Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 29, 2009

Kereta Ben10 Naim

Saya rasa hijau itu cantik.
Tenang je bila rumah bertemakan warna hijau.

Naim juga kata hijau itu cantik.

Dia ada banyak kereta Ben10 berwarna hijau.
Dia tinggalkan semua kereta ini di rumah saya.

Tersengih-sengih Naim sambil berkata,
"Kalau Aim datang rumah Along lagi,
tak payah lah Aim beli kereta lain lagi."

Ye ke ni Aim?

Saturday, November 28, 2009

Naim budak nakal

Dalam perjalanan ke rumah nenek,
Naim memang tak reti duduk diam.
Bengang betul saya.
Nampak tak tu muka berkerut-kerut muka saya!
Cik abang pun tekup muka dia dengan tangan!
Penuh satu muka Naim dengan tangan cik abang saya.
Dah kena tekup muka pun masih nakal lagi!
Grrrrr.....
Yang lain semua sedang kusyuk buat kerja masing-masing!

Tempat Ayah Lemas

Bila balik kampung ayah di Kelantan, ayah selalu tunjukkan sebuah tempat ni.

Ayah cerita, ini lah tempat ayah lemas masa ayah sekolah rendah dulu.
Masa tu ayah tak pandai berenang dan diselamatkan oleh kawan ayah.
Ayah pun sudah lupa siapakah kawan-kawan yang menyelamatkan ayah itu.
Ini adalah sekolah ayah dulu.
Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar.

Friday, November 27, 2009

Lata Chakoh bersama keluarga!

Khamis..
Ayah ajak pi mandi sungai.
Nasib baik, cuaca ok dua tiga hari ni.
Air sungai pun jernih sangat2..














Biarlah gambar sahaja yang berkata-kata
sebab puan blog kenyang gile hari ini
akibat makan karbohidrat lebih banyak dari biasa.

Thursday, November 26, 2009

Plan raya haji esok!

Esok hari raya haji.
Hari Raya Aidil Adha...
Selamat Hari Raya ye semua!
Walaupun raya haji di kebanyakan tempat
tidak lah semeriah hari raya puasa,
namun... hari raya adalah hari kemenangang
(aik.. tertambah 'g' di situ~ikut keadaan semasa laaa kan)
.

Raya haji best sebab banyak daging,
walaupun saya kureng sikit makan daging!

Tengahari tadi, dah buat perap satay.
Tadi, mak rebus ketupat segera.
Malangnya sudah terhangit gara-gara mak terlalu asyik melahap
ikan sungai masak lemak cili api yang dipetik belakang rumah.
hahahahah..
Lawak ok..
Balance nasi impit yang tak hangit (sebab rebus periuk lain) ada 8 ketul lagi.
Esok pagi alas perut ketupat segera sorang seketul je laaaa...
HAHAHAHAH

Plan esok:
Nak pergi rumah nenek (mak kepada ayah).
Dah lama tak jumpa nenek itu.
Kali terakhir semasa majlis sambut menantu
di rumah abah cik abang dulu..

Ada kenduri akikah juga di rumah nenek cik abang.
Anak nenek tu (pak sedara cik abang)
nak buat kenduri aqiqah
untuk cucu nenek tu (sepupu cik abang).
Pening ke fikir salasilah ini?
Ini baru sikit ni!

Saya berdoa agar esok tidak ada soalan
yang menjengkelkan untuk dijawab!

Nak taip entri lain tapi internet slow
macam Garry (Siput b**i Spongebob Square Pant)

=)

Icah galak meng 'havest'

Icah sangat sengal.
Begitu teruja nak meng 'havest'
cili yang ada di ladang farmville belakang rumah saya!
Hasil yang di 'havest'.




p/s: kebun comel saya tu
memang semak tak berjaga sekarang.

Musim hujan kan? (
alasan)


Wednesday, November 25, 2009

Mak dah sampai!!!

Mak sampai..
Ayah sampai..
Adik-adik sampai...

Abah dan ipar duai pun sampai juga!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Esok tak tahu nak pi kerja ke tidak...

heheheh

Tuesday, November 24, 2009

Rezeki ... Rezeki ...

Petang tadi masa balik kerja,
tumpangkan kakak ipar kat tempat kerja suami dia.
Kakak ipar ni kerja satu office dengan saya.
Tapi dia di bahagian pentadbiran.
Saya pula kakitangan akademik.

Lepas drop dia kat tempat suami dia,
dia suruh tunggu kejap.

Aik?
Kenapa ye?
Mungkin dia nak kirim beli barang kot...

"Nah!"
Dia hulur 3 keping not lima puluh ringgit Malaysia.

"Aik? Duit apa ni?"

"Duit claim dua bulan punya.."

"Wow.. terima kasih!
Boleh buat beli lauk untuk hari raya!"

Alhamdulillah.....

Hari Pertama yang Hebat!!!

Hari ini adalah hari pertama
untuk mencuba mendalah seperti ini.



Yang tiada sebarang bau-bauan.
Tidak melekit.


WOW!!!!..
Memang hebat!
Setakat 5.00 petang ini...
Saya memang amat berpuas hati
walaupun mahal sikit kalau nak
dibandingkan dengan lain-lain jenis..
Sikit je tak banyak mahalnya!
Lagipun,
apa laaa erti wang berkoyan
kalau ada bau keti?
HAHAHAH


300% effective compare to commercial deodorant
(saya salin ayat kat depan botol je!)


Oi..oi.. ape kes ni?
Ubat keti pun nak tunjuk dalam blog ke?

Ok..
Saya berhenti menaip entri ini sekarang!


