Pembaca Blog Ini...

Monday, August 31, 2009

Antara dua darjat

Hari ini adalah cuti umum.

Bila hari cuti,
ambil laaaa kesempatan nak bangun lewat sikit kan..
Cik abang saya adalah champion tidur hari ni.
Saya bangun dan siap-siap mandi terus kejut cik abang.

"Abang, bangun bang..
Mandi.. Busuk gileeeee dah ni.."

"Hm..."

"Abang, abang rasa tak kita sekarang ni
macam antara dua darjat?"

"Kenapa pulak?"

"Ye laaaaa, owang wangi...
abang busuk.. tak mandi lagi..
antara dua darjat laaa tu..."

~Cik abang terus je sekeh-sekeh kepala saya
dengan manja..
hahahahha..

Boleh pulak tak mandi dengan dah mandi
jadi macam antara dua darjat...

Abang, payah ke ada bini yang berfikiran kreatif?



Ilusi Optik?

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-52...
Semoga negara kita akan terus aman dan damai.
Semoga rakyatnya merdeka dalam erti kata yang sebenar!

Malam tadi cik abang ajak 'merendek' ke bandar.
Jalan-jalan sambil tengok suasana malam merdeka.
Sebelum keluar tadi, seperti biasa duk mengambil gambar.
Cik abang pun dah lali dengan perangai si isteri. =)

Tetiba nak tunjuk gambar saya yang nampak macam sedikit kurus..
Hahahahahahah..
Habis la jap lagi ada anonymous yang budiman duk kutuk saya.
Kata perasan laaaaa apa laaaa..

Kalau anonymous tengok gambar beberapa minggu yang lalu ini,
tentu anonymous tu akan lebih rancak mengutuk saya..


Ada saya kesah?
Untuk pengetahuan, saya memang besar di bahagian atas.

Alaaaa....
Yang penting cik abang saya berulangkali duk panggil saya,
"Hai, isteri abang yang cantik!"

"Eh eh.. abang ada isteri lain yang tak cantik ke?"
~adoi, puji salah tak puji pun salah...

Mungkin semua ini
hanyalah ilusi optik semata-mata...
Tapi, bagi saya tidak perlulah secara drastik
untuk nampak kurus dan langsing.
Asalkan kita happy, kan..?

Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Kalau kita ceria dan gembira, biar kurus ke gemuk ke,
kita tetap akan nampak cantik dan berseri.

Itulah sebenarnya yang dikatakan natural beauty!

Sunday, August 30, 2009

Nur Kasih

Masa saya nak charge bateri kamera,
tergerak hati nak check ada gambar apa dalam SDcard tu.

Saya nampak dua keping gambar.
Gambar pertama adalah gambar saya.
Tapi, sayangnya tak boleh tunjuk di sini kerana
ianya tidak menepati piawaian untuk ditepek di blog.

Gambar kedua ialah gambar ini.
Haaa..... kedua-dua gambar adalah di snap oleh cik abang saya.
Siap snap gambar tuuuuuuuuuu...


Ye, beliau adalah peminat drama Nur Kasih ni.
Masa mula-mula dulu, masa episod awal-awal lah, saya tak layan sangat drama ni.
Cik abang duk tanya siapa heroin tu.
Mana lah saya tahu....

Tapi, sekarang ni... saya pun sama naik gak duk tengok drama ni.
Berjangkit dengan suami saya....
Namun, sampai sekarang saya tak tahu nama heroin nye tuu...

heheeheh

Saturday, August 29, 2009

Beli baju raya sedondon lepas tu kena marah sebab duit tak cukup lagi RM2. Bukan nya saya sengaja! Nasib baik peniaga itu baik hati...

Baru balik dari Wakaf Che Yeh di KotaBharu.


Gile je buat keputusan last minute dengan cik abang saya.
Sebab bosan tak tahu apa nak buat, lepas tengok Nur Kasih..
Cik abang mengajak berjalan-jalan..

Ok, jom!! Pukul 10.30 malam baru bertolak dari Setiu.
Masa tu laaa nak pi cucuk duit, masa tu laa nak pi isi petrol.
Dalam perjalanan hujan renyai-renyai.

Sampai dalam pukul 12 sebab tak boleh bawa laju. Hujan!
Peniaga tak ramai malam tadi.
Mungkin sebab hujan kot.

Cik abang telah memberi baju raya atau lebih tepat lagi baju melayu.
Mula-mula kami decide nak pakai baju sedondon temanya maroon.
Tetiba, saya terluahkan isi hati kepada suami saya
yang saya tak suka maroon sebab warnanya tidak sesuai
dengan kulit saya yang tak berapa nak cerah ni.
Bila pakai maroon rasa macam suram je...
Lepas tu, kami bersetuju nak pilih warna..............
hmmm..nanti saya tunjuk laaa ye masa hari raya nanti..

Ok.. settle baju melayu cik abang.
Saya gatai nak beli jugak baju raya.
bla..bla..bla.. malas nak cerita,
saya pun ambil laa sepasang baju kurung warna sedondon.
Tetiba je masa nak bayar tu, baru saya perasan duit tak cukup lagi RM2.
Sebelum tu, saya dah tawar menawar dengan peniaga tu, dapatlaaaaa kurang RM10++.
Disebabkan tak cukup duit, saya pandang cik abang.
Nak dijadikan cerita......
Kebetulan pulak, cik abang pun cash in hand sudah betul-betul yileeeeeek.
Sesen pun tak dak!!!!!

Gilo.....
Saya pun rilek je cakap kat peniaga tu yang tak cukup lagi RM2.


Nasib baik peniaga tu ok.
"Tak pe laaa, sedekoh bule poso (sedekah bulan puasa)"

So, dah tak de duit kan? Apa lagi, balik laaaaa......
Macam mana nak buat ni, nak cucuk kat ATM masa tu dah pukul 1 pagi.
Mana ada ATM berfungsi pagi-pagi ni, kan?
Sengaja tak keluarkan banyak-banyak tadi sebab tau-tau je laaaa kan,
banyak dikeluarkan banyak laaaa 'terpaksa didermakan' kepada peniaga tu kang! =)
Saya pun sudah yileeek..
Cik abang pun sudah yileeeekk..
Nasib baik petrol dah isi penuh.
Boleh laaaaa nak balik rumah.
Cik abang saya dah plan tadi, nak sahur on the way balik.
Tapi, ni dah yileeeek dah masing-masing, macam mana??????

Cari dalam handbag, mana laaaa tahu ada duit cicir-cicir ke, selit-selit ke..
Pun tak de.. Sudah !!!!!!!
Dalam kereta ada syiling je.. Tak sampai RM10 pun.
Macam mana nak berhenti sahur?
Macam mana? Macam mana? Tolong bagitau saya!!!!

