat makan pun..

Ahahahah..

Kami malas nak tunggu lama-lama. Duk tercogok kat situ, kerusi meja, khemah tak cukup. Dah tu hujan pula. Hajat di hati nak naik tengok pengantin bersanding, tapi leceh lah kang bukak selipar, kena pijak dek orang pula. Habislah kotor selipar.

Kami balik awal lepas bersalam-salam, Bagi hadiah dan tunjuk muka. Yelah, muka harus ditunjuk sebab Ule ni datang majlis kenduri kami dulu. Jadi, sebagai balasan lah kan..

Lalala.. kemudian, kami berdua mahu ke satu tempat yang istimewa untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama!!

Happy Anniversary, dear...!!!

This entry is auto publish ya!!!

Saya kini sedang bercuti dan menghadiri jemputan majlis perkahwinan..
Normal lah kan... kalau cuti sekolah je tentulah ramai nak kawin kan??
heheh..

Apa-apapun doakan kami panjang jodoh, bahagia selalu, murah rezki dan semakin cinta.. ewahhhhhh....

ok??

Tata!!!

Thursday, March 12, 2009

Only one day to go!!!


Saya harus posting entry ini segera.
Saya ada urusan di luar. Mungkin 2-3 hari ini saya tak boleh update..

14 Mac 2009... iaitu hari Sabtu ini, genaplah setahun saya menjadi isteri...

Saya sangat bahagia, kerana berjaya mengharungi dugaan dan cabaran berumah tangga.. Walaupun sememangnya, masih terlalu panjang perjalanan kami. Masih ada lagi dugaan dan asam garam rumahtangga yang masih belum kami tempuhi...

Setahun sangat singkat, saya belum pandai masak segala juadah dan hidangan kegemaran suami..
Setahun sangat singkat, saya tidak sempat lagi mengasah 'kerajinan' saya untuk buat kerja rumah..
Setahun sangat singkat, saya masih belum jadi isteri yang sempurna untuknya..
Setahun memang sangat singkat....

Tapi, bunga-bunga kebahagian semakin mekar dan senantiasa bertambah setiap hari..
Semakin saya pandang wajahnya, semakin saya sayang padanya...
Semakin sayang dan sentiasa rindu pada senyumannya matanya, pada pipinya, pada hidungnya, pada telinga nya, rambutnya, bibir dan mulutnya.. Pada semuanya lah tentang dia!!! Zahir dan batin.. (waaaaahh..tetiba!!)

Walaupun, ada ketika ada kekurangannya di mata saya, namun saya telah terima seadanya.. Sebagaimana dia sabar menerima kekurangan saya..
Lebihnya saya, kurangnya dia, lebihnya dia, kurangnya saya...
Itu semua lah pelengkap kehidupan kami..


Abang sayang....
Kau begitu sempurna

Dimataku kau begitu indah

Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Di setiap langkahku

Kukan slalu memikirkan dirimu

Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh

Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu

Sempurna... Sempurna...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Pertama, abang...
Terima kasih kerana sayang pada owang seadanya!!!!
Semoga kasih sayang dan cinta senantiasa mekar di hati kita!!!
I love u this much.. (sambil cuba mendepakan tangan seluas-luasnya)

Mengantuk dan tiada mood

Saya bagitahu suami saya yang juga tidak boleh tidur..
"Panas lah, bang!!"
"Abang tidur luar ek?"
"Alah.."
"Abang pun panas juga ni,"
"Alah.."
"Tak pe lah, sayang tidur lah dalam. Kalau panas lagi, baru ikut abang.."
"Abang..abang ngigau ke ni?"
"Tak lah"
"Ini berapa?" ~ saya tunjuk 4 jari kat dia..
"Empat lah.. Eh, abang tak ngigau lah..."
"Ok.." ~hehehehe...

~Dia malas nak layan saya kot. Terus dia bangun tidur di ruang tamu..