Kad ATM sudah diperbaharui

Semalam, dah alang-alang masuk kerja lambat kan...
Terus je saya singgah bank nak ganti kad ATM saya yang dah rosak tu.
Ada laaaaa sebulan lebih dah rosak.
Asyik laaaa tertangguh-tangguh nak ganti baru.

Susah juga kalau nak guna duit kena minta duit laki ni kan..
Malas laaaa nak ulas panjang-panjang...
Faham-faham sendiri laaaa...
Hahahahhah..


Payah jugak nak transfer sokmo ke akaun cik abang kan
kalau nak withdraw duit dalam akaun saya tu.

Masa nak tulis nama kat buku kad ATM tu,
pegawai bank tu kata hari ni je dah 3 orang nama NORAINI rosak kad ATM.

Sekali saya tengok....
Memang ada dua orang nama NORAINI di atas nama saya dalam senarai tu.
Mungkin kah kad ATM cimb anti dengan wanita cantik bernama NORAINI?
Keh keh keh..

Malam tadi saya nak buat transaksi kat cimbclikcs.
Sekali...............


Kena register baru laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pulak dah!!

Petang ni kena pi ATM machine laaaa pulak............

Urut Mak vs. Urut Ayah

Baca blog Icah tadi.
Nampak gambar ni!


Naim tengah urut ayah..
HAHAHAHAHA..
Skill dia buat tangan macam penumbuk,
lepas tuu gosok gosok tekan tekan.....

Ganas betul.
Siap naik duduk atas belakang lagi.
Dah lah Naim tu berat (30kg)

Saya pernah tanya Naim.
Urut ayah ke atau urut mak yang best?

Naim jawab,
"Urut ayah sekejap dapat RM2..
Kalau urut mak, urut kena lama tapi dapat 50 sen je.. Lenguh tangan Aim"

MATA DUITAN!!!

Mak nak datang!!

Huyooo... bestnya!!!

Raya ni mak datang rumah saya dan beraya beramai-ramai di rumah saya.
Khabarnya, ayah merancang nak pergi rumah nenek di Kelantan.
Tapi, entah kan dapat pergi entah kan tidak sebab Kelantan kan teruk banjir.

Di Terengganu ni pun ada jugak jalan yang ditutup.

Semoga bencana alam ini akan reda segera!

Dapat lah mak ayah adik2 beraya di sini..


Ini gambar Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lepas.
Kalau tak silap tahun 2006 laaaa..
SayaNaim tengah kurus lagi...

Ahad tu pun saya kena pi bengkel penulisan di PTS.

Alaaaamak aii.. manuskrip tak siap lagi.
Sejuk-sejuk ni tak leh buat kerja laaaaaa....

Mimpi sedih

Malam tadi mimpi sedih.

Tapi, orang kata kalau mimpi sedih...
alamatnya akan dapat kegembiraan kan?

Orang kata laaa....
Saya tak kata...

=)

Monday, November 23, 2009

Hadiah dari Hati (Hadiah yang kena dibeli sendiri)

Lama dah nak beli.
Tadi, tetiba je naik hantu.
Terus je beli..
Hahahah..


Inilah album artis yang pertama saya beli.
Ye, saya tak pernah beli pun benda-benda gini.
Ini kali pertama tau!

Saya bukan peminat Dato' CT.
Saya cuma suka mendengar lagu-lagunya.
Itu saja!

Dalam album yang ni semua lagu best!
Ada lagu tema SpaQ,
lagu tema Hati Malaya,
lagu tema Wadi Unung pun ada....

(Cik abang sengih2 je tengok saya pasang CD ni dalam kereta)
~Selama ni saya duk dengar CD rock otai dia je.. hahahahha
Nasib baik saya tak beli CD lagu-lagu tradisional,
kalau tidak berbulu telinga dia kang..
HAHAHAHAHAH

Di depan mata!

~Baru balik dari Kuala Terengganu.

Masa nak pi tadi, ada satu kejadian cemas telah berlaku.
Jalan memang licin.
Hujan memang masih turun renyai-renyai.
Kadang-kadang je lebat gilo..

Cik abang drive slow je laa.

Depan kereta kami ada sebuah WAJA, depan WAJA tu ada WIRA...
So, korang dapat bayangkan tak? WIRA< WAJA< Kereta kami...

Tetiba, WIRA tuuuuu masuk lorong berlawanan
sebab nak memotong sebuah kereta lagi di hadapannya.
Cuai dan tidak berhati-hati, tiba-tiba datang VIOS dari arah berlawanan.
Cuak gila kami.
Depan mata nampak WIRA tu terhoyong-hayang.
Mungkin dia terkejut bila VIOS tu datang dari arah berlawanan kan.
Dah lah dia nak memotong.
Nasib baik VIOS tu sempat ke tepi.
Mujur sangat-sangat VIOS tu tak laju mana jugak!

"Biar betul WIRA tu!!!!!"
(Terus cik abang brek, sebab memang dekat sangat dah dengan kereta kami)..
WAJA depan kami tu pun brek gak.
Nasib baik kereta memang masa tu tak laju mana,
semua kereta slow je sebab hujan.
Huiiii laaaa... nak memotong tak tengok betul-betul dulu.
Bahaya sungguh laaaa...!!

Kejadian berlaku sekelip mata.
WIRA mengelak, ke kanan ke kiri, tak dapat kawal kenderaan itu.
Akhirnya, WIRA itu berpusing dua ke tiga kali masuk ke dalam semak tepi belah kiri jalan.

Nasib baik tak bertembung dengan VIOS tu.
Kalau bertembung, mungkin kami pun jadi mangsa.

WIRA malang tu terus landing cantiiiiiiiiiiik je dalam semak tu.


