Pembaca Blog Ini...
Saturday, October 31, 2009
Segar dari 'ladang'..........
Apa?
Awal-awal bulan memasak di rumah?
Hahahah..
Takpe laaaa, janji cik abang sayang.
(Ada kena mengena?)
Hari ni, sayur-sayuran
adalah dari kebun kecil di belakang rumah kami.
Ingat lagi tak yang kami ada kebun kecil comel cute di belakang rumah?
Ye lah, dah lama sungguh
tak buat entri pasal kebun tersebut kan?
Sebenarnya,
Ianya sudah membuahkan hasil.
Sebenarnya dah banyak kali petik cili.
Serai pun banyak kali.
Malas nak cerita je..
Hahaha (ayat macam nak berlagak lak kan? hihihi..)
Hari tu, baru bercambah kan?
Kali ini, sawi dan kacang panjang dah boleh dipetik.
Friday, October 30, 2009
sok sek sok sek... hachum.. hachum..
Semua dalam rumah ini adalah selsema...
Kat sini sekarang dah nak masuk musim tengkujuh, maka...
bertambah lah sejuk..
Aktiviti hari ini......
Saya sudah berjangkit selsema dengan cik abang saya.
Sebab apa berjangkit?
Haaa.. soalan senang je tu.
Jawab sendiri laaa ye..
heheh
(Mungkin juga ini lah balasan mengejek suara suami menjadi seperti bapuk)
Hari ini half day.
Ingat tengahari nak pi beli barang dapur
dan amik baju mak kat tukang jahit tu.
Tapi, sebab dah tak boleh blah punya
pening kepala,
tekak sakit,
hidung rasa panas...
Haaaa.. simptom orang nak kena selsema kan.
Pagi tadi ada majlis anugerah pelajar cemerlang.
Dalam dewan, saya dah pi menyerah diri duduk bahagian depan.
Jadi, nak keluar cepat tak boleh laaa.
Nampak macam tak sopan kan.
Kalau duduk belakang lain kira kan...
Makanya, berair-air mata ku menahan pening kepala.
Saya memang kalau pening kepala ke sakit kepala ke mata berair.
Sampai kawan saya tanya,
"Terharu ke kolej nak buat library baru?"
Mengong je kan soalan tu. hihi..
Tak de kena mengena langsung!
Kalau dia kata terharu sebab student saya dapat anugerah, boleh tahan jugak laaa..
Kawan saya tu memang lawak.
Hari tu, dia call suami dia ke siapa tah. Dia tanya "Kat mana tu?"
Orang tu jawab, "Atas kenderaan ni,"~maksud orang tu dia tengah drive laaa..
Kawan saya tu balas balik, "Mujur atas kenderaan, kalau bawah kenderaan?"
Mengong kan... hahahah
Eh.. tercerita pasal kawan pulak ek?
Ok.. sambung balik..
Lepas majlis tu, saya terus je balik rumah.
Rehat-rehat terus tertidur. Pukul 4.00 petang baru bangun.
Haaaaa.. lama ahkak tidur kan?
Saya kalau dah pening ke apa ke kena tidur je terus.
Tak boleh fikir benda lain dah.
Kalau kena fikir juga, jadi macam Ena hari tu.
Sampai saya tak kenal Ena yang mana..
Sebut Umairah baru laaa ingat.
Suami saya tanya larat ke nak pi beli barang dapur.
Saya pun larat laaa kan.. Hahaha.. dah tidur, dah tambah tenaga.. Terus ok sikit.
Lepas tengok Sumpah Bunian (biasanya kami tengok ulangan sebab petang kan tak sempat)
terus je gerak pi beli barang dapur.
Makan makan dulu sebab dah lapar nak mati.
Hehe.. kebulur tau.
Sebab pagi tak makan, tengahari makan sikit je nasi ayam
lepas majlis anugerah cemerlang tu.
Beli barang dapur, beli jugak hadiah nak bagi kat student tu.
Haaa... apa hadiah nya? Biar lah rahsia... Mengada kan?
Cadangan u ols semua best2.
Terima kasih laaa sebab sudi bagi cadangan.
Sekurang-kurangnya saya tak buntu laaa memikirnya kan kan kan..
Saya macam nak beli semuanya.
Beg, pen, bangle, tudung, brooch, shawl......
Cik abang nye cadangan: ubat kurus.. Mengong jek..
Tapi.......... bila nampak satu benda ni, terus hati tertawan.
Eh...... nanti laaa saya upload gambar nya.
Dah malam ni, kena tidur awal.
Esok nak teman cik abang pi Kuantan.
Cik abang kena pi jumpa bos dia.
Kalau idak, nanti dia kena handle next project kat Penang.
Kalau boleh, tak nak duduk jauh2 dengan cik abang lagi.
Tapi, kesian cik abang.
Kalau dia tak pi Penang..
Dia kena handle 4-5 projek sekaliguuuuuuuuussss di sekitar Terengganu.
Tentu dia penat...
K laaa.. malam dah ni.
Esok-esok saya update lagi ye..
Bubui..
Thursday, October 29, 2009
Apa nak bagi ye?
Sila ke bawah untuk entri baru ye..
lulus dengan cemerlang
masa midterm exam baru ni.
Jadi, saya rasa adalah patut
untuk beri sesuatu buat dia.
Semoga dia lebih struggle untuk final kan?
Selain buku......
Apa agaknya hadiah yang sesuai untuk dia ye?
Dia adalah pelajar perempuan.
Cadangan, plssssss....!!
Saya amat hargai kerjasama u ols semua..
Terima kasih daun keladi.
=)
Wednesday, October 28, 2009
Entri Caca Marba (Kenapa Caca dan Marba ye?)
Hari ini adalah hari yang sungguh bosan.
Kerja dah beres..
Marks semua dah publish kat student.
Ada yang .....
"Alaaaaaaaaaaaaaa.. cik kenapa sikit?"
~eh.. ko yang jawab lebih kurang.. ko nak tanya aku lak kenapa sikit...
"Alaaaaaaaaaaaaaa.. cik.. tambah lah lagi sikit..!"
~ambil pen ni haaa...
pi tambah berapa ko nak..
tapi kat kertas tu je laaa..
kat rekod saya no additional marks...
"Cik berapa lagi nak lulus ni cik"
~kira sendiri.
"Cik.. final nanti.. bla bla bla..."
~Serius... memang macam-macam ye.
PENULISAN
Editor dah email, tanya peratusan royalti laaa apa laaa..
Wow.. wiiiiiiiiii.. junior juice! ~tetiba
Royalti?
Bila nak approve sinopsis baru ahkak ye agaknya. Hihihi
SUAMIKU SAYANG
Cik abang saya masih belum baik selsema batuk lagi.
Suara dia pun dah berubah jadi ala-ala bapuk dah..
(hahahha.. sorry bang.. i'm telling u the truth)
Semoga cik abang saya
Mak saya sakat cik abang.
Mak kata cik abnag rindu kat abah dia laaa tu.