Cik abang kan ada masalah penyakit merepek bila lapar, kan?
Tapi, tadi dia tak merepek pula. Dia diam je.
Dia sound saya sikit je sebab tak check dulu sebelum nak beli...

Saya berkali-kali minta maaf sebab saya tau saya yang salah.
Mula-mula saya dok fikir jugak, macamana boleh tersalah kira ni?
Rupa-rupanya........
Saya tak ingat yang sebelum saya beli baju yang tak cukup RM2 tu,
saya dah singgah sebuah gerai membeli t-shirt.
Jadi, saya punya budget sememangnya dah terlajak. ~boleh pulak tak ingat!!

Ya Allah, sabar je laaaa..

Saya bukan malu ke apa ke dengan peniaga tu.
Lantaklah, kan.. Customer is always right, kan?
Lagipun, saya tahu dia memang dah untung banyak dah atas sepasang baju tu kan?
Saya cuma kesian kat cik abang sebab dia lapar
tapi, nak berhenti makan sahur tak de duit dah kat tangan.

Dalam perjalanan balik, kami diam je tanpa sepatah kata.
Merajuk laaa tu sebab tak boleh sahur on the way balik!
Saya takut loooooor bila cik abang saya marah.
Sampai je rumah, saya terus masak kan dia nasi goreng planta bubuh kerang banyak-banyak.
Lepas tu saya togok laaaa, oat sama susu je sebab nasi lebih berbuka tadi sikit sangat.
Kang tak puas makan kang, marah lagi.. Mati laaaaaa saya kang...

Sekarang,
cik abang sedang tidur kekenyangan nasi goreng kerang berlambak
dan milo panas.

Abang.. owang minta maaf sangat-sangat ye!!
Owang tak sengaja loor..
Harap salah silapku diampunkan laaa...

~Huarghhhhhhhhh.. mengantuk laaa!!
Nak kejut cik abang, solat subuh.
Kemudian nak bumbum..

Tata.. Selamat berpuasa untuk hari ke-8.
Semoga kita beroleh keberkatan dari-Nya!

Ikan Tawar untuk Lego~ Novel Pertama Kami!!!


Lego adalah seekor kucing yang sangat suka makan ikan yang direbus tawar.

Afiq dan Anis sangat sukakan kucing. Suatu hari, mereka terjumpa anak kucing yang comel. Mereka meminta kebenaran dari ibu bapa mereka bagi memelihara kucing itu. Kucing itu begitu disayangi oleh mereka sekeluarga. Kucing itu diberi nama, Lego. Lego diberi makan ikan rebus tawar. Itu menjadikan bulu Lego sangat cantik. Suatu hari, sesuatu berlaku kepada Lego sehingga menyebabkan dia merajuk dan membawa diri ke Perancis. Bagaimana Lego boleh sampai ke Perancis? Apa yang menyebabkan Lego merajuk?

Dapatkan buku ini bagi mengetahui tip-tip penjagaan kucing.


Untuk makluman novel comel berwarna oren ini akan terbit pada

7 September 2009.

Boleh lah dapatkan di pasaran! Beli online? Sila klik sini......

Untuk menjenguk blog penulis bersama, sila klik sini....

Untuk melawat blog Nia Imrani (nama pena saya), sila klik sini....


Friday, August 28, 2009

Hari ni kena masak

Hari ni saya masak tau.
Malas nak keluar, sebab cuti-cuti ni nak duk rumah je.

Masak siakap sweet sour yang terlebih kicap.
Hitam dah jadinya.. hahahhaha
Dan sayur pucuk paku goreng.
Geram sangat tengok pucuk paku masih fresh!
Air carrot susu yang sedap dan mengiurkan...
Tak ingat nak ambik gambar!

Kuih?
Tak de.. sebab masing-masing malas nak keluar pi cari kuih.
Nak buat?
Malas... hahahah

Ubat untuk kulit kering

Saya rasa mcam bersalah je kat kulit sendiri.
Ye lah hari tu kan baru pakai ST Flawless tu.
Punya laaaa nak, sampai sanggup basuh baju sebulan.
Sekarang ni, dah biasa dah tengok baju penuh bakul sikit terus je basuh.
Dan saya yakin, suami saya bahagia dengan situasi tersebut.
Apabila beliau bahagia, saya tentunya lebih bahagia!

Mula-mula pakai, rasa macam elok je.
Tapi, lepas beberapa minggu kulit jadi kering sangat.

Tak suka!! Rasa nak mengamuk je.
Ada yang kata itu tindak balas produk laaa tu sebab baru nak elok.
Tapi, saya dah takut.. macam fobia je dengan produk ni.
Mungkin dulu sesuai dengan saya, tapi bila dah lama-lama tu dah tak sesuai (ada ke gitu?)

Jadi, saya terus stop pakai mendalah tu..
Kang kalau tak stop kang jadi makin teruk kang..
Habis laaaa kan.
Dah lah nak raya ni..
Nanti ada kenduri kahwin pula.
Kalau muka saya tak gebu, habis laaa orang tanya
(ahahhahahaha.. macam aku lak yang jadi pengantin!!)

Dua hari lepas, saya pergi cari moisturizer untuk kulit kering saya yang dah tak bleh blah ni.

Sakit hati je bila setiap kali tengok muka kat cermin,
nampak kuping-kuping kulit yang menggelupas....
Rasa nak tampar je muka sendiri. (hyperbola sungguh ayatku ini)

Round punya round (bukan MerryGoRound),
tanya dengan budak kat farmasi tu macam-macam..
Tetiba berminat nak cuba moisturizer ni.


Mula-mula nak beli moisturizer Garnier Light
yang Fasha Sandha (apesal laaa nama dia Sandha kan?) jadi model tu...
Alaaaaaa.. yang ukurlah sendiri tu!!

Tapi, saya bukan nak putih, cuma nak hilangkan kulit kering
dan garis-garis halus akibat kekeringan kulit itu...

Saya suka warna kulit saya sekarang.
Tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap..
Sawo matang gituuuuu...
Mat Salleh duk berjemur tengah panas kat pantai
sebab nak dapat warna kulit macam ni tau.
Buat apa saya nak kasi cerah pulak..

Beli sekali dengan cleansing foam.
Bau nya ala-ala epal hijau tu.. saya suka!

Murah je tau. Tak sampai RM30 pun dua-dua ni.
Ingat nak try dia punya toner sekali.
Tapi, macam fobia pulak sebab kalau kata toner ni kan tajam sikit.
Macam toner ST Flawless tu, kan..

Biar saya try cleansing foam dan moisturizer ni dulu.
Kalau ok, saya akan fikirkan pasal toner pulak.