Lepas tu, cik abang dan pemandu WAJA depan kami terus je
berhenti tepi tolong keluarkan pemandu tu.
Saya duduk je dalam kereta. Sebenarnya, den terkojut!

Pemandu tu perempuan.
Dia seorang saja dalam kereta tu.
Kebetulan cik abang memang kenal dia.
Sekali orang kampung daaaaaaaaa.....
(Entah-entah ex-gf dia.. AHAHAHAHAHAH~tetiba)

Cik abang kata lagi, (semua cik abang laaaa kata sebab saya tak turun pun)
cermin tingkap sebelah pemandu tu pecah mungkin sebab terhantuk kepala.
Mesti pening kejap kepala dia.
Kesian pemandu tu.

Masa cik abang nak tolong dia keluar tu,
tayar kereta masih berpusing lagi.
Mungkin kereta jenis automatik kan?
Sebab tu tak pick up sangat time nak memotong kan?
Pemandu tu pulak, tengah tutup muka lagi.
Mahunya tidak!! Mesti terkejut, menggigil seluruh badan.
Kesian dia...
(kesian laaaa, apesal ko tak turun pi tengok??.. hahahha.. saya takut laaaaa!)

Ya Allah, terkejut gila saya tengok.
Dah lah saya ni jenis lemah semangat.
Drive pun jenis berani-berani takut kan...
Alhamdulillah...
Nasib baik laaaa tak ada apa-apa kat pemandu tu.

Nasihat:
Berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang tersayang.

Pict from google!
Tak ingat bawa kamera..

Sunday, November 22, 2009

Rumah sudah siap!

Bosan bosan duduk rumah,
pergi ikut cik abang ke tempat beliau mencari rezeki.

Sudah siap rumah ni..


Tapi tah apa tah, siling nya roboh lak..
ish.. ish.. ish..
Angin kuat sangat kot sekarang ni!

Saya tak kesah lah..
asalkan saya boleh main1 kamera
Asalkan cik abang saya tak kena pi kerja
jauh-jauh macam dulu
dah kira ok lah kan kan kan?

Tak boleh pergi

Sekarang ni memang hujan saja sepanjang hari.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan hujan 24/7..
Apa tuuuu?
Alaaaaaaaa.. kalau dalam berita tu..
Amaran hujan peringkat jingga laaa apa laaa..
Kat sini amaran hujan peringkat Merah dah.. (agak je laaaa)


Hari ni pun jalan nak ke opis dah penuh
dengan air dah pagi tadi.
Menakutkan sungguh.
Tak jadi pi kerja pagi.
Saya pi tengahari je lepas air dah surut sikit.

Kalau tidak sebab ada kelas petang ni,
jangan harap aku nak gagah gini.
Tak kuasek kan..
hahahahha

Semalam hujan lebat juga.
Tapi, rasa macam nak pergi
kenduri kahwin Kak Ziela di Jerangau.

Cik abang kata, ok je...
boleh je kalau kita nak pi sebab
mungkin tak banjir lagi..

Kumpulan Hujan lebat gila!
Kesian viper kena bekerja keras....
Ok.. gamble je ni.
Lepas siap balut hadiah semua,
turun laaaa...
Ikut lalu ke Kuala Berang tu,
sampai di Kuala Ping jalan sudah ditutup.

Cik abang kata ada jalan lain nak ke sana tapi jauh laaa..
Tak pe laaa, bang..

Hadiah ni bagi kat opis je laaa nanti.
Dah tak de rezeki nak makan lauk kenduri di musim tengkujuh!

Apa-apapun, selamat pengantin baru
buat Kak Ziela dan Kay...
Semoga bahagia ke akhir hayat!
Mungkin minggu depan pi kenduri kat rumah Kay kot.
Mereka berdua adalah rakan sepejabat saya.
(kalau tak banjir laaaa)


Donut.. Donut...

Selepas bosan melayan isterinya yang demam,
(saya kalau demam, akan bertukar menjadi lebih manja dari biasa..
saya harap cik abang dapat bertahan dengan semua ini)


Cik abang ajak buat donut.

"Kalau sayang tak larat, abang je buat. Sayang ajar je.."

Kesian pula menengok nye.
Saya bukan tak mau ajar dia buat.
Tapi, masalahnya....
Saya pun tak pandai buat.

Tak pe..
Saya call mak laaaa...
Mak pun ajar laa, sikit.. sikit...

Gembira dia menguli tepung, yis, susu, minyak, air suam...

Jadi lah adunan
sebanyak ini dengan
setengah kilo tepung gandum...
Tunggu---tunguu--- adunan bertuah ni tak naik-naik..
Haaaaaaaa...
Apa daaaaah jadi ini?
Hentam je laaaa...
Janji ada bau2 macam adunan donut..

Hahahahahhah..
gile punya lawak bentuk dia..
Acuan donut tu tak de jadi,
saya hentam je laaa ajar dia buat gitu..

Agak-agak dah lawak benar tu, dia pun panggil saya..
"Yang.. sini laaa yang.. Tolong abang ni.."

Berjaya juga digoreng donut bertuah ini..
Mana nak cari suami ass. architect pandai buat donut??
hahahhahaha

Itu nampak tak?
Ada yang tak jadi bulat donut tu.
Ada yang dah macam bentuk bulan sabit dah tuuu..
hua hua hua..

Muka puas hati dapat makan donut!
Walaupun tak berapa menjadi donut itu, namun..
kepuasan merasa donut hasil air tangan sendiri adalah nikmat!!
Tengok muka orang puas makan donut buatan di rumah.

"Abang, boleh tak owang nak
bawa donut abang ni pi opis?"

~diam tak de jawapan...

"Lepas tu, owang bagitau kat kawan-kawan.. Donut ni
suami saya yang buat.. Boleh tak?"