Saya terpandang, jam dinding menunjuk ke angka 5.00 pagi.. Arghhhhh.. tension!!
(Saya tak pernah tengok jam kalau saya dah lewat tidur, atas dasar psikologi.. Saya akan rasa tak cukup tidur dan sangat mengantuk keesokkan paginya.)

Akibat tidak boleh tidur malam tadi, dan kesan psikologi dari melihat jam tengah malam tadi, saya jadi mengantuk pagi ini.

Kelas pula mula pukul 8.15 pagi.. Oh, sangat paginya.. Saya gagahkan diri bangun juga..
Dalam kelas, tengah bagi lecture..otak saya stuck kejap.. huhuhu..

Malam ini, suami saya kata nak angkat tilam tidur kat ruang tamu.. Sebab kat ruang tamu sejuk...

Wednesday, March 11, 2009

Kenapa sensitif sangat?


Malam tadi panas ya amat...
Saya beriitahu pada suami saya,

Tahu dia buat ape??

Dia bangun tidur kat bawah..

Sedih je saya tau..

Dalam hati saya berkata,"Apahal mamat ni sensitip sangat? Aku cuma bagitau je, bukan suruh dia tidur bawah pun. Bukan dia yang buat aku panas..."

Blur betul saya malam tadi.. Bengang pun ada juga.
Tapi, saya senyap aje lah sebab dah malam-malam malas laaa nak gaduh kan..
Lagipun, mata masing-masing ngantuk.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bangun pagi pukul 6.30..
"Yang.. dah subuh..subuh.. bangun..bangun.."

"Hmm.." hati saya masih terkesan dengan tindakan nya malam tadi.

Dalam hati saya berkata, "Saja je lah tu nak kacau orang tidur," Kemudian saya buat tak tahu aje.

Dia kata, "Kang kalau masuk neraka, jangan ajak abang sekali,"

Sekali lagi, mamat ni nyakitkan hati aku.
"Cuti.."
(buat-buat lupa pulak kan.. saya malas nak bertekak pepagi buta ni)

"Oh, sorry. Abang lupa.. Jangan marah,"

"Yelah..Nak suruh owang masuk neraka plak kan"
(~bunga-bunga nak gaduh dah keluar dah.. Tapi, saya masih sabar...)

"Yang, malam tadi abang jatuh dari tilam ke?"

"Ntah.. Tak perasan pulak. Kenapa?"
(saya pun mulai confuse) ~bukan dia ke yang turun malam tadi.. Tapi, saya pasti saya tak bermimpi..

"Abang bangun je abang tengok abang ada kat bawah. Nak kata jatuh, siap ada selimut alas lantai ni dan ada bantal juga.." Berkerut-kerut dahinya berfikir untuk merungkaikan misteri..

Tapi, bagi saya..tak pelik lah gitu.. Dia memang suka mengigau. Saya pasti dia mengigau juga malam tadi. Dia pernah mengigau bercakap tentang pelan bangunan asrama lah, tentang JKR yang selalu kacau site dia lah, tentang rangka pintu yang mesti ikut pelan la...

Alah... saya dah biasa dah dengar...
Tapi, malam tadi kebetulan pula bila saya beritahu padanya yang saya rasa panas, dia turun ke bawah. Sebenarnya, tindakan dia turun itu, tak ada kena mengena dan kaitan langsung dengan pemberitahuan saya itu.

Mujur saya tak marah-marah dan ajak dia bergaduh malam tadi.
Kalau tidak, rugi masa tidur saya saja..

Monday, March 9, 2009

Saya.Paksa.Beliau.Jawab.

Saya kene tag dengan seseorang.. Tapi, saya tak de mood lah nak jawab sekarang. So, saya memaksa suami saya menjawab.. Tukar2 sikit lah kan... Sengaja nak uji sejauh mana beliau mengenali saya....
Mari tengok apa dia jawab....