Tentu suami saya geleng-geleng kepala bila baca entri ni, sambil berkata,
"Tak habis-habis bini aku ni dengan produk kecantikan dia!"
~guna term produk kecantikan tu yang tak tahan tuuu...
kah kah kah

Alaaaa haiiii.. cik abangku sayang....
Dah nama nya perempuan kan.
Kecantikan ni kena laaa ambil tahu serba sikit kan?
Para suami kena faham la, kenapa perempuan macam ni.
Kalau perempuan ni tak kesah tentang kecantikan dan penjagaan diri ni kang,
akan jadi alasan pulak mereka nak menambah cawangan
ataupun membuka cawangan di lain kawasan..

Jadi, kena faham la juga, kita isteri ni nak cantik untuk suami.
Biar suami tak muak dan cemuih tengok kita kan?

Tak gitu??

Jumpa Toam

Kenal tak mamat baju belang tu?
Haaa.. itu bakal adik ipar tak jadi!
Jadi ke tak jadi ke tak tahu laa saya..

Tadi, masa nak berbuka puasa di CRS,
terserempak dia ni.

Baik budak ni.
Berbudi bahasa.

Walaupun dia ni bakal adik ipar tak jadi,
tapi dia tetap tegur kami bila berjumpa.

Bagus budi bahasa budak ni.
Macam mana laaaa aku tak sayang
(ek eh.. tetiba pula..
kang tak pasal-pasal je ada orang kena lempang
di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni)


Saya ni kan rabun, tak nampak sangat dia kan.
Dia yang tegur kami dulu.
Teragak-agak jugak saya nak recall siapa dia.
Dah lain benar mamat ni.

Setahun lebih tak jumpa, banyak dah berubah mamat ni.
Kali terakhir jumpa, masa kenduri kahwin saya..

Buat adikku, jangan lah dikesali apa yang terjadi,
kerana sesal dulu pendapatan (pendapatan berapa RM tah?),
sesal kemudian tiada gunanya....

Teruskan hidup kalian
menjalani liku-liku yang penuh ranjau dan duri.

Ewah... ewah....

Selamat Berbuka Puasa


Ini bukan menu berbuka saya pada hari keenam puasa.
Ini adalah menu hari keempat.
Sungguh ketinggalan.
alaaaaa... saya malas laaa nak ambil gambar tetiap kali nak buka puasa.
Heheh
  1. Pari bakar.
  2. Gulai kawah.
  3. Kuih cara manis dan cara berlauk.
  4. Kerabu perut.
  5. Air tembikai dan tembikai potong.
  6. Nasi putih.
~menu ke 5 dan ke 6 itu yang dihasilkan di rumah.
Yang lain-lain nya kami hasilkan setelah meronda PARAM =)

Sorry, terpaksa laaaa sebab malas nak masak..
Lagipun, makan dua orang je.
Sama je belanja nya kalau masak sendiri.
Dengan syarat jangan terlalu ikutkan nafsu orang lapar.
Ronda tengok makanan sambil beristighfar kepada Allah yang Esa.

Tak pe laaa, hari cuti saya masak laaaa... (kalau rajin)

Gembiranya bila tertunai

Lalalalala...

Cuba teka..
Apa benda nya ni?


Haaaaaaaaaaaaaa.. ye betul!

Secara rasminya, saya telah memiliki broadband sendiri.
Tak yah mengecek nak pinjam broadband opis suami saya lagi.
Yes.. yes..


Salah satu perkara dari senarai wish list saya telah tertunai!!
Alhamdulillah....

~hajat nak berblog secara tegar terpaksa dilupakan,
kerana sinopsis YK sedang menunggu untuk dibereskan..

Semua entri hari ini adalah autopublish..
HARAP MAKLUM..

Rezeki Bulan Ramadhan

Kami nak pi beli kurma tau, tapi tetiba ada orang datang rumah bagi kurma.

Dari Menteri Besar katanya untuk rasa sorang sikit..

Dalam ni ada kurma sekotak
dan sebotol air zam-zam!

Sebelum tu, suami saya bawa balik sekotak kurma dari opis..

Apa-apa saja laaa..
Orang bagi kita ambil lah, kan?

Alhamdulillah..

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...

Meja tak ada alas sebab ada orang tumpahkan air..


=)

Thursday, August 27, 2009

Renungkan.. Fikir kan....

Ada orang tuuu kan, dia kan, kena kan, belanja saya tau!!!
Tak yah belanja memahal, belanja ABC special pun ok..

Nama dia Icah..

Dua hari lepas, saya call dia.
Kesian dia berbuka puasa jauh di perantauan.
ahahhah macam laa saya tak berbuka di perantauan..
Dia kan tak pernah duduk asrama,
jadi ini lah kali pertama dia berbuka BUKAN dengan masakan mak.

Adik saya tu nun jauh di Penang
baru saja berjaya mendapat biasiswa dan
seharusnya dia membelanja saya kerana saya yang memeras ugut
untuk dia bergegas memohon biasiswa tersebut.
Siap balaci mak ayah lagi..

Bukan apa..
Kalau boleh tak nak lah buat loan PTPTN (ada orang kata PTPTipu.. saya tak pasti laaa) kan..
Sebab nya kan kena bayar balik kan?
Kat sini saya tak nak bahaskan soal riba' ke charge perkhidmatan yang tah apa-apa tu kan...
Nama pun loan kan..
Kena laaa bayar balik.
Perit ooo nak bayar balik.


sekadar gambar hiasan

Ye lah, senario biasa kalau lepas habis belajar pun, kalau senang dpaat kerja laaaaaaa....
mula kerja gaji boleh jadi RM1800 atau kalau nasib baik dapat laaa RM2k++..
Setakat bayar loan belajar RM200++ tu apa laaaa sangat kan?

Dengar macam banyak, tapi bila kira-kira semula..

Kalau nak pi kerja, mesti laaa kena tanggung belanja transport kan?
Komuter laaaa.. tambang Monorail laaaa.. Bas laaaaa.. Teksi laaaa...
Kalau yang bertuah dapat kerja dekat tu tak pe laa.
Kalau yang dapat kerja rezeki jauh?
haaaaaa.. berapa ratus dah kena tolak situ?

Dah kerja tentu laaa nak ada kereta kan?
Haaaa.. gaji kena tolak untuk ansuran kereta pula.
Mahunya 4-5 ratus juga kan.. Roadtax, insuran.. maintainance kereta tu..

Dah tu, dah kerja takkan nak puasa hari-hari kan?
Kena laaa beli makanan sendiri.
Bukan atas tanggungan mak ayah lagi, tau....
Itu belum masuk shopping barang gedik lagi kan?
Takkan nak pi kerja pucat lesi tak de mekap, dan pakai baju yang sama je kan?