"Abang tumbuk kang!"

hahahhahahhahaah

Demam

Huyoooo.. dah lama tak demam.
Sila abaikan kalau perkataan "huyoo' tu tak sesuai...

Jumaat baru ni demam agak teruk.
Pagi-pagi buta (tak de laaa buta sangat), dah bangun kemas dapur.
Sambil cuci baju.
Susun-susun pinggan, cuci dapur aishhhh..
Itu lah bila angin kus kus rajin nak mengemas datang.

Sampai tengahari, kejut cik abang pi solat Jumaat.
Lepas tu, rasa macam kuning je alam maya ni.
Macam nak pitam. "Tak mandi kot" (cakap dalam hati)
Lepas tu pi lah mandi cepat-cepat.
Mak aiiii... rasa kuning di alam maya tu tak hilang lagi.


Cik abang balik dia beli panadol.
Pas makan panadol, terus je tidur.


Dapur belum habis kemas lagi. Cik abang sambung!
Hmm.. lepas bangun tidur masih demam lagi.
Badan tak panas mana pun, cuma kepala pening, nampak kuning2
(dari tadi duk ulang perkataan kuning.. kuning...)
Saya kalau nak pitam, akan rasa telinga berdengung
dan mata berpinar2 nampak semuanya kuning..
tilam kuning..
lantai kuning..
pintu kuning..
ishh..
semua laaa kuning


Tekak rasa nak muntah..
Tapi berkali-kali pi sink tp tak melepas2 gak...
Bengang betul..
Namun, akhirnya berjaya juga.
(hahahah.. muntah pun kena berjaya ke? Hentam je laaaa)

Lepas tu, telan panadol lagi...
Terus tidur semula.
Asyik tidur je...
Itu je cara kalau nak lega pening kepala, pitam kan?

Sampai ke malam sakit kepala tak hilang..

Tapi, lepas-lepas isyak gitu...
Ok laaaa sikit.
Cik abang terus ajak buat donut.

"Hmm.... abang buat.
Sayang cakap je nak buat macam mana!"

"Ok..."

Akan diceritakan di entri akan datang..

Lagi Lagi Nuffnang


Hmm.. Cek nuffnang yang sampai hari tu.

Malas laaa nak cerita banyak-banyak sebab dah cerita dah kat entri yang lalu..

Hujan semakin mengganas si pantai timur.

Hujan memadamkan api keghairahan untuk berblog!!

Thursday, November 19, 2009

OTWC

~Autopublish
(hari ini (Khamis) saya bercuti.. Sebab cuti tahunan banyak lagi. Kemudian tak leh carry forward untuk tahun depan sebab banyak sangat lagi.)


Baca blog ini..

Rasa ragu-ragu je nak merasa nasi lemak, mee kari kat sana..

Hish.. kalau dah was-was baik tak yah kan?

Atau korang ada pendapat atau maklumat lain tentang hal ini?

Kita kongsi-kongsi lah!
Saya pun tak tahu sangat...

Wednesday, November 18, 2009

Hujan di Musim Tengkujuh


Hari ini gelombang kedua musim tengkujuh telah tiba.

Ramalan kaji cuaca kata, hujan sekejap-sekejap
kadang-kadang lebat akan berlaku sepanjang minggu ini.

Dari malam tadi hujan tak berhenti.

Semalam saya tengok baju kotor dalam bakul tu dah bertimbun.
Cik abang tunjuk perasaan ke tak nak basuh baju?
Biasanya, dia pantang tengok bakul baju penuh

Saya ambil cuti separuh hari pagi tu sebab nak selesaikan baju kotor itu.
Kalau basuh lepas balik kerja, alamatnya memang 2-3 hari laaa baju tak kering.
Nanti cik abang berungut lua dale tak dok
hahahhahahha.

Kata orang musim hujan ni musim mengawan?

Ish.. ish.. betul ke?

Ada apa pada nama?

Hari Isnin ini ada dinner anjuran ********,

Saya sangat malas nak pergi.

"Ain, nak pergi dinner tak nanti?"

"Tak kot, Kak ***"

"Kenapa ye?"

"Ada hal keluarga," ~alasan

"Oh.. tak pe lah.."

"Terima kasih ye!"

Heheheh..
--------------------------------------
Sebelum ni saya tanya dah kat cik abang,
"Abang nak pi tak?"

"Taklah.. Abang tak suka laaaa pergi majlis-majlis bertema-tema macam tu,"

"Eh.. sama lah kita kan kan kan?"

"Abang dari bujang dulu pun tak berapa suka pergi majlis yang ada VVIP, orang kenamaan ni semua. Kahwin dengan sayang, sayang pun tak suka. Bagus laaa sangat tu,"

Hmm.. majlis-majlis yang kalau VVIP, orang kenamaan duduk tempat khas, makanan dan minuman pun lain dari hadirin yang lain. Orang lain yang bekerja keras VVIP ni dapat nama je. Kalau majlis anak-anak yatim ni, mereka VVIP ni makan di meja khas. Tak bercampur dengan anak-anak yatim. Sepatutnya, adalah wajar kalau VVIP ni duduk makan semeja dengan anak-anak yatim kerana mereka ini yang diraikan. Simpati dan kasih sayang itu kadang-kadang hanya dizahirkan di hadapan lensa kamera. Untuk menjaga reputasi. Menjaga nama. Padahal, kat belakang lensa kamera semua nya tidak sama. Tunjuk kuasa, salah guna kuasa, rasuah, korupsi dan macam-macam lagi. Bukankah semua itu, menganiaya namanya?