Dulu pun masa abah dia pergi Mekah pun dia demam.
Eleh, tak nak mengaku yek!!
Agak-agaknya kalau dia rindu kat saya, demam tak dia?
Wallahualam.. =)
KELUARGA
Mak call petang ke malam semalam (tak ingat),
mak kata, raya haji nanti tak payah balik Serdang.
Sebab mak ayah dan adik2 mau beraya di rumah kami.
Macam pelik saja mak pak beraya rumah anak.
Sebenarnya, ayah nak balik rumah mak dia (nenek saya) di Kelantan.
Dah lama oooooo tak balik.
Cik abang saya sendiri, tak pernah pun pergi rumah nenek saya di Kelantan.
Seingat saya, kali terakhir saya jumpa nenek,
masa kenduri sambut menantu di rumah abah.
Kedua terakhir, masa saya bertunang.
Masa tu, nenek pesan...
jangan pakai mekap-mekap masa bertunang ke kahwin ke..
Siap bagi ayat Surah Yusof.
Nenek kata lagi, tak yah buat hantaran semua ni..
Membazir...
Nikah je yang wajib.
Hehehe..
Kalau nenek datang masa kenduri kahwin saya
harus lah dia merepek pulak pasal bersanding semua ni kan.
Pepaham laaa orang tua..
Tapi, saya tak pernah bersanding ye.
Tak kuasek saya..
Hahaha.. siapa yang suka tu, tak pe laaa kan.
Tapi, saya tak suka. I't really no me okay..!
Pelamin je ada untuk ambil2 gambar.
Mak saya buat sendiri yang simple-simple je.
Sepupu saya pernah kena sound tepat ke muka nya..
"Kulit muka nak jaga, tapi aurat tak nak jaga!"
Ada lagi satu pesanan....
"Long, jaga badan sikit badan tu Long..
Tapi, kalau dah keturunan nak buat macam mana kan"
~nada tak boleh blah.
Saya senyum je.
Sebab?
Pengantin kan, mesti laaaa senyum.
Kalau ahkak bukan pengantin hari tu, sudah tentu ahkak jawab begini,
"Bukan Along minta makan dengan sesiapa pun... Ada masalah ke?"
But, TQ for my dear sister yang tolong ahkak jawab kan di hari itu.
Sila jangan salahkan keturunan saya ye.
Kalau saya gemuk ke apa ke,
bukan salah keturunan saya (saya tau dia nak kata mak saya).
Itu adalah salah saya yang tak jaga makan.
Bukan salah mak saya walaupun memang mak saya masak sedap..
Tapi bab gila Internet ni, memang penyakit keturunan.. =)
Hahahhaha..
Sabo je laaaa kan..
Orang tua memang begitu.
Kita kena dengar je laaaa apa yang dia nasihat kan.
Tak yah pikir sangat cara dia sampaikan nasihat itu.
Aish..
teeeeeeeeeerrr panjang pulak bebelan saya, ye!!
hehe
Shoutmix dan lalat.Lalat dan shoutmix.Shoutmix dan lalat.Lalat dan shoutmix.Shoutmix dan lalat.Lalat dan shoutmix.(eh! Berapa kali mau ulang?)
Saya menyampah dengan lalat.
Guest laaa Anon laa apa laaaa...
Ish.. ish.. kata-kata nya menyakitkan hati..
Pesanan 18SX pun ada ok!
Ada kata-kata yang mencabar kewibawaan sebagai seorang wanita (hahahaha)
Sampai nak bergaduh laki bini pun ada tau.. (hahaha.. tak lah.. reka je ni)
Sibuk oooo kacau hidup gue!!
Saya rasa cik abang pun sokong saya buang shoutmix tu.
Saya tahu, siapa orang itu.
Orang itu adalah orang yang sama berdasarkan IP no. dia...
Dia sakit hati oooo sebab saya tak reply msg dia.
Dia sakit jiwa sebab saya tidak membalas cintanya.. (hahahhaha.. reka lagi ni)
Oklaaa.. form today onwards.. u ols can just leave message on the entri laaa..
Kalau yang tak de blog, dan selalu dok tinggal pesanan kat shoutmix tu, maaflah....
Sila laaa komen kat entri laaa jugak ye sebab saya dah unlock message untuk yang tak de blog.
Saya hanya akan publish komen yang membina ye.
Bukan apa, saya tak nak lah pembaca blog saya yang budiman, akan terpengaruh dengan anasir-anasir yang tah apa-apa yang ditinggalkan oleh Anon jahat.. hehehe
Kalau ada jugak yang tak pueh hati ngan saya.
Tertanya-tanya di dalam dada, kenapa laaaa komen dia tak di publish..
Sila email saya di norainiammran@yahoo.com
Yelah, di alam cyber ni, even di dunia ni macam-macam orang ada kan.
Jadi, saya pandai-pandai nak mem blog kan,
saya kena pandai-pandai laaa atasi masalah ni semua..
Kalau tak nak dihinggapi lalat, jangan nak ber blog.
Sama lah seperti, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pandai.
Whateveeeeeeeeeeer..
~tata..
Tuesday, October 27, 2009
Panas.. panas.. masih lagi panas.. (nyanyi macam lagu Ifa Radziah ok?)
Pendek kata, dalam bulan raya dan bulan lepas-lepas raya ni laaa..
Sejuk je... nyaman je...
Sedap je kan duduk di office.
Kerja pun tengah banyak ni.
Maklumlah dah nak akhir-akhir sem ni kan..
Hari ni terasa ayu terlebih.
Kami berdua pakai baju kurung lengan puff2 tu..
Alaaaa.. macam Dato' CT tu.. (tapi, idak laaa hingga terasa macam Mrs Dato' K)
Saya pakai warna purple, dia pakai warna biru laut..
Sungguh ayu..
Biasanya, kalau kami pakai baju ala-ala panas ni kan, mesti aircond buat hal.
Tak tahu laaa kebetulan ke apa kan..
Boleh kata selalu jadi gini. Kalau sekali boleh kira laaa kan..
Ini idak....
Bila pakai baju macam ni, aircond rosak..
Bila pakai baju macam ni, aircond rosak..
Bila pakai baju macam ni, aircond rosak..
Bila pakai baju macam ni, aircond rosak..
Bila aircond rosak, pakai baju macam ni..
Memandangkan aircond macam dah elok dua tiga minggu ni kan,
saya dengan officemate pun confident laaa
nak pakai baju yang ada inner-inner dalam nya.
Sekian lama tak pakai baju tu sebab takut aircond buat hal.
Kalau aircond gile, alamatnya basah lencun laaaa segala mak nenek 'puff' kan..
AHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA (apehal pula gelak besar ni.. tolong sopan sikit)
Ceh.. apa?
Rupa-rupanya sampai office , cissss... panas..........
Aircond tak leh buka..
Lampu pun tak leh buka..
Orang tengah buat wiring....