1. She’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Rancangan masak2 kat AFC,AF dan sehati berdansa tapi tak tau nari he he

2. You’re out to eat; what kind of dressing does she get on his salad?
macam ah bini aku ni makan salad,tah pnah tngok pon

3. What’s one food she doesn’t like?
jagung kcik,petai swaktu dganya dan sate prut ayam he he best

4. You go out to eat and have a drink. What does she order?
teh o beng dgn sky juice, tomyam, kuew tiau kungfu

5. Where did she go to high school?
skolah sama2 mcam tak tau he he

6. What size shoes does she wear?
yg ni wa kuang xpert sket saiz 6 ke 7

7. If she was to collect anything, what would it be?
fridge magnet,baju-baju, majalah mingguan wanita

8. What is her favorite type of sandwich?
bini wa mcm wa gak smua blasah tolak batu dgn kayu jek

9. What would this person eat every day if she could?
mkanan yang panas2 tak kira ah pabnda pun tp trbaru tomyam ah,best gak bini wa masak

10. What is her favorite cereal?
mcam2 ah nestum pun ada ngan oat,katanya nak kurus ha ha ha

11. What would she never wear?
jeans ketat ah dia ckap mcam keling mabok jekk pkai sluar 2

12. What is her favorite sports team?
snaman jek 2 pun kdang2 ikut mood

13. Who did she vote for?
mak dia ah anak mak katakan

14. Who is her best friend?
setau wa kwan dia shikin ah yg tnggal kat tmn equine

15. What is something you do that she wishes you wouldn’t do?

modified kete. I’m sorry...

16. What is her heritage?
melayu,kelate cmpur melaka

17. What is her favourite colour?
dlu lom kwin wrna dia purple,skang ni dah tkar kaler ijau.1 rumah kaler ijau ngan kete2 skali

18. What is her habit?
intenet ah apa lg,smpai tak ingat laki

19. What is she proud of?
family dia ah dgn adik bongsu dia yg suka pow he he

20. Lastly, do you think she will read this?
msti ah coz dia yg suh wa bt.ikt wa mlas nak lyan smua ni

Saya bagi A- untuk jawapan-jawapannya.. Bravo sayang.. bravo!!!!

Sunday, March 8, 2009

Double Meaning ke?

"Abang, abang marah ke?"

"Tak lah, kenapa pulak nak marah? ok lah tu tandanya syg sihat lah tu,"

"Abang tak frust ke?"

"Tak lah.. tak frust pun,"

"Betul la.."

"Terima kasih tau, abang sebab abang sangat memahami..."

"Alah, abang bukan nya fikir sangat pun. Lagipun, kita baru lagi try kan. Orang lain lagi lama tak dapat-dapat lagi,"

"Dari dulu-dulu kan kita dan try. Maknanya dah lama laaa kan, bang?"

"Maksud abang, sejak baru-baru ni je kita mula start try dengan serius dan bersungguh-sungguh,"

"Heheheh" dalam hati aku, "Ada ke start try dengan serius dan bersungguh-sungguh?"

"Ye lah, dulu kita jumpa hujung minggu je. Baru 3 bulan lebih aje kita duduk sesama.. Mana sempat kan? Lagipun, kalau belum dapat lagi, kita bleh usaha lagi. Bukannya sakit pun nak usaha. Cuma penat sikit je, tapi bukannya tak best... So, bagi abang kita usaha je lah lagi sampai dapat,"

"Lagipun, masa time sekolah2 dulu walaupun kita dah dapat A semua, cikgu masih juga tulis di report card "Teruskan usaha anda dengan lebih gigih lagi". Maknanya, walaupun kita dah dapat kita mesti usaha lagi.. Usaha mesti diteruskan"....

"Double meaning ke?"

"Mana ada," (sambil beliau buat muka selamba lagi~ dia nak sengih tapi nampak nau dia tahan...)

.... I love you....

Sudah baca entri ini??

Suami saya sudah pandai mengagak laaa password blog saya.. dan secara senyap beliau telah 'menumpang entri' dalam blog saya ini..

Saya tanya dia,

"Abang, dah ada blog ke??"

Selamba saja muka beliau menjawab, "takde"

"Abang tulis apa dalam blog owang?"

Sengih-sengih beliau menjawab, "takde apa-apa"

"Ok, takpe..takpe.."