Nak pergi majlis setakat 2-3 jam, tempah baju kat designer terkenal. Beribu-ribu RM terbang begitu sahaja. Padahal nak pergi majlis amal. Apa lah salahnya, kalau ribuan RM itu dipanjangkan kepada anak-anak yatim, orang miskin... Sudah tentu semuanya lebih bermakna!

Kalau difikir dan direnung sebaiknya..
Kalau lah semua orang adil dan saksama serta 'berjiwa rakyat',
saya yakin takkan ada golongan miskin tegar di Malaysia
yang sudah berpuluh tahun merdeka ini.

Mentang-mentang ada kuasa, ada nama, ada pangkat semua nya istimewa.
Tanpa orang-orang biasa macam kita ni, tak mungkin mereka bergelar kan?

Datang merasmi..
Bangga menjadi orang berkuasa.
Kalau tak kawal, nampak lubang hidung kembang kempis.
Padahal langsung tak de apa-apa pengetahuan pasal perkara itu.
Setakat potong-potong reben, arwah nenek saya pun boleh.. (Al-Fatihah!)

Apa ada pada nama, pangkat, harta dan darjat semua tu kan?
Kita manusia ini sama sahaja.
Malaikat Maut akan datang juga menjemput kita ke rumah di bawah tanah yang
gelap, panas, dan tiada apa-apa.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

~Sekadar meluahkan pendapat peribadi.

Jemputan Kahwin

Banyak betul jemputan kenduri mulai minggu ni..

Cuti sekolah kan?

Sabtu ni ada 1 jemputan.
Ahad ada 1.
Minggu depan, Sabtu ada 2 ..
Minggu depan sekali lagi ada 3 lagi..

Hahahaha..

Seronok je bila pi kenduri kahwin!!

Saya suka kenduri kahwin tau!!

Ayah ajak pi Langkawi

~Autopublish

Lepas pi Sabah, hari tu.. ayah dah macam gian nak bercuti pulak.
Asyik cakap pasal nak pi bercuti ke sana ke mari.
Tak pelaaa.... Saya lagi suka.. heheh

Al-maklumlah royalti masyuk kan ayah kan? kan? kan?..
Sibuk je saya ni membicarakan hal royalti orang.
Royalti saya entah kan ada entah kan tidak, kan?

Terbaru...
Ayah dah book flight ticket ke Langkawi untuk satu family.
Murah saja. Yang promo package tu je..

Tambang untuk saya dan cik abang berdua baru RM100.
Tak perlu anda kedip-kedipkan mata kerana figure 100 itu memang betul.
RM100 untuk pergi dan balik tau. Promo package laaa katakan.
Harga ticket dua hala Kuala Terengganu-Kuala Lumpur pun RM196.
Naik VIVA ke KL dari sini pun lebih kurang jugak laaaa termasuk petrol tol semua.
Tapi, kalau drive kan penat. Lama pulak tu nak sampai.

Tahun depan baru pergi. Lambat lagi..
kecoh je lebih
Tips:
Bercuti sekeluarga bukan sahaja menyeronokkan,
malah dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan!

Tuesday, November 17, 2009

Syanie tak pandai bergaya (COPY PASTE. SAHAJA)

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA




"SAYA sedar berat badan naik mendadak sejak di bangku sekolah lagi. Paling tidak boleh lupa, dulu saya bedal nasi ikut sedap. Semakin lama, badan semakin berisi macam dipam-pam," luah Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 35, ketika ditemui di syarikat produksi milik ibunya, Nizarman (M) Sdn. Bhd. di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini.

Keadaan menjadi semakin buruk, lebih-lebih lagi selepas ibu bapanya bercerai. Akibat tekanan dan tidak dapat menerima hakikat, Syanie mula makan pelbagai jenis makanan tanpa mengira masa.

"Masa kecil saya manja dengan ayah dan rapat dengan mummy. Sejak itu, bila rasa sedih dan menangis, saya akan makan," kata anak kepada penerbit filem Ruhani Abdul Rahman itu.

Hubungannya dengan ahli keluarga sangat rapat. Selepas ibu bapanya bercerai, Syanie mula rapat dengan adik perempuannya, Syarina. Apa sahaja masalah akan dikongsi bersama.

Ketika berusia 11 tahun, berat badannya meningkat sebanyak 70 paun (31 kilogram). Anak sulung daripada lima beradik itu juga memberitahu, pernah ada orang tersalah anggap yang dirinya sudah remaja. Sedangkan umurnya pada masa itu baru berusia 12 tahun.

Syanie sentiasa merasakan dirinya tidak pernah normal sejak kecil. Disebabkan memiliki badan yang besar, dia mula malu untuk bercakap dengan orang. Malah, menjadi seorang yang sangat sensitif.

Rezeki berlakon

Keadaan itu berterusan sehingga Syanie masuk ke Kolej Sunway, di Petaling Jaya, Selangor pada usia 18 tahun. Dia yang tidak mempunyai ramai teman semakin rasa terasing dan tertekan.


SYANIE mudah penat setiap kali selepas menjalani rakaman program televisyen atau drama.


"Setiap kali habis kelas saya akan pulang ke rumah. Jarang sekali melepak dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan.

"Saya rasa diri kecil sangat kalau hendak dibandingkan dengan orang lain. Sewaktu remaja, saya tak tahu bergaya. Pakai baju pun tak ikut fesyen," katanya yang mengakui sering diperhatikan ketika di kolej.

Biarpun pandai dalam pelajaran, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia tidak dapat menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan, Syanie memperoleh tawaran berlakon dalam drama Sayang Si Montel daripada Azmah Advertising selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas itu, dia pernah mendapat jemputan daripada pengarah Aziz M. Osman untuk menjayakan dua episod drama Cili Padi.Nama Syanie mula dikenali selepas menjayakan drama arahan Azwan Ali iaitu Lontong dan Sambal.