Nasib baik laaaaa pc boleh on. Kalau tidak, ada yang aku balik rumah awal.. ahahha
~saya ni dah angkat semua dah ni..
Inner ke hape ke semua dah tiada maknanya!!
Diulangi.. TIADA MAKNANYA!!!
Kain pun dah terangkat separuh dah ni..
Nasib baik laaa bilik ni boleh kunci..
AHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA (apehal pula gelak besar ni.. tolong sopan sikit)
orang sedang panas tidak faham apa erti sopan.
(ini baru panas di dunia kan?)
Tangan comel kah?
"Cik, tangan cik comel!"
"Ape?"
"Tak.. tangan cik comel.. jari bulat-bulat!"
Budak-budak ni.
Tetiba je tegur pasal tangan saya yang sememangnya comel ini.
Tapi saya dah biasa dah dengan kata-kata itu.
Memang selalu sangat orang tegur tangan saya.
Bulat-bulat dan gebu-gebu..
Walaupun masa saya kurus dolu-dolu,
tangan saya tetap comel dan jarinya bulat-bulat..
Saya suka tangan saya.
Sebab ia banyak berbakti.
Berpuluh tahun saya gunakan tangan saya ini.
Tak payah lah disenaraikan kegunaan tangan kat blog ni kan.
Melebih-lebih laaa pulak.. hahaha
Tapi, kerana tangan saya inilah
suami saya terpaksa membeli cincin saiz besar.
(lebih besar saiznya, tentu lebih mahal harganya)
ahhahahaha
Kalaupun satu hari nanti,
saya ditakdirkan menjadi kembali kurus dan langsing
rasanya tangan saya akan tetap seperti sekarang.
Ciri-ciri ini adalah diwarisi dari emak.
Terima kasih Allah sebab bagi tangan yang comel kat saya!
Alhamdulillah..
Siapa tak risau kalau suami batuk berdarah???!!!
Bila ajak pi klinik, dia tak nak..
Dia kata, "Pergi laaa kelas dulu.."
Apa kena mengena pergi kelas dengan pergi klinik??
Menyampah tau!
Kalau kita sakit, sejam 48 kali dia suh pergi klinik.
Kalau dia sakit???
Siap lah dia petang nanti.
Saya nak suruh dia pergi klinik.
Saya nak ulang ayat mengajak ke klinik
200 kali dalam seminit.
Sunday, October 25, 2009
Saturday, October 24, 2009
.sepuluh.sebab.mengapa.kami.suka.pantai.
2-di pantai boleh menung-menung pandang laut
3-pantai ada pasir putih
4-pasir pantai bersih
5-ada 'durian kecik' atas pasir pantai
6-pasir pantai boleh main tanam-tanam kaki
7-pantai ada tapak sulaiman
(kenapa namanya sulaiman ye?)
10-pantai adalah pantai, bukannya jalan raya (heheheh)
Terima kasih Allah, sebab jadikan pantai untuk kami..
Subhanallah.........
Friday, October 23, 2009
Haji.. Haji.. Haji Mustafa
sebab nya kerja masih belum siap.
Soalan exam untuk final sangat kritikal.
Saya tak nak buat susah sangat, tak nak buat senang sangat.
Nak fill in Jadual Penentu Ujian tu, sangat menyusahkan..
Tiba-tiba macam rasa buat soalan exam ni,
lagi susah dari menjawab soalan exam.
hahahah
Sebenarnya, semalam saya tengok drama Qalesya.
Kelakar sungguh tengok budak kecik ni.
Tak tahu nama sebenarnya.
Tapi, dalam drama tu dia jadi Mustafa.
"Bukan sekali, tapi tiga kali..
Haji.. Haji.. Haji Mustafa...."
Hahaha..
Buat adik-adikku (rumah mak ayah tak de Astro)
Ini lah Haji Mustafa yang diminati oleh Naim.
Hari tu masa datang rumah saya,
duduk 5 hari je dah terpengaruh dengan Haji Mustafa ni.
Siap minta mak belikan dia kopiah lagiii..
Thursday, October 22, 2009
MEMANG SUSAH BETUL NAK NAMPAK CANTIK DI MATA SUAMI.
Saya kan pernah cerita, cik abang saya beli ini untuk menghilangkan kekusaman kulit.
Kemudian...
Saya kan juga pernah cerita, lepas saya guna produk kulit kusam,
saya menghadapi masalah kulit kering pula..
Saya kan pernah cerita, saya beli produk untuk cuba mengatasi masalah kulit kering tersebut.
Haaa..
Ini saya nak cerita...
Saya guna Garnier ni tak sampai sebulan kot.
Suami saya telah tegur.... "Ya Allah... banyaknya jerawat bini aku ni!!"
Saya kalau orang lain tegur, saya tak kesah langsung.
Ini cik abang tegur, kan.. Harus lah terasa
Geram gila, ok..
Kalau kusam tak sakit kan...
Kalau kering, pakai pelembab jadi ok laaa kan..
Tapi, kalau berjerawat, haaaaaaaaaaaaa... pedih, sengal, gatal..
Uiii.. segala pakej ketidakselesaan ada, kan...
Sakit oooo.. boleh kata memang ketara perubahan kulit muka ku ini.
Sebelum guna garnier ni, kulit tak pernah jerawat.
Kusam dan kering je..
Sekali guna, bau nya best je. Nyaman je kulit, bau epal.
Sekali dia punya jerawat..
Haaaaaa.. malu ahkak tau!!
Mungkin tak sesuai laaa kan dengan kulit muka saya.
Terus fikir, apa aku nak buat ni.. Apa? Apa? Apa? Tolong!! Tolong!!
(Tension! Dengan cik abang tegurnya.. Dengan sakit jerawat tumbuh, pecah dan sebagainya)
Terus sms adik saya yang metroseksual tu,
tanya apa pencuci muka dia pakai masa dia kena jerawat kronik dulu.
Budak tu pulak lambat membalas sms ku ..
~Sila buang je handset kalau tak nak reply sms!!!
(ayat orang bengang sebab muka berjerawat)
Masa pi beli barang kat Mydin hari tu,
Alaaaa... yang jumpa budak kecik macam Umairah tu....
Cik abang suh je beli apa-apa jenis pencuci muka ke ubat jerawat ke
untuk ditepek kat muka bini dia yang dah penuh jerawat ni..
Nampak sangat dia dah meluat tengok jerawat menepek sekati kat muka bini dia kan..
Dalam kelam-kabut terus je beli Golden Herbs Soap ni.
Sebelum ni kan dah beli ST kan.
Lepas tu macam kering je kulit kan..
Balik je rumah dah macam nyesal kan sebab takut kulit jadi teruk lagi kan..
Hahahah.. Apa daa.. Dah beli baru nak nyesal.
Tapi tawakal je laaa...

baru nak terhegeh-hegeh nak reply sms..
Itu pun balas sepatah perkataan je..
SEBAMED..
Membazir kredit je laaa!!!
Lepas tu, baru dia kata sekarang dia tak pakai SEBAMED dah.