~beliau menulis saya pandai masak untuk menggantikan saya malas masak..
~beliau menulis saya pandai layan dia.. oh.. terharu..terharu.. walaupun saya ni kan pemalas skit kan..
~beliau menulis manjeeee... apa lah makna manjeeee bagi dirinya?
~dan best... ahahahahah.. ini no komen..!! saya memang best laaa kot kan kan kan..

Nota Kaki: Tulis lah apa pun yang abang nak tulis.. Tapi, yang sepatutnya disensor tetaplah harus disensor .. ok?? hehehe

Saturday, March 7, 2009

Buat Tatapan Isteriku

buat tatapan isteri abg yg dicintai,Terima kasih sebab menyayangi abg selama ni,menjaga makan pakai abg,dan sudi menjadi teman hidup abg untuk selama2nya.Ni adalah salah 1 kelebihan syg di mata abg :-

-Pandai masak
-pandai layan abg
-manjeeee
-dan besttt

2 jek untuk syg x ni..
nanti ada lagiii k
tunguuuuuuuuuuu...........

your husband
abang

Thursday, March 5, 2009

Doakan mak saya..

Mak saya berada di bilik pembedahan sekarang ni untuk bedah tangan..
Mak saya sakit tangan.. sakit saraf kata doktor..

Doakan mak saya selamat dan tangannya juga boleh diselamatkan..
Saya nak balik, tapi mak kata tak payah.. Sebab saya baru balik minggu lepas kan..

Tapi, saya sedih laaa.. saya macam nak balik.. saya kene bincang ngan suami saya lah petang nanti..

workstation

Hari ini saya mahu tunjukkan workstation saya...

Kita mulakan dengan fail-fail yang bertimbun.. itu baru sikit tu.

Ini lagi.. ini lah tempat2 yang seminggu 5 hari saya kunjungi..


Langsir yang sudah siap..

Inilah langsir yang mak saya tolong saya jahitkan.. Itu belum sempurna lagi tu sebab tak cukup penyangkuk. Dah macam tak elok je ropol2 kat atas tu.. Hari minggu ni, suami saya kata dia nak beli penyangkuk lagi untuk ditambah.. Langsir bilik dan pintu bilik pun masuk belum sangkut lagi. Hari minggu ini, suami saya janji nak sangkutkan...

Sebut pasal mak saya.. ada sesuatu yang sedih tentang mak saya. Nanti saya akan entri kan..

Tuesday, March 3, 2009

Kebaikan Memiliki 'Medical Card' dan Polisi Insuran

Saya memang terfikir hendak memiliki polisi insuran yang bersesuaian untuk diri saya. Akhir tahun 2007, saya ada membeli polisi insuran dari seorang agent. Tapi, oleh kerana kesilapan teknikal yang tidak mahu saya war-warkan di sini, polisi itu telah dibatalkan..

Sejak itu, saya memikirkan yang saya ingin membeli sebuah polisi insuran lagi. Sejak berkahwin, kami suami isteri telah berbincang dan merancang untuk memiliki polisi insuran masing-masing.
Kami merancang apabila kami ada anak nanti, kami akan melengkapkannya dengan polisi yang bersesuaian.

Cumanya itu lah kan manusia. Kami hanya berbincang bincang dan terus berbincang.. Tanpa ada tindakan.. Hampeh kan?

Namun, selepas kes disengat lebah tempoh hari, kami insaf lah sekejap.. Insaf betapa kita manusia tak kan tahu bila kemalangan akan menimpa hidup kita.. Takkan kereta je nak kita bayar insuran beribu-ribu, tuan kereta kalau kemalangan takde apa-apa ke kan? Tak logik lah sayang kereta, tapi tak sayang diri sendiri kan? (tetiba.....)

Jadi, suami saya ada bertanya dengan jiran kami yang merupakan agent insuran juga. Tapi, bila diselidik polisi itu ada unsur-unsur riba'. Jadinya, untuk mengurangkan riba' dalam kehidupan kami, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat itu sementara mencari @ survey-survey polisi insuran yang lebih sesuai..