Lepas dah kerja 2-3 tahun, tak kira laaa lelaki ke perempuan.
kalau sampai jodoh nak kawin kan? Kena simpan duit kan..
Takkan nak buat loan lagi, beb..
Loan belajar tak settle lagi!
Ada tu berhutang nak kawin punya pasal
15 tahun terikat dengan hutang Bank Rakyat.
15 tahun kawin anak mungkin dah 3-4 orang..
Hutang tak settle lagi..
Bagi saya, kalau tak ada duit tapi dah sampai seru nak kawin, harus bersederhana la.
Tak perlu sewa pelamin besar-besar, potong dua tiga ekor lembu..
Memang laaa sekali seumur hidup je kita nak jadi raja sehari
Tapi, lepas tu.. haaaa ... silaaaaaaa menanggung hutang seumur hidup..!
No.. no.. no.. tidak bagus macam tu!


Ok...
Dah kawin? Lagi banyak kena tanggung.
Sediakan duit rumah laaa..
Takkan nak duduk rumah mak ayah..
Tak de privasi looooo...

Bila dah ada rumah sendiri, kena laaa ada kelengkapan kan..
Takkan nak duduk dalam rumah kosong bergema bila berborak.. hehehe
Haaa.. perkara wajib ialah
tilam ((eceh.. tilam dulu=) )
katil,
almari,
sofa,
mesin basuh, ~takkan nak jadi dayang senandung basuh baju pakai tangan?
peti sejuk,
dapur.. bla bla bla.. haaaa..
kalau nak disenarai sikit punya banyak..

Banyak lagi perbelanjaan nak kena tangggung masa akan datang.
Ditambah dengan segala macam barang naik harga, keadaan ekonomi global laaa...
Macam-macam lagi nanti..
Yang saya senaraikan tu, cuma basic2 saja..
Kalau anak orang kaya tu, tak pe.. Mak ayah boleh payung.
Semua yang di atas ini, adalah untuk yang sederhana..
Bukan yang kaya raya.. Anak Dato', Tan Sri, VVIP, Kontraktor kelas A.. bla bla bla..

Kadang-kadang, saya fikir..
Kenapa laaa ada budak zaman sekarang
(bukan zaman sekarang je, zaman saya pun sama je)
bila dapat duit loan, biasiswa, tergamak duk sibuk berjoli..
Shopping mengalahkan orang bekerja woooooi...
Perfume branded, handphone Kelas A (haaaa.. yang beribu2 tau..),
PS2 laaa... baju berpasang-pasang dan sangat-sangat kelas A..
Gadget2 ribuan ringgit yang saya fikirkan tak perlu..
Kalau laptop tu, memang laaa perlu kan?
Ada yang bayar downpayment kereta tuuuuuuuuuuu...

Apa laaa, hilang akai ke apa?
Ingat tu, duit free ke? Duit welfare?
Kena bayar balik laaaaa oiii..
DIULANGI.. kena bayar balik!!!!!
Kalau difikir, lantak korang laaa korang yang bayar..
Tapi, masalahnya sekarang..
Korang boleh bayar ke tak lepas tu?
Mampu ke korang nak harungi semua onak duri cabaran ekonomi ni semua?

Haa... fikir.. fikir... fikir...
Hidup banyak hutang ni "TEKANAN" laaaa...

Seperkara lagi yang buat saya rasa tak patut kadang-kadang tu,
anak orang berkemampuan pun nak apply loan laaaa.. biasiswa laaaa..
Padahal mak pak kerja bagus-bagus, berniaga untung juta-juta..
Setakat nak tanggung anak belajar tu tak de masalah..
Tapi rela laaaa duk suruh anak apply loan segala..

Ye la.. budak biasa mewah ni, kalau berlebih kurang, dia jadi macam tak boleh nak hidup..

Sama laaa kes di kampung suami saya ni,
ada manusia pakai Toyota Caldina tapi duduk rumah PPRT..
Sungguh tak malu, kan?
Takpe, di dunia ni mungkin dia boleh bua muka tebal berpuluh inci,
tapi di 'sana' nanti........................ (sambung sendiri)

Ada juga kes, memang tak mampu..
Sampai duit loan belajar, biasiswa boleh tanggung mak ayah adik beradik lagi...
Sedih tau, bila saya kenangkan seorang sahabat saya ni...
Ayah kerja kilang je.
Di JB.. JB tau..
Kos sara hidup agak tinggi berbanding negeri lain.
Mak dia jaga anak orang je.
Adik beradik 7 orang..
Susah tau hidup dia.
Dia selalu cerita. (bukan nak tagih simpati. Saya tahu laaa sebab dia kawan saya)

Sekarang dia adalah salah seorang kawan saya
yang sangat berjaya dalam pelajaran dan sekaligus dalam kerjaya..
Saya sangat kagum dengan dia.
Sungguh tinggi keazaman
sampai dapat maintain 3.5 above every sem untuk diploma dan degree..
Asik dapat 4 pointer je tetiap sem..
Dapat Anugerah Naib Canselor bagai..
Bangga mak ayah tau!!
Tengok!!!!!!
Dengan sumber yang terhad,
kewangan yang sangat terbatas, dia masih mampu lakukan dengan baik.


Alaaaa hai... panjang pula saya dok membebel hari ini.

Tak de laaa, sekadar nasihat untuk si Icah ni..
dan juga students saya agar lebih berfikir secara matang..
Fikir masa depan yang akan lebih mencabar..
Renungkan kesusahan mak ayah kita berkorban untuk kita..

Untuk yang kaya raya tapi tak sedar diri tu,
renungkan laaaa nasib individu yang kurang berada
yang benar-benar mengharap sumber kewangan
dari pinjaman dan biasiswa untuk ke menara gading..
Sanggup ke kita nak mengambil hak orang lain?
Tergamak ke?

Saya bukan cakap kosang..
Saya bercakap berdasarkan pemerhatian.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Oleh itu, Icah.. jangan lupa menjadi individu yang lebih berhemah ye!
Mak pesan, "Jangan boros!!"

Biasiswa untuk beli buku dan peralatan keperluan belajar!!!!
Biasiswa bukan untuk shopping secara besar-besaran dan berleluasa!!!!
Biasiswa bukan untuk
online shopping secara tidak terkawal!!!!
Kalau nak jugak, tunggu dah kerja..
Aku bayar balik tau duit yuran yang ayah dahulukan tu..

~Mungkin diorang ni tak faham laaaa sebab diorang tak rasa lagi kan?


Wednesday, August 26, 2009

Kisah Ayam Golek di PARAM

Hmmm..

Saya baru masuk opis tengahari ni.
Pagi tadi, saya meneman cik abang saya tu nak ambil pelan di bomba Tganu.
Gigih laaa saya mengikut, sebab kesian kan cik abang pi sorang.
Hari ni kelas pun pukul 2.00 petang.
Tapi, lepas tu ada kelas lagi sampai laaa pukul 6.