Tapi sekarang dia pakai Golden Herbs Soap jugak..
Hahahah.. Mengong tol..
Hari ni, lebih kurang seminggu jugak laaa pakai
Sabun Herba Emas (Golden Herbs Soap) ini.
Alhamdulillah.. Jerawatku pulih..
Kejap je dah kering semua jerawat yang durjana itu.
Macam magik je..
Kulit pun tak kering menggelupas...
Muka pun nampak bersih sikit laaa..
Cik abang kata, "Licin dah muka bini abang"
~(Cehhhhhh... hari tu dia sebut "bini aku",
hari ni muka dah licin baru dia sebut "bini abang"..
Eh.. dengar macam takde beza kan?
Tapi bagi saya "aku" dan "abang" memang ada bezanya...)
Siap suh beli 2 kotak lagi.
Dia kata, "Tak yah tukar-tukar pakai dah.
Pakai yang ini je. Elok yang ini. Wangi pun wangi.
Boleh tak hilangkan hitam-hitam kat muka abang ni?"
(Baaaaaaaaaikkk punyaaaaaaaaaaaa ayat dia!)
ahahahahha..
MEMANG SUSAH BETUL NAK NAMPAK CANTIK DI MATA SUAMI.
~Tak mengapa.. Aku akan mencuba dan terus mencuba!!
Buah cempedak di luar pagar, Ammbil galah tolong jolokkan.....
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ye.. Meh sini saya nak ajar.. Meh.. Meh..
Ya Allah....
Berilah aku kesabaran!
Hari tu nak buat Proposal for Diet.
Tunggu punya tunggu.
Lepas seminggu, seminggu minta tangguh..
Akhirnya, masuk opis pepagi .... ini yang diterima....
THE PROPOSAL FOR ORGANIZATION H1N1 AWARENESS CAMPAIGN AT ........................
ORGANIZATION ye puan puan dan tuan tuan sekalian..
ORGANIZATION H1N1....
Kes H1N1 ni sampai boleh tubuh organisasi.
Ish.. ese pun tak berapa faham dah apa yang diorang nak buat ni.
Nampak sangat buat kerja last minit.
Sabaaaaaaaaaaaaaaaaar aje laaaaaaaaaaaaa...!!!!
Bila muka depan dah salah, tak de mood dah nak tengok isi dalam.
~Ini belum cerita bab assignment yang copy paste dari Internet.
Siap ada ayat "membutuhkan penilaian akaun seenaknya"
Wednesday, October 21, 2009
Kisah Dongeng dalam Perkahwinan
dalam blog hakikat kehidupan ni kan..
Tak pe.. layan je laaa yek.
Sharing is caring kan kan kan..
Hari ni nak kongsi sesuatu dari buku "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah"
Saya dah khatam berkali-kali tau buku ni.
Bila saya rasa macam nak merajuk atau dah teeeerrrrrr merajuk,
saya baca buku ni untuk motivasi diri agar saya tak merajuk lagi..
Hahahah
Maklumlah kan, saya masih baru lagi dalam arena ini (ceh.. macam arena sukan negara pulak)
Kisah Dongeng dalam Perkahwinan..
1- "Bercinta untuk tempoh beberapa lama sebelum berkahwin
membuatkan kami serasi."
Sikap tidak puas hati akan timbul lebih kerap sesudah berkahwin.
Pengalaman saya laaaaa kan.. Sebelum kahwin, nak kentut dalam kereta pun malu. Biru-biru muka dok tahan kentut. Bila dah kahwin je, siap lock tingkap kereta kat window belah driver, lepas tu kentut sikit punya bau macam tuuuuuuuuuuuuutttttt. Bini nak bukak tingkap, dia tak mau kasi. Sampai hati dia 'membirukan' muka bini dia menghidu gas tersebut.. hahahah
Haaaaaaa... kan kan kan..
Masa bercinta semua wangi, masa dah kahwin macam-macam benda tak wangi nampak..
2- "Kami bahagia kerana nasib."
Cinta tak datang dengan sendiri. Ianya tak datang dengan hanya menunggu saja tau. Kena usaha mencari cinta. Masing-masing dalam perkahwinan kena berusaha mewujudkan magnet cinta supaya cinta dan kasih sayang dalam kehidupan lebih membahagiakan.
Apa-apa perkara pun tak leh harapkan nasib, beb!! Semua kena usaha...
Usaha laaa apa saja, asal jangan sampai guna bomoh
minta minyak senyonyong sudah leee... Nauzubillah... =)
3- "Anak menjadikan kami lebih akrab, bahagia dan gembira."
Dalam buku ni kata... Anak tetap akan menjadi pendorong kebahagiaan keluarga TETAPI jika fokus pada suami tidak menyimpang dan kekal sama. Kadang-kadang, isteri mula memberi fokus lebih kepada anak dan mengurangkan tumpuan kepada suami. Ini membuatkan suami pulak merebut kasih sayang dari anak.. Hehehe.. ada ke gini? Mungkin kot.
Ada juga (berlaku depan mata saya), pak nye sikit punya sayang anak, sampai anak jatuh pun dia salahkan mak nye. Siap suh anak nye 'babab' mak nye sebab anak nye jatuh. Aiisssshhhh.. saya rasa macam tak kena je kan situasi tu kan? Entah laaa.. Tak boleh laa saya nak hurai banyak-banyak, sebab saya masih belum ada penggalaman (baca dengan penGGalaman ye, bukan penGalaman.. ahahahah ~merepek).
4- "Jika berkahwin, suami saya lebih beruntung berbanding saya."
~ Perkahwinan adalah menguntungkan untuk sesiapa saja bergantung kepada niat. Suami akan lebih terjaga dari segi makan pakai, dan isteri pula mendapat kelebihan dari segi wang ringgit. Bila kahwin, suami ada kan nak tolong top up mana-mana sumber yang kureng cukup. Heheheh..
Bukan mata duitan ye, tapi kita ni hidup kalau tak de duit takkan nak makan cinta je kan.. Boleh pi beli nasi dengan cinta? Boleh? Boleh? Kalau boleh, mari kita ramai-ramai pi beli nasi kat kedai tu...
5- "Kami mesti dapat membaca fikiran satu sama lain setiap masa."
Tidak... Tidak... Kadang-kadang yang dah berkahwin berpuluh tahun pun masih belum dapat baca fikiran pasangan. Apa? Ingat kita ni ada kuasa ajaib ke boleh nak baca isi hati orang..
Kalau kata memahami, .... mungkin. Itupun tidak semua..
6- "Kami pencinta sejati maka kami tidak akan ada masalah."
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri... Alaaaa.. malas laaa nak menyanyi lagu P.Ramlee dengan Sarimah dekat kandang kuda belakang rumah saudagar barang-barang antik tu (tak ingat nama dia)... Hari tu dah menyanyi kat blog Ena..