Sudah lama bertangguh hasrat ini, sejak malam pertama pernikahan kami lagi kami dah berbincang tentang hal ini tau... ada ke orang bincang hal ini di malam pertama? malam pertama tarffic light merah ok..!! heheh.

Kebetulan pula, dalam pencarian kami itu, ada sepupu saya yang baru dapat anak kembar tu pulang ke Melaka tempoh hari, merupakan agent EtiQa Takaful.. Punya lah lambat lembab kami mencari (cari-cari ayam je sebenarnya)
Akhirnya, terus kami ambil keputusan untuk beli lah polisi ini.. Bagus tau.. Tanpa riba' (entah-entah semua orang dah tahu, kami je belum tahu lagi)

Sekembalinya saya ke laman blog, saya lihat cik tulip sudah update. Rindunya saya hendak mendengar berita dari beliau. Saya membaca entry terbarunya.. Baru saya sedar akan kepentingan kami bertindak cepat untuk memiliki polisi insuran sekaligus medical card ini memandangkan kita tidak akan tahu bila kita nak sakit dan masuk hospital kan..

Lagi seperkara, kalau kes penyakit kronik di rujuk ke pakar kerajaan, mungkin makan masa yang lama untuk diambil tindakan. Kena tunggu giliran la kan... Tapi, kalau kita ada medical card ni, kita bleh cepat dapatkan rawatan dan bayaran di hospital swasta telah dibiayai oleh pihak insuran..

tiada unsur riba'
cara menyimpan wang yang berkesan
ada pelbagai jenis polisi..
siap dengan medical card..
sumbangan seminimum RM100 sebulan
untuk anak-anak belajar pun ada..
kalau anak-anak cemerlang dalam peperiksaan pun dapat ganjaran juga..
dan macam-macam lagi faedahnya..

Bagus tau..
Kalau sesiapa yang masih belum memiliki polisi ini, haruslah cepat-cepat bertindak sebelum terlambat..

Boleh hubungi sepupu saya:
Khairul di 012-3046234


atau.. boleh juga cari agent EtiQa Takaful yang lain.. Saya mahu menekankan di sini betapa pentingnya insuran itu sebenarnya..

Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah..
Wallahu a'lam..

Nota Kaki: Saya sudah mencapai 'wish list' saya yang satu lagi.. Alhamdulillah..

Tag: Marriage

Saya di tag..

all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.
(Don’t forget to tag the person that tagged you)

1. When was your engagement? —>
19 Aug 2006
2. When is your marriage anniversary? —> !4 March 2008
3. How long have you known your spouse? —> coming 10 years
4. How long did you date before you got engaged? —> 8 years
5. Where did you meet your spouse? —> secondary school
6. What is your spouse’s full name? —> Mohd Fazrul Hisyam bin Mohd Yusof
7. Do you have any children? —> Not yet
8. How many? —> ...
9. Do you have any pets? —> No
10. Do you own or rent? —> still rent
11. Do you live in the country, city/town? —> apa beza city and town
12. What is your favorite activity you do together? —> Sleep hahahahah
13. Do you have a favorite vacation spot? —> tempat-tempat yang sejuk
14. How many siblings do you have including in-laws? —> 17 including my biras2
15. What mosque / church do you attend? —> mcm2 masjid dah singgah bila bermusafir
16. Is this the mosque / church you got marrried in? —>No
17. What town is your current address? —> Permaisuri
18. Do you work or stay home? —> Working
19. Where did you go for your honeymoon? —>Kota bharu.. hahahah
20. Leave a piece of marriage advice: —> Tolerance, Patient and Love

Sape nak buat, bleh laa buat..

terutama..

ena

kak eila

sha

dan sesiapa yang dah kawin laa..

Sunday, March 1, 2009

Sepetang di dalam kereta..




Wallpaper pilihan ku..







Yang mana yang paling sesuai???

Perhiasan dalam kereta saya..

Ini lah kesayangan saya..

Dan pelbagai perhiasan yang ada di dalamnya...