Dalam kereta sempat laaaa menidurkan diri buat seketika.
Hahahahha.. Saya memang over mengantuk laaa bulan posa ni.
Tah apa benda tah. Makan makanan dari PARAM kot tuuu yang mengantuk tu?
hahahahha
Nak salahkan PARAM pula, ye?

Semalam, kami beli ayam golek tau.


Lama gilo duk tunggu. Berkepul-kepul asap kami sedut..
Tetiba, orang tu bagi kat orang yang datang kendian pulak.

Cik abang saya dah mula nak naik angin, "Kak, kita tunggu takdi agi (dari tadi)"

Kakak tu pula menjawab, "eh.. dok leh (tak boleha) adik ni mari (datang) dulu,"

Cik abang saya nak berubah air muka..
Haaaa.. dia jenis kalau dia salah tak pe dia diam laaa..
Tapi, kalau orang tak ngaku salah tu yang dia nak mengamuk tuu..

Saya pun ajak laaa cik abang saya balik.
Kang mahu dia terbalikkan meja jual orang tu kang..
Bulan-bulan pusa ni sepatutnya lebih sabar lagi, kan.
Tapi, cik abang saya kan ada penyakit kalau lapar dia cepat merepek..

Lepas tu... suami kakak jual tu panggil.
Dia bagi kitorang dulu ayam tu.
Mungkin kakak tu tak dengar kami order sebab cik abang saya order kat suami dia kot..
Entah laaa..

Ok laaa kan..

Tapi, dia salah bagi.
Kami nak ayam madu.
Dia bagi black pepper..
Tak abis pun ayam tu, buh dalam peti ais..
Sebab nampak macam kurang masak sikit.
Petang ni nak panas kan.

~Sabar je laaa kan di bulan yang mulia ni..
Tahun-tahun depan, kalau panjang umur tak de nye kami nak beli kat situ lagi..

Sekian, wassalam..
Nak p kelas..

Tuesday, August 25, 2009

Kenapa mengantuk ni?

Alaaaa hai.. mengantuknya di bulan puasa tahun ni..
Kurang rasa lapar, tapi mata bertambah rasa mengantuk!
Saya kalau lapar, boleh tahan lagi. Saya masih boleh buat kerja kalau lapar.
Tapi, kalau mengantuk... tak leh boleh blaaaa laa weiii..

Haaaaa.. tidur kang baru tahu!!

Kerja banyak macam na nak tidur?
Tapi tengah menaip pun boleh tertidur!

Alaaa hai..

Eh eh.. tak baik merungut laaaaaaaa!
Nanti kurang pahala puasa..

Ok nak balik masak di pasar! hahahaha

tak de budak kecik pun air tumpah!! Grrrrr....

Haaa... ini cerita basi!

Cerita di hari pertama berbuka puasa tahun 1430H...

Seperti yang diketahui, rumah saya tidak ada budak kecik sama sekali.
Yang ada hanya kami berdua.
Saya dan suami saya yang terchenta itu.
Yang selalu mengaku hensem... ahhahaha

Tak kesah laaaa kan..

Tapi, yang menjadi kesahnya ialah,
kenapa tak de budak kecik kat rumah ni, bila makan mesti ada yang tertumpah..
Tumpah air laaaa.. itu laaaa ini laaa...
Alas meja kena pi basuh seminggu sekali kalau rajin.. hihihi

Peristiwa pertumpahan air di rumah adalah sejarah untuk Ramadhan tahun 1430H ini.
Beberapa saat sebelum azan Maghrib berkumandang,
suami saya seperti biasa telah menumpahkan satu cawan penuh air bandung..
Oh... ho.. oh.. ho..
Habis separuh meja basah kena air bandung sejuk segar yang berwarna pink itu.

Alaaahai abang oi..
Kenapa masa nak makan ni juga laaa
dia nak menyusun bendalah yang ada atas meja tu?
menyusun kotak tisu laaaa.....
susun lada sula laaaa....
susun botol air mineral laaaaa...

Haaaa... kan air dah tumpah!

Saya tengok je laaaa gelagat suami saya yang
terkocoh-kocoh cari kain buruk....
Terkocoh-kocoh nak minum sebab dah azan dah...
nak lap meja....

~menaip entri sambil tersenyum-senyum teringatkan suami terchenta!
Sayaaaaaaaaaaaaaaaang kat dia saaaaaaaangat-saaaaaaaaangat
walaupun dia suka tumpahkan air! =)

Monday, August 24, 2009

Kulit muka kering..

Saya rasa saya silap pilih kosmetik laaa..
Saya kan pakai ST Flawless Set tu, kan..
Dah dekat sebulan ni saya mula pakai semula,
sebelum ni pernah gak pakai tapi tak lah jadi gini.
Ni yang frust ni, baru nak jadi flawless dah macam ni jadinya ni..

Kulit saya menjadi kering ya amat..
Kat dahi, mula-mula macam kasar-kasar, lepas tu menggelupas..
Nampak kulit-kulit tergelupas.. Putih-putih tang dahi..
Kulit memang nampak bersih laa sikit, cerah sikit laa dari biasa.
Bila mengelupas ni yang sangat ketara ni.
Nasib baik tak pedih..
Tapi hanya di bahagian dahi saja.
Ada 2 tompok putih macam nak bersalin kulit tuuu..

Tajam sangat ke gel pembersihnya tu sampai habis menggelupas ni?
Ke sebab saya tak pakai moisturizer cuma pakai sunblock je?
Tapi, kan dia kata tak yah pakai moisturizer sebab sunblock dah ada pelembap..?

Aduiii...

Tak ayu laaaaa nanti di hari raya!!
~kena tenyeh moisturizer bebanyak laaa pas ni.

Kak Ena...
Mana set Centella White ku? Bila nak hantar?...
haaa.. tengok.. saya dah frust, saya terus nak tukar jenama lain!
Habis laa....

Tag: Marriage

Oleh kerana sangat tidak ada masa nak update blog, jadi saya buat entri autopublish ye...
Jawab tag.. Dari siapa? Rahsia!!!

1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya …

sekolah.. hahaha

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…

Suka berborak (mengayat laaa tu). suami saya adalah pengantara antara saya dan seorang lelaki lain yang nak ngorat saya. last2 saya tak jadi ngan lelaki lain tu, tapi makin rapat dengan dia. Tapi rapat kawan sekolah macam mana sangat kan? Takut cikgu marah laaaaaa (habis laaa kalau ada cikgu saya yang baca blog saya).. hahahahhah


3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …

tangga.. tangga kat Pulau Kambing ... Kat mana? hehehhe tak yah lah cerita...