Ye lah, kan... Memang takkan ada pasangan yang takkan ada masalah. Masalah kat sini bukan semestinya konflik2 besar. Kadang-kadang konflik kecil2 pun cukup untuk menjadi 'barah' dalam hubungan kan. So, ubat nya.. Kata mak saya, sabar saja laaaaaa...
7- Orang berkahwin mesti melakukan semua aktiviti bersama-sama.
Walaupun dah berkahwin, kita mesti nakkan masa privacy untuk kita tanya pasangan kan kan kan.. Kalau asyik 24/7 duk 'menatap wajahmu' je, bosan juga kan. Tak yah laaa nak cakap tidak.. Baru-baru kahwin ye laaa kan.. Semua nya masih wangi. Bila dah lama-lama, sendiri mau ingat laaa.. At least, mesti kita nak masa menyendiri ke.. Jalan-jalan ngan kawan-kawan ke, kan..
Kadang-kadang saya fikir, macam mana laaaa orang yang kerja setempat dengan suami kan. Hahahah.. sungguh tidak berkembang minda. Tapi, semestinya kerja satu pejabat pun ada kebaikan juga. Terpulang pada rezeki masing-masing dan cara kita menghadapinya.
8- Ada wang semua masalah dalam perkahwinan selesai.
Wang bukan segala-galanya. Ada juga pasangan yang banyak duit, tapi bercerai berai sebab terlalu sibuk mencari duit. Lihat!! Duit pun boleh menjadi punca masalah kan? Jadinya, fikirlah sendiri kan....
9- "Latar belakang ahli keluarga tidak mempengaruhi perkahwinan saya."
Suka atau tidak, tingkah laku pasangan anda akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persekitaran dalam keluarganya.
Macam saya, saya ni hantu Internet. Boleh kata majoriti adik-beradik saya gemar online..
Kalau suami saya, majoriti adik-beradik termasuk laaaa pak dia minat hal-hal berkaitan dengan automobil. Sama seperti suami saya yang pelik dan kadang rimas dengan kegemaran kami yang macam cacing sakit perut kalau tak dapat Internet, saya juga kadang-kadang tak faham dengan hobi keluarga suami saya yang tak habis-habis dengan kerete, enjin, spare part kereta, sportrim.... hahahaha..
Apa yang penting, kita faham, menerima seadanya..
10-Pasangan yang bahagia hidup tanpa konflik.
Sekali lai, sila nyanyi lagi "Sedangkan lidah lagi tergigit" ~ke apa ek tajuk lagu tu?
Heheheh
Kata kunci dalam kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga ialah
TOLAK ANSUR dan BERSABAR kan?
p/s......
*Huraian untuk tips (saya cedok dari buku) di atas adalah hasil pemerhatian
dan juga pengalaman saya yang terlalu sedikit ini.
Mana lah tau, Tuan Zamri sudi nak berkolaborasi (Betul ke ejaan?)
dengan anak Tuan Imran pula untuk tulis buku-buku tips2 begini kan kan kan .....
(Kalau lah beliau sudi...... )
Saya sedar siapa saya yang baru setahun jagung dalam bidang penulisan ini
Banyak lagi tips yang best2 tau.
Sesuai untuk orang-orang muda macam i ni tau..
Orang tua pun boleh je kalau nak refresh - refresh kan kan kan....
Khabarnya buku ini sudah masuk cetakan yang kedua!
Toyota Alphard vs. Toyota Viva (hahahahahahahah)
Kalau duk kampung ni, satay makan dua orang pun baru RM10 je..
Maknanya kalau setakat hujung-hujung bulan gini, masih boleh lagi laaa nak makan satay..
Hahahahha...
Kenyang gile tau..
Ok laaa.. bukan itu nak dicerita.
Nak cerita ni.
Kisah antara dua darjat.
Kami parking kereta dekat bawah pokok berhampiran dengan kedai makan tu.
Kemudian, masa kami tengah makan...
Ada sekeluarga baru sampai.
Naik Toyota Alphard warna hitam.
Toyota Alphard itu di parking sebelah kereta kami..
Turunnya pemandu tu dengan isterinya dengan 4 orang anak mereka yang masih kecil.
Alaaaahai kecik nya tuan nya.
Tapi kereta sikit punya bapak laaaa besar.
Lepas makan, masuk kami masuk laaaa kereta kan.
Nak balik laaaa.. (takkan nak duduk bertapa kat kedai makan lak kan..)
Saya cakap kat cik abang..
"Besarnya Toyota Alphard ni, bang"
"Ye laaa..."
"Abang sesuai laaa naik kereta besar macam ni. Abang kan besar.."
"Ye laaa.. Tapi orang tu kecik je.. Kereta dia besar.."
"Tak mengapa lah, abang..
Toyota VIVA kita pun ok jugak..."
Kemudian, kami sama-sama gelak berdekah-dekah bila saya sebut Toyota VIVA..
Kahkahkah..
Tak mau kalah..
Tetap nak Toyota..
Lantak lah Toyota VIVA pun..
Yang penting kami bahagia.
Tak de hutang keliling pinggang.

~Dari dalam sudut hati kami ada terdetik,
tak mustahil satu hari nanti kami juga akan berpeluang untuk
menggantikan Toyota VIVA ini kepada Toyota ALPHARD..
Usaha tangga kejayaan, kan?
=)
Semalam adalah merajuk
Dari pagi...... sampai petang, membawak ke malam terus je merajuk.
Balik kerja je terus masuk bilik.
Dari duk dekat-dekat terus merepek tah apa-apa kan..
Gila punya kecik hati.
Apa kes? Biarlah..
Yang sudah tu sudah lah kan..
Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit.....
Ini kan pula, suami isteri...
Malam tu, perut lapar...
Hahaha..
Pagi tadi sarapan nasi berlauk.
Itu je pun makanan yang masuk perut mana tak lapar kan.
Hahahah.. dikejutkan. Dia tanya nak makan ke?
Merajuk punya hal, sebenarnya nak.. Tapi.. jual mahal..
Hahahahaha
Hidung ni dah bau ikan goreng. Mesti dia masak ni..
Mesti dia tak nak suh saya masak sebab saya kan tengah merajuk.
(dia tak nak kacau saya yang sedang merajuk)
Tengah malam dah tak bleh blah lapar..
Terus pi mandi.. ahahahha merajuk sampai tak mandi..
Lepas tu, duk atas sofa.
Baru dia datang pujuk.
Dia tanya, "Sayang nak makan ape? Abang pi beli.."
(keh.. keh.. dia tahu laaa saya lapar!)
~ mesti dia dah perabih semua lauk yang dia masak tadi.. hahah
Terus je jawab, "Nak bihun sup dengan kuew tiaw goreng.."
(ahahhahah.. gila lapar punya orang. Sampai dua sekali dia nak!)
Sudahnya, tak habis pun.
Tuuuuuuuuuuuu.. ada dalam peti ais lagi.
~ i love u, abang!!! sangat-sangat.....
Tuesday, October 20, 2009
Koyak Kertas
Saya sekarang ni sejak tengok drama .....