Cepat penat

Menceritakan kesukaran dihadapi sepanjang membawa beban badan yang besar, Syanie menyatakan dia sukar mencari saiz baju, kasut dan seluar yang sesuai. Sehinggakan dia terpaksa membeli pakaian dalam di luar negara.

"Apabila badan sudah terlalu besar, nak berjalan pun payah. Jadi, pada tahun 2006 saya ada makan pil. Saya gembira kerana berat badan turun. Tetapi selepas saya berhenti makan pil tersebut, berat badan bertambah sebanyak 70 kilogram (kg). Lebih daripada berat badan sebelum ini.

"Saya juga menghadapi masalah setiap kali pergi ke set penggambaran. Saya sering merasa gementar untuk keluar dari kereta dan berjumpa dengan orang," kata Syanie yang enggan mendedahkan berat badannya ketika itu.

Dia juga sering penat setiap kali menjayakan rakaman drama. Sebaik sahaja pengarah menjerit 'cut', dia akan segera mendapatkan kerusi berdekatan untuk duduk dan berehat.


SAIZ tubuh yang besar membuatkan Syanie berasa rendah diri.


Pada bulan November tahun lalu, dia menghadapi masalah kerap terjaga pada waktu malam (obstructive sleep apnea). Setiap kali tidur pada waktu malam, dia akan terjaga kerana sesak nafas.

Kadangkala, Syanie boleh terjaga beberapa kali. Ini menyebabkan dia merasa mengantuk pada siang hari. Jelasnya, pernah semasa duduk bersembang dengan orang dia boleh terlelap.

Gastric bypass

Takut dengan masalah yang dihadapinya, Syanie pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu, setiap kali dia tidur, oksigen tidak sampai ke otaknya sebanyak 70 kali. Disebabkan kesukaran dan masalah kesihatan yang dihadapi, dia nekad mengubah gaya hidupnya.

Berat badannya ketika ini telah berkurang sebanyak 45kg. Ia semakin berkurangan selepas dia melakukan pembedahan gastric bypass bagi memendekkan ususnya. Itu pun selepas mengambil masa selama setahun untuk memikirkannya.

"Pembedahan itu tidak ada kena mengena untuk tampil cantik. Semuanya kerana soal ingin menjaga kesihatan. Doktor cakap, umur boleh jadi pendek jika berat badan melampau.

"Selain itu, mereka yang berbadan besar juga cenderung menghidap penyakit jantung, asma, kencing manis dan darah tinggi," kata pelakon yang pernah mendirikan rumah tangga selama enam tahun tetapi tidak berkekalan.

Doktor juga ada memberitahunya mengenai kemungkinan berlakunya kebocoran usus selepas pembedahan.

Alhamdulillah, selepas melakukan pembedahan gastric bypass dia tidak mengalami sebarang komplikasi.

Namun, bukan mudah untuk doktor melakukan pembedahan ke atas Syanie. Disebabkan terlalu banyak lemak, doktor menyarankan supaya dia mengurangkan berat badan sebanyak 10kg.

Dalam tempoh sebulan sebelum pembedahan, dia cuma makan sup, Nestum dan roti. Syanie juga berenang untuk mengurangkan berat badan. Bertekad untuk kurus dan sihat, dia sanggup menahan lapar.


PEMBEDAHAN yang dilaluinya bukan untuk tampil cantik, sebaliknya ingin menjaga kesihatan.


Bersikap positif

Kini, selepas hampir lima bulan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya ternyata berat badannya semakin berkurang.

Selain pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit, Syanie juga rajin bersenam.

"Nafsu makan masih macam dulu. Kadang-kadang saya ambil nasi penuh sepinggan dengan dua ketul ayam dan lauk-lauk lain. Tetapi selepas menjamahnya dua atau tiga suap, saya sudah kenyang," katanya.

Syanie menyeru kepada individu yang bertubuh besar agar jangan sesekali berasa rendah diri dan tidak berani mencuba untuk menguruskan badan.Tanamkan sikap positif dalam diri.

Biarpun sifat malu dalam diri masih tebal, namun Syanie meminta supaya golongan senasib dengannya membuang dan melawan semua perasaan tersebut. Walaupun pernah diketepikan dan dicemuh, anggaplah itu semua sebagai cabaran untuk mematangkan diri.

"Berani mencuba apa saja yang ingin dilakukan. Saya pernah teringin menaiki Roller Coaster. Pergi beli tiket dan cuba duduk di kerusi Roller Coaster tersebut tetapi malangnya tak muat.~SEDIH KAN??

"Kalau tidak berani mencuba, kita tidak tahu kemampuan diri sendiri," katanya yang kini sudah boleh memandu kereta selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang.


Haa... kadang2 masyarakat kita ni memandang enteng perasaan orang berbadan besar!

Kalau Allah jadikan dia berbadan besar jugak, baru dia tahu kot!

Nuffnang lagi

~AUTOPUBLISH

Alhamdulillah...

Cepat pulak perkembangan nuffnang ni sekarang.
Baru je cash out, dah boleh cash out lagi.
Sebelum first cash out tu, nak tunggu cecah RM50 tu ada laaaaa setahun jugak!
hahahhahah

Tapi...
Sekarang ni tak mau cash out lagi laaa..
Biar je dia duk diam-diam dalam tu kan.

Saya berblog bukan kerana Nuffnang tau!
Saya tak tahu pun macam mana nak naikkan earnings kat situ
selain click iklan kat blog orang. (ye ke? ke macam mana?)
Sumpah, i'm not too sure about the concept.
Kadang-kadang Nuffnang email untuk join contest ke apa,
tak pernah sekalipun saya baca habis email2 tuuu..
Saya berblog hanya sebab saya suka berblog.
Itu saja. Nuffnang ni perkara samping-samping je!