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
"Saya ni, sebenarnya dah lama suka kat awak..." kah kah kah .. nak tergelak je bila ingat semula!! tak padan ngan bebudak, pandai nak mengayat.. saya mula-mula ingatkan cinta monyet laaa... tapi kawin juga saya ngan mamat ni akhirnya!


"Jom, kita kahwin nak?" eh.. ye ke? tak ingat laaa.. AHAHAHAHAHA

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Lebih kurang 9 tahun.

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
1 tahun 5 bulan lebih laaaa


7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
yang terbaru.. harijadi saya 11 Ogos baru ni. Terkejut gile... Yang biasa-biasa tu, tak selalu sangat laaa.. Tapi, bila sesekali dia buat kejutan, macam nak menangis den dibuatnya
.

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …

Membina keluarga yang bahagia dan hidup sederhana.
Ayah saya kata, kalau hidup mewah sangat, dalam tak sedar nanti jadi riak, nanti lupa mati..Ada anak 2-3 orang pun cukup.. Syukur Alhamdulillah...

9) Bagaimana dia melayani karenah anak2?

belum ada anak lagi laaa..


10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
.
Baik-baik saja....

Saya nak tag..
Ena ibu Umairah..
Ayu ibu Aqil Hamam..
Kak Eila..
Has.. (kenapa has dah merajuk tak nak update blog? sedih tau...)

Kalau u ols belum buat lagi, buat laaaa..
Kalau tak nak buat pun takpe..
Saya tak kesah..


Tertidur.....

Hahahha.. tadi masa kat kelas, suruh student buat soalan tutorial, discuss in group..

Lama nya masa berlalu..

Tunggu punya tunggu..
Tak sedar buat muka ngantuk dalam kelas..

Sekali student cakap..

"Eh.. cepat laaa buat... Cik dah mengantuk dah tu.. Nak balik tidoo...."

Hahahahahha.. Malu laaaaa saya dibuatnya!

Terasa macam Cikgu Shaari dalam Masam-masam Manis lak.


Alaaa.. Drama P.Ramlee yang dia kawin dengan jiran sebelah bilik dia tu.
Lepas tu, dia malam-malam kerja overtime, lepas tu dalam kelas mengantuk..
(saya pun 'overtime' malam tadi)

Tak ingat?
Haaaa...
Remember this qoute
"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"

"Cikgu suka main bola.
Hari-hari cikgu..... tido... Cikgu sudah tido, mari kita main... horeyyyyyy!!!"

Dah ingat?
=)

Baru dua hari puasa kan?

Brupppp.. alhamdulillah..
Sahur pagi ni, masak nasi goreng bubuh kerang.
Macam tak sedap sangat sebab cili api tak dok.
Nak petik kat belakang, eeeee.... tak kuasek nak keluar pepagi buta..
(sebenarnya takut gelap.. hahahahhah)
Semalam kan saya tak sempat update blog.
Ada meeting nak kena attend laaa waktu tengahari.
Lepas tu, kelas laaaaa..
Student nak jumpa laaa..
Maklum laaa dah lama cuti, student pun ala-ala macam rindu kat saya..
ahahahahha.. (poyo jek ayat)
Tak de laaaa... kerjaya kan lebih penting. Itu amanah kan...

Keluar dari meeting room semalam...maksud saya pada 2 Ramadhan 1430H..

"Kito poso baru duo hari dok?" my boss tanya.

"A'ah.. Kenapa boss?"
saya ala-ala confuse.. Boss saya dah lupa ke baru dua hari puasa?
(mati laaaa kalau boss saya baca blog saya)

"Bakpo kawe kelih demo kuruh doh lo ni?"

"Eh.. tak de laaa....." ~ek eleh.. padahal suka..

Masa nak naik tangga,
"eh, ain.. akak tengok ain macam dah slim sikit. Nampak macam seksi sikit.."
~ aik? sikit-sikit je ke, kak? =p

"Eh, tak de laa kak... Biasa je laaa..."
~lari-lari sikit naik tangga sebab dah lewat nak pi kelas.
Orang lain bulan puasa balik 4.15 petang, saya pula boleh kata tetiap petang ada kelas..
Adooooi... takpe, boleh pi kerja lewat sikit..

Masa saya tengah kunci bilik nak pi kelas, seorang lagi bertanya....
"Kita puasa baru dua hari kan ain?"

"A'ah..."

pertanyaan seterusnya, biar lah rahsia (sambil nyanyi macam Dato' Siti Nurhaliza)
~lalalalalalalalalalalalalalalalalantak laaaaa orang nak kata apa pun kan?
Yang penting kita happy.....! (sambil nyanyi macam Amy Mastura pulak)


Ada beberapa entri saya dah autopublish untuk hari ni, esok dan lusa..


Dah..
Nak kejut encik suami.
Dia bangun sahur tadi, merah-merah bijik mata sebab mengantuk!
kemudian
nak solat subuh dan mengaji...

Tata..

Sunday, August 23, 2009

HTS

Hari ini adalah Hari Tak Sempat (HTS)..

Haaaa...
Jadi, tak sempat laaaa nak update blog hari ni.
Kerja banyak membukit.
Student berderet menanti giliran untuk consultation.
Haiiii.. kalau charge consultation fees, kayoooo makcik ni tau!

Sorry..

Selamat Berpuasa.

~terlajak tidur pagi tadi.
Tak sempat sahur.. (HTS)

Saturday, August 22, 2009

Berjaya!!

Oleh kerana saya adalah seorang yang agak malas,
saya ala-ala malas laaaa nak bangun sahur pagi tadi.
Masa saya tak kawin lagi, saya bangun makan je.
Itu pun kalau saya bangun la.. Kalau idak, idak le...
Tak tolong pun mak masak.

Masa kat rumah pak mertua tahun lepas,
hari pertama kedua je saya bangun.
Lepas tu, ahahahhaha tak de nye saya bangun sahur.
Selamba je dok kroih.. kroih dalam bilik.
Apa daaaaa? Menantu ke hantu ni?
Itu sebab laaa saya fikir adalah lebih baik
kami suami isteri tinggal di rumah sendiri.
Ye laa.. orang tua kan?
Mana dia gemar kan pe'el menantu zaman sekarang ni.
Pulak tu, jenis menantu selamba macam saya ni.
Lama-lama duduk rumah dia,
mahu berbulu bijik mata dia menengok nye
kan kan kan..
Untuk menjaga kesihatan mata pak mertua saya,
lebih baik kami pindah saja.
Ok..
ini adalah tahun pertama berpuasa direct di rumah sendiri.
Oleh sebab itu la, dek mengenangkan suami saya, saya gagahkan jua.
Saya dah bermalas-malasan dah ni,
tapi saya dengar suami saya bangun dan minum air kosong je..