Apa ek.. Tak ingat laa tajuk dia..
Kalau tak silap ada perkataan Cinderella .... Blues ke....
Drama yang Awal Ashaari berlakon dengan Sariyanti..
Didi Alias tu jadi mak si Awal, Jalil Hamid jadi atuk angkat si Sariyanti..
Cerita apa tu ye u ols?
Tak ingat laa tajuk dia..
Blues Cinderella .. ke tah apa ek?

Haaaaaa..
Background song dia best.
Siap suh cik abang tengok apa tajuk lagu tu
Lepas tu terus tergila-gila dengan lagu Kertas Band ni..
Saya copy lirik je laaa.. Kalau nak dengar, kena download sendiri la..
=================================================
Kertas - Kekasih Yang Tak Di Anggap
aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku
reff:
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
repeat reff
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah
repeat reff
==============================================
Kebetulan dalam laptop memang ada lagu tu.
Adik saya imahtun yang download kan masa tukar laptop dengan ayah dulu.
Nak harapkan saya nak men download .. Jangan nak berharap laaa..
Maka.. sejak drama yang Awal dan Sariyanti tu berlakon,
terus menerus laaa duk dengar lagu ni kat laptop.
Lepas habis, ulang lagi.. lepas habis, ulang lagi..
Again.. again and again...
Ulang lapan lagi.. hahahahhahah
kah kah kah..
Gile bosan laki ahkak dengar!
Tapi dia sabar je laaa kan..
"Abang bosan ke dengar lagu ni?"
"Tak lah" ~ Mula-mula, haaaaaaa soleh je dia menjawab..
Tapi, sampai satu saat dia haruslah berasa sangat bosan
sebab terpaksa dengar lagu yang sama berulang kali kan..
Mahu bernanah telinga dia kan..
Kita pun faham laaa kan..
Kali ni tak tanya pun, tapi tetap dia menjawab....
"Tak habis-habis dengan Kertas ni.
Aku soyok (koyak ~dalam loghat Pantai Timur) baru tahu.."
Hahahahahahhahhahahaahahhahahahahahahhahahhahahah
I'm sorry... !!!
Monday, October 19, 2009
Tips mengambil hati pasangan
Hahaha..
Mentang-mentang kena sound dengan suami,
terus je cari artikel mengambil hati pasangan ni.. hahaha
Tak pe laaa u ols..
U ols nak kata apa pun, saya tak kesah..
Saya terima..
Kita ni harus menerima segala teguran yang membina...
Supaya kita menjadi lebih baik dari semalam kan kan kan..
Tips mengambil hati pasangan
Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
- Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
- Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
- Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
- Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
- Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
- Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
- Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
- Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
Lebih banyak tips akan ditambah. Anda juga boleh mendapatkan buku Tips kebahagiaan rumahtangga oleh Ustazah Siti Nurbahyah yang di dalamnya terkandung 23 bab sarat dengan pengisian dan juga teknik urutan cakar harimau dan urutan labah-labah (bab 6) yang hangat diperkatakan.
(haaaaaaaaaaa.. ini bab cakar mencakar ni ahkak belum menuntut lagi.. kalau idak, dah calar balar dah cik abang ahkak tu kang.. hahahah)
Sesungguhnya, syurga isteri di telapak kaki suami...(autopublish)
Al-maklumlah saya kan sedang mencoba untuk tidak mengadap laptop di rumah
demi untuk menyahut cabaran cik abang..
Mungkin dia mahu saya menghabiskan banyak masa untuk mengadap dia.
Lebih banyak masa untuk menggentel laaaa.. itu laaaaaa.. ini laaaa.. apa laaa...
Ye laa as long as masih berada dalam fasa honeymooning ni kan.. kan.. kan..
Jangan maraaaa aaaaa.. hahahha
Saya tak kesah laaa sebab he's deserve it. Dia berhak..
Nak cerita sikit..
Semalam cik abang sound saya..
Bukan pasal apa sangat..
Pasal saya ni kalau kat rumah
pakai t-shirt lusuh-lusuh,
seluar buruk-buruk laaa..
dengan rambut macam hantu raya laaa.... (ini saya tambah sendiri =))
Macam ni ayat dia...
"Ya Allah bini aku... Kalau kat rumah pakai baju berbintik sawo, seluar tidur gambar bunga-bunga laaaa...."
~sambil usik2 leher baju t-shirt saya (padahal nak usik 'benda' lain tu.. =p).
Kebetulan, semalam saya memang pakai baju paling lusuh dalam simpanan. Hahahah
Ok.. sambung lagi ayat dia..
"Cuba laaa pakai comel-comel sikit.. Pakai bedak-bedak sikit ke kat rumah.. Pakai baju elok, baju kurung ke...... Apa salah nya pakai lipstik sikit kat rumah.. Untuk suami.."
~apa ni, ari tu ahkak pakai lipstik kat rumah siap cakap ahkak buang tebiat.. Hahaha..
Lagi...
"Nanti kalau suami cari lain, baru laaaa nyesal.."
~cis.. ayat ni sungguh tidak boleh diterima. Tapi, semalam saya mood baik punya.
Jadi, saya gelak-gelak je laaa dengar dia kata gitu..
Eh, tapi saya masih coba menjawab, (jawab.. jawab.. jangan tak jawab)...
Apa ek saya jawab.. Tak ingat laaa...
haaaa.. dah ingat..
Kebetulan masa dia cakap gitu, dia pun tengah tidak berbaju..
Dengan kain pelekat lusuh nya..
Kain pelekat kegemaran dia yang saya dah jahit
lepas tu koyak semula sebab dah gile punya lusuh..
hahahahah
Maka, ada point di situ...
"Abang ni.. pandai je cakap orang. Abang tu, dengan tak pakai baju nye.. Dengan kain pelekat lusuh sejak zaman tuk adam tu. Dengan perut yang dah ke depan tu.. Oooo... kalau isteri kena nak cantik-cantik, kena pakai mekap seinci dua... Kalau lelaki lek lek je kan kan kan.. Nak kawin lain.. eh eh...."
~ayat ini adalah dalam gelak-gelak ok.. bukan dalam intonasi serius..
Kah.. kah..
Kesudahnya dia diam, saya pun diam..
Saya merenung kembali kata-kata si suami yang walaupun dalam gurauan, ianya mempunyai makna dan petunjuk tersirat tentang apa yang ada dalam hati nya.. Yang saya pula, dah memang 'jaguh' menjawab.. Memang nak menjawab je kerja nya. Tapi, walaupun saya menjawab, saya tetap mengambil iktibar atas apa yang dikatakan oleh nya..
Sesungguhnya, syurga isteri di telapak kaki suami...
Artikel ini dari sini..
Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman Allah:
“Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” [TMQ al-Baqarah (2):228]
Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah bertutur demikian,
“Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”
Dan kata-katanya lagi;
“Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”
Renung-renungkan, dan selamat beramal..
Anda buat, anda dapat....
=)
RINDU!!!!!......................
Till the end..