Tapi, kalau dah alang-alang nak mengumpul..
Biar sampai 4-5 angka.
Baru sedap sikit kan kan kan?

hehehheh..
Munasabah ke nak tunggu 4-5 angka?
Kalau dengan follower yang macam sekarang ni,
sempat aku jadi warga emas dulu laaaaaa..

Kang ahkak mati,
anak cucu ahkak berebut duit Nuffnang ni kang..
Tak aman lak ahkak di alam sana.
(Mak aiiii, jauhnya berangan!)

Padahal alasan nak cash out earning Nuffnang tu!!!
=)

Tag @ Award dari Ayu

Tetiba si Ayu buzz buzz.
Ida: salam ain
Noraini: salam
Ida: salam ain.. (berapa kali laaa minah ni nak bagi salam? kah kah kah..)
Ida: ayu dah tag ain nnti buat eheheh

Noraini: tag mende pulak.. hadui.. takutnya! susah ke senang?
Ida: sonang jo

Ok, sebab senang..
Saya buat segera!

Rehat jap.
Dari tadi duk periksa buku jawapan student
berpinau dah biji mata tengok tulisan mereka yang tak berapa nak cantik..
hahahhaha. (macam laaa tulisan haku cantik nau)

a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.

1- Makyong
2- Minah rempit otai di jalan raya! Berani betul.. Ahkak, naik motor pun terjerit2...
3- Suka buat cheese cake.. sedap je nampaknya!
4. Ada anak nama Aqil.
5. Suami nya nama Samsul. Muka suami nya macam muka Pak Teh saya.


b. J ot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
1. Suka tidur.

2. Manja.

3. Addicted to Internet. 

4. Tak berapa rajin memasak.

5. Suka makan ikan.

6. Suka mengajar.

7. Suka minum ais.

8. Suka pakai tudung hitam. )

9. Malas potong kuku.

10. Saya tak pandai parking undur.

c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them
Zura.. Dia suka nau nombor 7.
Imah.. yang periksa dah berkali-kali dapat no. 7. Boleh kawan ngan zura laaa ni..
Ena.. Ibu Umairah.
Has.. yang ada potensi jadi duta JJ.
Icah.. yang dah mula cuti sem.. Oi.. tolong mak kemas rumah laaa oi...
Ayu.. hahahha.. den tag ekau balik.. padan muka!
Ckds.. Orang Kaya Baru yang sedang bengang dengan housemate nye! Oii.. apesal tak update blog haaaa???
Azie.. Yang sokmo2 sedih je pk hal anak. Tak yah lah sedih sangat. Buang karan je, Zie..
Kak Ina Camar.. yang sudah mula berdiet.. Cahiyok chaiyok, kak!!
Halahai... satu lagi siapa ek? Hmm.. Ayu je lah lagi sekali.. Habis cerita....
hahahhahahahahahhahahahhahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahahahhah

Monday, November 16, 2009

Pak pak kelepak kelepung


Uii.. sahabatku!
Sudah melangkah ke alam baru!
Tahniah....

~Majlis Perkahwinan Rosli & Zura di Penang! (rakan sejawat di tempat kerja lama. kedua-dua nya sama-sama batch masa training dulu)

Semoga bahagia selalu!

Rosli, jaga Zura baik2 tau!
Kalau tidak kang, pak dia marah kang baru tahu.. (hihih)

Zura, jaga Rosli elok-elok. Biar semakin boroi aset nya!! HAHAHAHAH


Apa ek?

Tadi, jaga exam.

Petang ni pun jaga exam.

Mata mengantuk sebab semalam tidur lewat, pagi tadi bangun awal..
Petang ni mesti penat gila!!
(Macam mana nak masak ayam kukus ni.. ~mak aiiii, sempat lagi beralasan)

Hmm.. apa lagi ek?

Haa.. tadi jaga exam, ada student kantoi meniru.
Tah apa lah yang unit peperiksaan akan buat dengan student bertuah itu.
Haa... pandai lagi meniru. Kan dah kena cabutan bertuah.
Sekali dengan text book kena bawa masuk court.
Saya sikit pun tak kesian kat student tu. Padan muka dia!
Lantak! Lan botak.. Lan makan t*h* katak! hahahahha

Dari kesiankan student itu, lebih baik saya kesian kat text book tu,
tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.

Cakap dengan benda tak hidup lagi baik laaa,
dari duk cakap dengan benda hidup tapi tak faham bahasa!

Tak dapek laaaa ahkak nak menolongnya!

Saya adalah marah, walaupun kemarahan itu tidak kelihatan dengan mata kasar!

Tata.

Sunday, November 15, 2009

SMS yang mengimbau memori lalu.

~autopublish


Semalam, kawan sekolah cik abang
sms bertanya khabar.
Kebanyakan kawan sekolah cik abang saya
adalah kawan saya juga.
(Saya dan cik abang mula bercinta monyet di sekolah!)

Tetiba ada satu sms berbunyi lebih kurang begini:

"Kirim salam ke ain. Beritahu dia,
maaf sebab selalu mengusik bergurau dengan dia
masa demo belum nikah dulu,"

Cik abang suh saya yang reply,
"Takpe, dia kata dia halalkan,"

Saya cerita lah pada cik abang.
Masa dia tak nak 'kawan' dengan saya dulu,
ada 3 orang kawan dia 'usha' saya.
Ada ajak saya keluar lah,
ajak kahwin laaa,
nak masuk meminang laa..
(Giloo ke apa? orang nak belajar lagi,
dia ajak kawin? #@!*&^&%^$&& sungguh)


Ada yang dan dan tu meluah isi hati,
"Sebenarnya, saya ni lama dah berkenan kat awak.
Cuma ise yang masuk line dulu,"
~wek..wek.. rasa nak muntah aku dengar!! (sambil jolok2 tekak)
Ish.. ish.. ish.. tak patut betul!