Alaaaa.. kesian kan?
Saya dah pesan kat dia sebelum tidur,
kalau nak makan kejut laaa saya.
Saya masak.
Tapi, saya tahu.. suami saya memang takkan kejut sebab
dia kesiankan saya yang penat
dia pun malas nak kejut si isteri yang malas...
hahahahhaa..

Saya bangun laaa..
Tak sampai hati ooooo nak biar suami minum air kosong je.
Kurma pun tak de sebab tak ingat nak beli.
Dengan mata yang mengantuk, masak air.
Ambil mug, susu, tunggu air masak..
suami saya bancuh milo.. hahaha
Suami saya ambik daging burger 2 keping,
saya yang bubuh atas non-sticky pan.
Beberapa minit je.
Tak sampai pun sepuluh minit.
Sudah masak..
Cari timun, tak ada.. Haaa.. lupa beli laaa tu..
Ambik sos dalam peti menuju ke meja makan.
Tetiba je datang mood nak makan.


Lepas makan gosok gigi (weii.. kena bagitau ke yang ni?)
Suami saya ajak sembahyang subuh sesama.


Berjaya juga bangun sahur!!
Yes.. Yes.. Yes..!!!

Saya berjanji pada diri saya sendiri!
Saya akan cuba bangun sahur tiap-tiap hari untuk Ramadhan kali ini.
Ye la, mana laaaa tahu kan?
Kalau-kalau Ramadhan tahun depan saya tak sempat lagi berbakti kepada suami.

~nak tengok gambar?
hahah tak de maknanya sempat nak ambik gambar.
Sempat bangun makan sahur pun dah kira bagus laaaa... hahahaha

Friday, August 21, 2009

Celcom Broadband gile...


Saya memang layan Internet malam-malam dengan
celcom broadband office
suami saya.
Bukan disalahguna tau.
Ini celcom broadband kan bayar RM68.
Guna banyak mana pun banyak tu la jugak kena bayar.
Tak de laaa rugi company kena bayar RM68 tapi penggunaan sekadar hantar email je kan?
hahahahhahah fully utilized tuuuuuuu..
So, bukanlah menghabiskan duit syarikat atau apa pun kan..
Lain laaa kalau bayar ikut penggunaan.

Haaa..
saya bengang sebab line celcom broadband kat sini
lambat macam siput sedut patah kaki.. (siput sedut ada kaki ke?)

Saya boleh update blog...
Tapi, kalau nak masuk gambar, kena resize baru laju sikit dia upload.
Itu pun laju macam keretapi kat zoo negara tu..
Boleh lagi tengok binatang keliling..
(ada kena mengena ke?)

Lepas tu satu masalah yang menyakit hati saya ialah,
kalau nak komen blog orang ke, reply komen ke.. bila nak publish je tak boleh..
Connection interrupted laaaa apa laaa..
Menyakitkan jiwa je..

Tu laaaa kalau saya tak tinggal komen kat entri u ols bukan sebab saya tak baca tau.
Kadang-kadang tu dah taip komen berjela,
tapi tak boleh publish sebab celcom broadband buat perangai gile tuuu..
Kadang-kadang tu dia buat mereng dia, dua tiga kali di publish..

haduii laa...

Sabar saja lah, kan...
Nasib baik tak yah bayar bil bulan-bulan.
Kalau tidak, mahu je ku letup kan apa yang patut.

~Garangnya.. sikit-sikit nak meletup orang.
Dah macam Nordin Mat Top dah gayanya..
(Macam sesuai je nama dia kan? Nordin Mat Top.. Nordin Mat Letup)
hehehe

Tabah nya!


Sekarang, di TV3 ada rancangan Dalam Kenangan.
Rancangan khas memperingati Ustaz Asri Rabbani..

Rilek je dengar isteri dia cerita detik-detik akhir.
Betapa tabah nya dia kan.
Dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu.
Kehilangan suami yang dicintai.....
Kena jaga 'amanah' yang masih kecil seorang diri.

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji dengan ujian dan dugaan
yang tidak mampu ditempui oleh hamba-Nya.

Saya pula yang sedih.
Saya pernah jumpa Ustaz Asri di perkarangan Bazar Ramadhan di PKNS Bangi.
Masa tu tunang saya berniaga sempena bulan Ramadhan rasanya 3 ke 4 tahun yang lalu.
Saya menepek di gerai dia laaaa..
Arwah seorang yang ramah dan sentiasa tersenyum...!

Tiba-tiba rindu nak dengar suara Ustaz Asri
mendendangkan 'Intifadah' dan 'Pergi Tak Kembali'...


Semoga Allah memberi kekuatan kepada
isteri beliau untuk mengharungi dugaan ini.

Semoga Allah merahmati arwah di sana.
.......Al-Fatihah........

~taip entri sambil menitis air mata...

pict: from google

Jemputan Majlis Perkahwinan

Ye ye.. tau.. semua dah bosan bila saya cerita pasal kebun saya kan kan kan?

Sorry laaa, bukan niatku nak buat dirimu bosan..
Ok..

Saya nak ambil kesempatan ni, untuk menjemput kalian semua ke majlis kenduri kahwin.
Majlis ini InsyaAllah akan dilangsungkan di rumah abah @ pak mertua saya pada 24 September 2009.

Dah tiga tahun berturut-turut dah rumah abah ni ada kenduri kahwin.
Haa... biasa laaa kan.. Dah musimnya.
Bila anak-anak kecik, sibuk anak nak periksa UPSR laaaa.. PMR laaa.... SPM laaaa...
Anak nak konvo laaaaa.... Duit mak pak abis pada anak nak belajar laaaa...

Bila dah besar, anak dah kerja setahun dua,
haaaaaaaaaaaaa..
mula laaa mak pak risau nak cari duit sebab nak kahwinkan anak pulak.
Memang laaaa anak-anak ada kerja sendiri dah, tapi.. baru-baru kerja, mana laaaa nak ada duit sangat..
Kalau tak dengan pertolongan mak pak, tak dapat laaa nak buat kenduri ajak sekampung kan.

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada mak pak saya.. Encik Ammran dan Puan Masnah... yang telah bertungkus lumus menjaga saya dan kemudiannya memperuntukkan sejumlah perbelanjaan untuk melengkapkan majlis perkahwinan saya. Oh, tanpa mereka siapa laaaa saya..

Pertolongan dan ihsan mak ayah laaaa saya atau lebih tepatnya kami suami isteri tidak perlu menanggung hutang selepas kahwin.
Hutang pinjaman peribadi ke.. apa ke.. tak ada..
Selesainya majlis perkahwinan itu, selesai segalanya.
Mak ayah kata, hidup lepas kahwin adalah yang lebih penting.