Anywhere, just happy for that person laaaa.. ..
A Shoudler To Cry
And when you need A shoulder to cry on
When you need A friend to rely on
When the whole world is gone
You wont be alone
Ill be there
Ill be your shoulder to cry on
Ill be thereIll be your friend to rely on
When the whole worlds gone
You wont be alone cause Ill be there
Coba kau coba..
Sorry..
Walaupun sibuk sedikit hari ini, saya coba juga jenguk blog..
Hari ni tak banyak cerita, sebab banyak kerja.
Lawatan kualiti dari UiTM dan UTM..
Malam-malam kang laaa saya coba update.
Itu pun kalau ada cerita dan kalau rajin nak cerita.
Malam nanti saya coba laaa jalan-jalan blog u ols semua.
Sebenarnya, cik abang telah coba mencabar saya supaya sehari tidak mengadap laptop.
Dan sememangnya saya coba..
coba....
dan terus mencoba..
Nak buat macam mana.
Penyakit ini adalah penyakit keturunan..
Pelik sebenarnya.
Kenapa faizal Tahir cakap "Coba"..
Kenapa tak "cuba"?
Best sangat ke sebut "coba"..
Tak best ke sebut "cuba"?
~Ok.. nak pi meeting dengan wakil UTM.
tata..
Saturday, October 17, 2009
Kek adalah tetap kek...
walaupun ianya tidak lah semahal kek Secret Recipe ini..

Kek yang macam ni...
Alangkah indahnya bila kek masuk dalam mulut.
Kek yang sejuk-sejuk sikit...
Bercakap tentang kek.
Zaman sekarang ni macam-macam jenis kek ada.
Kek cawan homemade pun ada...
Kek boleh dikatakan sebagai penyeri
dalam sesebuah majlis.
Di majlis hari jadi..
Di majlis pertunangan..

Jika di majlis perkahwinan pula,
kek menjadi perkara "mesti ada"..
Baik untuk upacara memotong kek,


ada satu peristiwa berkaitan dengan kek di hari kami bernikah.
Apa peristiwanya?
Ini laaah..
Kek hantaran jatuh semasa dalam proses menukar
hantaran belah pengantin lelaki.

tertonggeng dulang kek tu menyembah lantai..
Upppsssssssss....
Nak buat macam mana.
Kalau dah bukan rezeki kita,
dah masuk dalam mulut pun boleh terkeluar semula kan.
kami suami isteri pi bergegas ke Bakery Cottage
untuk mencari kek yang baru menggantikan kek yang cedera itu.
Kemudian pi hantar kat keluarga lelaki.
Walau apapun,
kek adalah tetap kek.
Ianya tidak boleh menjadi selain dari itu..
Takkan laa kek nak jadi nasi lemak pula, kan...
(Pengakhiran yang entah apa-apa)
Friday, October 16, 2009
Macam Umairah
saya baru balik dari KT.
Bosan ooooooo duduk rumah hari cuti.
Guling-guling-guling.
Tengok tv.
Tengok dinding.
Tengok syiling rumah.
Aaaaaaaarrrrrrrrgggggggghhh!!!!!
Tak boleh blah punya bosan.
Dari semalam lagi dah bosan kan.
Siap nak jadi penyanyi laaa.
Nak pi Midvalley laaa.
So, jalan-jalan sikit laaa.
Beli barang sikit kat Mydin.
Lepas tu nak bayar kena beratur laaa kan.
Masa beratur tu, kat depan kami ada laa
sepasang suami isteri tu pun beratur juga nak membayar.
Dalam troli diorang ada anak diorang laaa..
Perempuan laaa kot sebab pakai baju pinky-pinky gitu kot..
Eh entahlah....
Tak perasan laaa tapi memang nampak cam perempuan laaaa...
"Abang, cuba tengok budak tu," ~saya kata.
"Heheheh.. macam anak kawan sayang tu.." ~cik abang kata.
"Kawan yang mana?" ~saya cuba recall, anak kawan saya yang mana ek?
"Alaaaaa.. Ena.." ~jawab cik abang.
"Ena mana ek bang?"
~saya ni confuse laaa sebab sebenarnya ramai kawan saya yang nama Ena.
Nama Azlina je ada laaa dekat 3-4 orang..
Belum cerita lagi yang nama Fazlina, Sapinah, Sarina, Sazlina, Farina, Zareena..
Pendek kata memang ramai laaa kawan yang saya panggil Ena....
"Alaaaaaa.. Ena blog laa.." ~ek eh.. ingat pulak dia..
"A'ah laaa.. macam Umairah," ~saya membalas..
Memang betul laaaa..
Budak tu macam Umairah.
Tak ingat nak ambik gambar..
Tapi memang betul, macam Umairah..
Bosan sampai rasa nak tukar pekerjaan menjadi seorang penghibur diri sendiri.
Nak tidur malam masih muda.
Esok Jumaat beb.. Jumaat..
Minggu ni cuti sampai hari Ahad ooooo..
Sempena Deepavali..
Haaaaaa.. lumayan.. lumayan.. lumayan sungguh cuti..
Bosan punya pasal tak tahu apa nak buat.
Rasa nak pi Midvalley sekarang juga...
(hahahha..ko ingat Midvalley tu sebelah daerah ko je ke?)
Sebab kebosanan tidak dapat dibendung,
pasang lagu Dato' CT dalam laptop lepas tu godek youtube.
Tapi semua lagu irama Malaysia.
Badarsila, Cindai, Dondang Dendang, Hati Kama laaa..
Entah lah kenapa, saya memang suka irama-irama tradisional ni..
Kalau yang Dato' CT atau Noraniza Idris nyanyi, memang suka...
(tapi saya tak minat Dato' CT tau.. cuma suka lagu irama tradisi je..)
Tetiba ...
"Eeeee.. bang.. owang suka laaa lagu gini.. kan best kalau owang boleh nyanyi macam Dato' CT dan Noraniza Idris ni.. Tapi, owang bukan nak jadi penyanyi. Owang nak nyanyi untuk hiburkan diri sendiri je.."
Cik abang tengok je muka saya. Tak de apa-apa komen..
Saya menambah, "Abang, sebenarnya suara owang sedap tau. Owang kena pi kelas vokal kejap je.. Lepas tu suara owang mesti sedap.."
Cik abang cuma tersengih je dengar pengakuan berani mati saya itu. Tak larat agaknya nak melayan saya yang dari tadi duk merepek.. Nak pi Midvalley laaa.. apa laaaa..
Hahahahahah...
Itu laaa kalau tengah bosan, idea gileee semua terkeluar
termasuk lah mengaku suara sedap kalau pi kelas vokal dan nak pi Midvalley yang kira-kira 8 jam perjalanan baru sampai.. (berapa kali mau ulang?)
Thursday, October 15, 2009
Orang yang suka berungut adalah orang yang tak bersyukur..
Dari saya menambah dosa, lebih baik saya lupakan saja!
Tata...