Tapi, saya ni memang bukan jenis melayan semua orang.
Sejak dulu, saya ni memang jenis jual mahal.
(haha.. tak percaya? Tanya cik abang saya..)

Malas ahkak nak layan semua tu.
Bagi saya, kawan setakat kawan je laa...

Saya cakap kat cik abang,
"Tah apa-apa tah dia ni. Benda gitu pun nak ungkit.
Tak yah sms kat laki gue perkara lama tu,"

Cik abang jawab,
"Ntah nye.. Alah, kerja dia gitu.
Bila masa berkembang otaknya!"
Ahahha.. ada unsur 'hendak marah' di situ.

Nasib baik lah, cik abang faham.
Kalau tidak, mahunya bergaduh laki bini, kan!

Apa-apapun, semua itu hanya kenangan.
Abang, tahu kan?
I love you soooooooooooooo much, kan .. kan .. kan?
Abang yang paling handsome dan
baik untuk owang kan kan kan?
(Tapi, abang jangan nak perasan handsome
kat orang lain pulak ye.
Tak seswai, hokeh!)

HAHAHAHAHAHAHAHA

Mimpi


Malam tadi, saya mimpi sesuatu yang sangat aneh.
Tak pernah langsung saya bermimpi sebegini.

Saya bermimpi saya masak ayam kukus.
Sampai hari ini saya ingat resepi ayam kukus saya itu.

Ayam
Sos tiram
Serai
Bawang putih
Bawang merah
Halia (lebih sikit)

Cara masak pun saya ingat!
Lumurkan semua bahan pada ayam.
Kemudian perap 3-4 jam.
Kukus lama sedikit supaya lerai ayam dari tulangnya..

Saya sebenarnya tidak pernah buat ayam kukus.
Tak pernah tahu resepi ayam kukus.
Langsung tak pernah makan ayam kukus.

Maka, saya try google resepi ayam kukus.

Haaaa....
Lebih kurang sama!!
Macam dalam mimpi saya.


Teringat cerita orang tua-tua yang dapat ilmu dari mimpi.
Saya pernah dengar (tak tau betul ke idak),
makcik tukang urut dapat ilmu mengurut dari mimpi.

Adakah saya ini dapat ilmu memasak dari mimpi juga??

Hahahha.. sungguh poyo!

LA Hot Spring

Ke mana anda pada hari minggu?

Saya plan sehari 1 bab untuk penulisan
manuskrip baru.
Tak mahu terlalu stress!
(alasan nak pi jalan-jalan)

Saya dan cik abang ke LA Hot Spring.
Bukan di LA (Los Angeles)..
Hanya Besut sahaja. =)
Tapi, namanya komersial nya memang LA Hot Spring.
Orang sekitar sini panggil
Air panas La saja.. hua hua hua..

Sambil-sambil tu cik abang ajak tengok
projek perumahan baru
yang dia akan jaga mulai bulan depan.
Cik abang kata, kalau ada rezeki dia nak beli seunit.
Tengok lah macamana nanti, kan...

Saya yang teruja.
Bawa air mineral siap-siap dari rumah.
Air bioaura tau.. (hahaha tak de motif je nak bagitau)
Beli ayam panggang Madura siap-siap.
(saya rasa saya macam dah kurus sikit laa... )
~ nak jugak perasan.. hahaha

Pemandangan dari atas.
Ramai juga pengunjung berkelah di sini.

Kami ke kolam air panas utama.
Air dari mata air ini berbau sulfur sikit.
Air panas dari perut cik abang bumi.

Ini jambatan untuk ke kolam utama.
Air yang dibawah jambatan ini sudah sejuk dah.
Sebab dah bercampur dengan air sungai yang sejuk.

Merendam kaki sahaja.
Itu pun merah padam muka saya menahan panas.
Panasnya tidak lah sampai melecur.
Kena masuk kaki perlahan-lahan.
Lama-lama ok lah.
Sedap je kaki rasa macam diurut-urut.
Kegatalan kaki cik abang juga berkurangan.
Bila keluarkan kaki, rasa kebas-kebas sikit.
Tapi memang lega!
Ada pakcik tu siap berendam lagi.
Saya tak berani laaa..
Rendam kaki je dah berpeluh-peluh macam bersauna.
Kalau rendam badan sekali... (hahahah.. terus nangis!)
Berasap, you!!!!
(Apesal lak cam gedik je ahkak hari ni?)

Air nya memang panas.
Air panas dari bumi.
Ada yang datang ambil air nya.
Nak buat ubat kot.

Cubaan mengambil gambar sendiri...
Tapi tak jadi, sebab tak nampak penuh muka saya..

Yang ini cik abang lak tak nampak mata!

Haaa... yang ini baru ok..
Biarpun tak nampak dagu runcing saya
boleh lah dari tak de..
(Mata cik abang memang coklat~ baru perasan!)

Makan ayam panggang Madura.
Macam ayam percik je.
Sebatang RM1..
Kami beli 5 batang..
(Sila abaikan posing terkangkang saya itu..
Cik abang
main candid!)

Tah apa-apa tah dia ni..
Dulu tak suka ambil gambar.
Sekarang dah berjangkit perangai bini dia..
Dia pulak yang lebih-lebih..

Tengok!!
Macam-macam mimik muka dia buat..
hahahhaha

Apa-apapun, percutian di LA Hot Spring adalah seronok.
Harap boleh sampai ke sini lagi lain kali!