Mak ayah juga laaaa telah berusaha semahunya untuk memastikan saya belajar dengan dana yang tidak perlu dibayar kepada PTPTN...
Saya sangat bersyukur sebab tak payah fikir berapa banyak duit gaji saya yang perlu saya tolak untuk bayar PTPTN atau MARA atau apa saja pinjaman pelajaran.
Saya bersyukur sebab boleh belajar rajin-rajin, pointer ok dan kemudian dapat biasiswa..

Aduilaaaa..
kalau nak fikir, kalau nak berkira jasa mak pak kita kepada kita memang tak terkira kan.
Tak terkira dan tak tahu macam mana nak balas.
Mungkin tak terbalas.

Saya sentiasa berdoa agar Allah murahkan rezeki saya,
untuk saya lebih berbakti pada mak ayah saya....

Aih...
Saya nak jemput datang kenduri kan tadi?
Melalut lak sampai mak pak..

Ok laaaa..
saya jemput laaa datang ke sini hari raya nanti..
Kalau tak datang pun saya faham..
Bukannya dekat kan?

Ok.. tata.. nak masak pulak ni..

Sudah bercambah

Sejak ada tanaman ni, saya menggelepar nak balik awal.
Tengok.. Belum pukul 5 lagi dah balik..
Pedulik laaaa, masa kerja fleksibel kan?
Esok dah mula puasa, kelas-kelas malam nak anjak ke petang laaaa,
itu pun kalau ada hari yang student free dan ada kelas kosong..
Kelas akan cuba diselesaikan sebelum pukul 6 petang.
InsyaAllah laaaa, kalau tak ter membebel dua jam direct!

Tanaman saya sudah menampakkan tunasnya..
Ini adalah tanaman untuk suka-suka ye. Bukan untuk dikomersialkan.
Kang ada pula si Zura tuuu suruh saya jadi petani jual sayur kat pasar.. ahahhahah

Sawi..
Macam mana nak jarak-jarak kan sawi ni?

Kangkung..
Kunyit..

Petola dan kacang panjang macam tak menjadi je.
Jadi malas nak ambil gambar. Batas kosong je pun..
Tapi, suami saya kata mungkin masih terlalu awal...

Thursday, August 20, 2009

Esok tak puasa lagi!!!


Wah..
penyimpan mohor-mohor besar dah isytiharkan puasa
adalah pada Sabtu nanti..

Saya dan suami mengambil kesempatan ini
mengucapkan
Selamat Berpuasa semua.....


Puasa Tahun Ini

Lagi dua tiga hari dah nak puasa dah.
Ini entri autopublish laaa..
Jadi, mungkin masa entri ni dah publish,
dah masuk bulan Ramadhan pun
Tahun ini adalah tahun kedua saya
berpuasa jauh dari mak ayah..
Aishhhh.. haaaa.. kena terima hakikatlah.
Kamu tu dah kawin..
Kena laaa duduk dengan suami.

Masa cuti panjang baru ni,
suami saya kata kalau nak balik Serdang pergi laaa..
Saya tak nak laaa sebab 'tak nak berpisah'.. hhahahah
Ayat mak saya, "Tak payah laaa balik. Duduk je rumah tuuu jaga laki kau!"
Hahahhahha
Suami saya memang tak hot laaa kalau kurus..

Puasa kali ini adalah
puasa yang setiap hari saya akan berbuka dengan suami.
Tahun lepas kan, kami PJJ.

Menjadi single di hari kerja dan
menjadi tidak single bila tiba hari minggu.
Ahad-Rabu... berbuka dengan keluarga suami.
Khamis-Sabtu baru la suami balik.
Tahun ni tak PJJ lagi..
hehehhe.. Suka laaaa kan..
Alhamdulillah..

Disebabkan tak de gambar apa nak bubuh,
sengaja saya bubuh gambar lama-lama saya dengan suami.
Masa ni belum kahwin lagi tau..
Muda belia lagi.
Ambil gambar pun segan-segan uuuuu..
Hahha... Maklumlah, tak mau batal wudu'!


Wednesday, August 19, 2009

Gambar dulu-dulu

Lawatan ke UiTM Dungun
Apasal saya buat tangan gitu, saya pun tak ingat dah..
Saya rindu kan kawan-kawan.
Saya juga rindukan kekurusan badan saya di waktu itu..
haahhahaa

Ini masa ada aktiviti dengan JPA Terengganu..
Saya suka sangat gambar ni.

Gambar ni masa atas kapal di Perlabuhan Kuantan.
Lawatan melihat bagaimana sesebuah kapal menjalankan operasinya.
Walaupun masa ni tak de laa faham sangat.
Tapi syok sebab boleh posing atas kapal.
Muka sangat gelap sebab sebelum tu
berjemur tengah panas masa aktiviti dengan JPA.
Bersama Zura..
Roomate masa di UiTM Shah Alam
Gambar ni masa Zura dapat cabutan bertuah.
Majlis apa? Tak ingat dah..
Sekarang, Zura sudah pun bergelar Akauntan..
Dengan housemate lagi..
Banyak tau gambar kami bersama.
Dari kamera saya boleh guna, sampailaaaa kamera saya rosak..
hahahahaa
Meluat agaknya kamera tu nak ambil gambar kami saja.
Ini masa kat Terengganu.
Lawatan masa sem 5 kot.
Nak naik bot tu, tapi, semua takut mabuk..
Hahaha.. tah apa-apa laaa..
Semua ni housemate masa di UiTM laaa.
Saya.. Yanti (planner di JB), Erni (businesswoman), Mashitah (lecturer UiTM)

Yang ini, gambar masa Farah bertunang.
Farah.. Dayah.. Ikin dan saya..
Masa ni saya sudah bekerja.
Sekarang, Farah dah pun kahwin dan nak dapat baby dah.

Ini rakan-rakan masa saya mengajar di tadika.
Wani (lost contact tapi saya harap dia juga telah berjaya mencapai cita-citanya)
Kak Ena (masih setia berbakti di tadika tersebut)
Kak Siti (mengikut suami ke Mesir)
Kak Zai (sedang melanjutkan pelajaran~KPLI)

Ini pula, anak murid di tadika.
Kalau tidak silap perkiraan, mereka semua ni dah darjah 5.
Tapi, masih ada yang ingatkan saya.
Kalau saya pergi ambil adik saya di sekolah rendah..
ada yang tegur..
"Ni Cikgu Ain ye?" ~ hehehhe .. sayang sangat kat diorang ni semua!~Walau apapun, hidup mesti diteruskan.
Kenangan dan memori indah waktu dulu
akan tetap tersimpan molek di lipatan hati..

Hahahah.. Apesal ayat saya jadi macam ni?
Layan je laaa ye...