Tak nak kawan dengan Anon jahat Msgbox saya sudah expired
Saja je... Tak de apa-apa sebab.. (mengarut)
Sudah expired trial untuk 30 percubaan msgbox saya.
Saya akan sambung semula perkhidmatan untuk msgbox ini, tapi nanti-nanti laaaa..
Tak de masa lagi nak godek nak tengok macam mana cara bayarannya..

Esok-esok laaaa kot..
Baru nak godek, itu pun kalau Internet ok.
Kalau slow macam siput malas laaaa..
Best pulak rasanya pakai msgbox yang ini
sebab kita boleh terus balas message pengunjung blog kita.
Tak payah balas bertimpa-timpa macam c-box sebelum ni.
Tapi, kena bayar laaa sikit.
Kalau tak silap RM30 untuk setahun enam bulan kot..
Tah, tak ingat pulak saya. U ols boleh laaa check sendiri.
Ok laaa ye .. Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang tak de akaun blogspot
tapi rasa nak komen entri-entri saya boleh laaa komen di bawah setiap entri.
Saya akan ubah setting comment sementara saya belum perbaharui msgbox saya.
Semua orang boleh komen termasuk Anonymous.
Tapi, tolong laaaa bubuh nama terutama sekali
kalau anda adalah kawan-kawan yang saya kenali.
Dan sekali lagi, hanya komen Anonymous baik sahaja yang akan dilayan sebab saya tak nak kawan dengan Anonymous jahat..
hahahhahaha
Ok, nak sambung tanda paper student!
Tata...
Bila nak dapat kupon ni?
yang menawarkan hadiah menarik
sekiranya pelanggannya berjaya mengumpulkan kupon-kupon
yang boleh ditebus dengan barangan.
Kupon boleh didapati dengan membeli makanan dari kedai tersebut dengan nilai lebih dari RM10.
Kami selalu juga makan di kedai makan itu sebabnya masakan dia sedap.
Kalau mengikut tekak saya ni laaaaa,
tidak ada kedai yang dapat menandingi kesedapan masakan
di kawasan tempat tinggal kami ini.
Layanan pun ok. Memuaskan...
Maka nya semakin rajin laaa kami
Kami berazam untuk dapatkan hadiah yang ditawarkan.
eceh.. saja je kan..
Bukan nya apa, suka-suka je.
Boleh kata dalam seminggu tu paling kurang ada laaa 2 kali kami makan kat situ.
Ye lah kan dah selalu makan situ, tentu laaaa banyak dapat kupon kan kan kan..
Kalau ikut logik laaaa kan..
Malangnya, bukan itu yang terjadi kepada kami.
Sepanjang kami makan di situ,
seingat saya hanya dua kali saja kami dapat kupon.
Macam mana nak menang hadiah istimewa?
Macam mana?
Kenapa?
Bagaimana?
Mengapa?
Apa sebabnya yang kami sampai tak dapat kupon tu?
Jawapannya ialah.....
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Biasa kami akan makan dua jenis makanan laaa..
Contoh:
Nasi goreng kampung +sup kosong +telur dadar @ mata (suami)
Mee sup ke bihun ke kuew tiau ke.. (saya)
Biasanya air kami akan order sejenis air manis (teh o ke teh ke jus buah ke..apa-apa je laaa...)
satu lagi tu air suam je..
Setiap kali order hidangan yang lebih kurang seperti di atas adalah berjumlah kurang dari RM10. Paling mahal pun RM9.70.....
So,
Kami makan tak pernah lebih RM1o.
Macam mana nak dapat kupon..???
Macam mana nak kumpul kupon banyak-banyak? =)

dan tidak ada kena mengena dengan cerita di atas.
Wednesday, October 14, 2009
Senangnya lulus pinjaman

Semalam, maksud saya petang semalam..
Ada orang bagitau saya, ada orang tu buat personal loan dengan bank rakyat lagi.
Senang nya lulus loan akak tu.
Kerja sama syarikat dengan saya.
Malah tingkat gajinya rendah sikit dari saya, pangkat pun bawah dari saya.
(biasanya kalau nak buat loan kan memang kena tengok slip gaji semua kan kan kan..
bukan ayat berunsur berlagak tau ni.. sumpah demi Allah.. bukan ayat berunsur berlagak)
Tapi loan dia senang lulus..
Teruja jek saya tengok dapat check belas-belas ribu..
Macam mana ek boleh senang macam tu sekali?
Rasa saya dah 3-4 kali akak tu buat loan bank rakyat ni.
Ada lah dekat 30k dah semua nya..
Untuk kahwin, baiki kereta, beli kereta dll..
Saya pernah tanya (akak ni kira baik jugadengan saya, jadi tak de laaa sensitif sangat tanya perihal kewangan keluarga ni..) berapa lama dia ambil masa nak settle semua tu..
Dia kata 15 tahun. Potongan gaji..
Saya ni kan, kalau dengar kena potong gaji sampai berbelas-puluh tahun ni
yang macam lemah ni.
Saya pernah buat loan atas nama saya untuk VIVA tu je laaa..
(9 tahun.. itu pun rasa laaaaaaaaaaaaaaa haaaaiii...)
Itu pun harga dekat 40k tu pun rasa macam alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa haiiii...
~Pandai pinjam, pandai bayar laaaa kan!
PTPTN hutang semua tak de.. cik abang ada laaaa sikit, tu pun tinggal 900++ jek lagi..
Hutang bank nak kawin ke apa ke semua tak de..
Kira macam mr. and mrs. clean laaa kami suami isteri setakat ini..
(setakat hutang dengan mak pak tu tak kira laaa sebab terbabit dengan bank kan kan kan....)
Sebab memang ada plan lain di masa depan..
Sebenarnya.....

saya tengah berkira-kira nak buat loan bank rakyat untuk further study.
Petang ni nak pi tanya macam mana
prosedur nya, nak penjaminnya macamana, nak cagaran ke apa ke kan?
Bukan apa, memang laaaa belum dapat surat tawaran apapun lagi kan..
Tapi, kalau dibuatnya dah dapat tawaran tetiba loan tak lulus
atau masih tercangak-cangak mencari duit....
Nak bayar yuran dengan apa?
Bulu hidung? Laku ke?
Adui...
Sebenarnya saya macam alaaaaaaaaaaaaaaa.... nanti belajar tak de duit dah.
Kena mengharap ihsan
Cuti tanpa gaji tau.. Tanpa gaji..
Kalau boleh saya tak nak ambil cuti bergaji sebab nanti saya akan terikat untuk berkhidmat dengan institusi ini..
Kalau boleh, saya nakkan pembaharuan laaaa kan..
Tak nak selama-lamanya duduk di takuk yang lama..
Saya bukan dapat tajaan mana-mana institusi pun tau.
Sendiri belajar sendiri tanggung...
Nak minta pendapat juga ni,
u ols boleh cadangkan tak mana-mana bank atau institusi lain
yang ada menawarkan loan untuk pendidikan ni?

